Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 6 -1-2012: Bisikan Syaitan

Saya berpesan kepada tuan tuan dan diri saya sendiri, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepadaNya dengan melaksanakan perintah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ikhwanil muslimin
Sejak sekian lama umat Islam telah diperingatkan oleh Allah swt menerusi ayatNya Bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Justeru, di dalam mengabdikan diri kepada Allah swt manusia ini dapat digolongkan kepada dua golongan.

Golongan yang pertama mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah swt dan golongan yang kedua adalah mereka yang ingkar dengan ketentuan dan ketetapan Allah swt.

Firman Allah swt dalah surah Hud ayat 24 yang bermaksud Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak dengan orang yang celik serta mendengar. Adakah kedua dua golongan itu sama keadaannya? Maka tidakkah kamu mengambil peringatan.

Orang orang yang beriman mereka menyerahkan kehidupannya hanyala kepada Allah swt dan bukan kepada yang lain selain dari Allah swt. Mereka mementingkan keredhaan Allah swt daripada bermewah mewah dengan kehidupan dunia.Menjaga solat yakni melakukannya dengan khusuk. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak betul. Menafkahkan harta mereka ke jalan Allah. Menjaga kemaluan atau kehormatan dari berbuat kemungkaran. Tidak melampaui batas dalam bertindak dan mereka juga sentiasa menjaga amanah.

Begitu juga sebaliknya bagi yang ingkar dan muksiah. Mereka berpegang teguh dengan tali syaitan yang menguasai dalam kehidupan mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud  Syaitan telah menguasai mereka sehingga mereka lupa mengingati Allah swt. Mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah bahawa puak syaitan itu orang yang rugi.

Musuh Allah swt iaitu syaitan menggunakan upacara untuk mewujudkan pintu godaan kelembah maksiat iaitu dengan lisan ataupun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana disitulah terhimpunnya segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga membawa hidup penuh sengsara di dalam neraka.

Saiyidina Muaz pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka. Maka Rasulullah saw memegang lidahnya sendiri lalu bersabda Hendaklah kamu menjaga ini (lidah). Selanjutnya baginda bersabda Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah kita perkatakan.

Ikhwanil muslimin
Allah swt telah menyekat rancangan rancangan musuhnya sebagai jalan atau pintu masuk yang akan menyesatkan dan merosakkan manusia antara lain adalah:

  1. Ajakan kepada kejahatan
  2. Menanamkan rasa takutkan kemiskinan
  3. Menyamai nilai nilai dusta
  4. Menanamkan permusuhan antara individu, keluarga, masyarakat hinggalah ke satu bangsa.
  5. Mencegah daripada mengingati Allah swt samada dengan kesenangan atau kesulitan
  6. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.
  7. Menanam rasa putus asa, tahajjud dengan diri sendiri, ego, takabbur 
  8. Memperbanyakkan harta untuk disimpan bukan untuk kepentingan umum
Hasil dari godaan syaitan melalui pintu pintu maksiat ini, maka lahirlah manusia yang terpaut dengan ajakan serta bisikan yang mendatangkan kerosakan kepada manusia itu sendiri dengan pujuk rayu dan godaannya . Maka akhirnya ramailah manusia yang bergabung menjadi pengikut kemaksiatan ini.

Dengan demikian mereka yang dibawah takluk dan lemas dalam godaan maksiat akan jatuh ke dalam lumpur dan lembah kesesatan. 

Manusia yang hidup dalam kemaksiatan adalah mereka yang mengikut hawa nafsu dan menjadi pengikut dengan cara perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk daripada Allah swt sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati malah mendorong kearah kemahsiatan dan kedurhakaan kepada Alllah swt.

Saiyidina Ali ra berkata Yang paling aku takut yang akan menimpa kamu adalah panjang angan angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan angan dapat melupakan kehidupan akhirat sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang kebenaran. 

Pelaku maksiat sudah tentu mereka yang telah dikalahkan oleh hawa nafsunya. Kebathilan menguasai hati. Mereka lupa akan Allah swt semasaa melakukan maksiat dan dikuasai oleh para syaitan. Maka ingatlah bahawa musuh Allah itu sentiasa mengintai ngintai sasarannya dan menunggu masanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw menjelaskan bahawa maksiat tidak akan dilakukan semasa hati seseorang itu beriman kepada Alllah swt. 

Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya Tidaklah beriman seseorang penzina itu ketika ianya berzina. Tidak beriman seseorang pencuri itu ketika mencuri. Tidak beriman seseorang peneguk arak ketika dia meminumnya dan tidak beriman seseorang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika dia melakukannya. Riwayat Al Buqari.

Ikhwanil muslimin.
Bagi menutup segala pintu maksiat, maka hendaklah kita sedar dan insaf bahawa sebagai hamba Allah swt pintu taubat sentiasa terbuka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud Sebaik baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada Allah swt. Riwayat Attirmizi.

Bagi mereka yang ingin bertaubat dan ingin hidup tanpa maksiat maka hendaklah ikhlas dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt di dalam taubatnya, bermujahadah dengan bersungguh sungguh untuk mengelakkan diri dari diperhambakan oleh hawa nafsu syaitan.

Mengawal nafsu dari melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan sekali dua tetapi ianya perlu berterusan kerana Allah swt. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kenaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.

Khutbah ini mengingatkan bahawa dalam kehidupan ini ramai manusia yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk kehidupan mereka. Ingatlah bahawa mereka yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk akan menemui kegagalan pada akhirnya. Mereka sentiasa resah kerana sentiasa diburu oleh rasa bersalah bukan sahaja kepada Allah swt tetapi juga kepada diri sendiri. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah swt dan di akhirat kelak mereka akan diazab dengan api neraka yang amat pedih.

Khutbah menyeru sidang Jumaat dan umat Islam sekelian, marilah kita sama sama menjalani kehidupan ini tanpa maksiat.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita sama sama merenung diri kita dimanakah sebenarnya kedudukan kita adakah di landasan yang benar ataupun masih lagi berada di jalan berliku yang penuh dengan duri duri maksiat. Marilah kita sama sama kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amalan yang soleh, menutup segala pintu maksiat dan mengingati akhirat agar kira sedar tentang hakikat kehidupan serta menilik wajah kita agar ianya berseri seri dengan amalan mulia di sepanjang kehidupan ini.

Akhir sekali marilah kita sama sama merenung Firman Alllah swt yang bermaksud Berlumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul Rasulnya. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah mempunyai kurnia yang amat besar.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week