Silat Seni Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman
bin Uda Mohd.Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan
berketurunan Bugis(cicit kepada Daeng Kuning/Panglima Hitam). Meor Abdul
Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun
daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris
Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang
turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang.
Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok,
seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera.
Selama
tiga tahun Meor Abdul Rahman berlatih bersama-sama dengan murid-murid
Syed Zainal yang lain. Ketika berusia 18 tahun, Meor Abdul Rahman telah
berjaya menguasai selok-belok ilmu Silat Seni Gayong, termasuklah
adat-istiadatnya. Walaupun demikian, nenda beliau tidak dapat
mengkhatamkannya kerana menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul
Rahman akan dikhatamkan oleh “orang ghaib” di suatu tempat yang terletak
di sempadan negeri Siam-Tanah Melayu.
Ketika
beliau berusia 19 tahun, beliau telah dikhatamkan oleh “Datuk Laksamana
Hang Tuah” di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu
hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand.
Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan
mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat
Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu,
pada masa-masa tertentu
Pengubahsuaian Musalla LelakiSedikit pengubahsuaian telah dilakukan pada Musalla lelaki di Jabatan Radiologi HUSM dimana tempat duduk semasa mengambil wuduk telah dibuang. Tempa ... readmore
High Risk JobMenebang pokok kelapa di kawasan yang padat dengan rumah dan kenderaan memerlukan kepakaran dan perancangan yang teliti.
Ia bertujuan untuk mengelak ... readmore
Kemalangan Di Lampu Isyarat Pasir TumbuhSebuah lori muatan tanah telah mengalami kemalangan di lampu Isyarat Pasir Tumbuh. Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan pada laluan ini.
Wassa ... readmore
Nisfu Syaaban Di Masjid Al Qasimi
Pesanan Imam sebelum memulakan majlis membaca Surah Yaasin.
Pada bacaan kali pertama hendaklah memohon doa kepada Allah swt agar dipanjang ... readmore
Musim Kenduri Kahwin Datang LagiSepanjang 2 minggu di musim cuti sekolah ini, banyak jemputan kenduri kahwin diterima. Di Jabatan Radiologi sahaja sebanyak 7 jemputan diterima melib ... readmore
0 comments:
Post a Comment