Penangguhan SBPA - Siapa Yang Ambil Kesempatan
Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) menimbulkan persoalan banyak tandatanya dan apakah apakah sebenar yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu.
PM Najib mengumumkan penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri bahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggi seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU) yang dengar ceritanya seramai 36 orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA 1 Jan 2012 lalu gaji mereka telahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?
Contohnya, jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribu menjadi RM19 ribu sebulan. Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exit policy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokok RM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.
Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?
Wassalam
0 comments:
Post a Comment