Tazkirah Pagi Jumaat
Sabda Rasulullah saw akan datang nantu satu zaman ada di kalangan kamu umat Islam ditimpa satu fitnah yang datangnya seperti kepingan malam, kamu tidak akan nampak datangnya.
Iaitu ada nantu diantara kamu Islam pagi kafir petang Islam, Petang kafir pagi Islam. Maknanya nampak seperti orang Islam, sebab dia berserban dan berjubah. Dia bertakbir sakan
Terapi sebenarnya dia telah kufur kepada Allah, namun dia tidak sedar dan tidak perasan. Ini namanya syirik kahfi, penyakit kufur yang datangnya langsung tanpa disedari.
Contohnya di dalam masjid dia membaca Al Ikhlas-Katakanlah ALLAH itu Satu. Tapi atas pentas politik, dia setuju kristian guna kalimah ALLAH tuhan 3-1
Dalam masjid dia baca Al-Ikhlas: Katakanlah ALLAH itu Satu. Diluar masjid dia setuju kristian guna kalimah ALLAH sbg tuhan bapak, tuhan anak dan holyghost
Dalam masjid dia kutuk amalan seks bebas zina liwat. Tapi diluar masjid dia sokong seks bebas dan para penzina dan peliwat diangkat menjadi pemimpin mereka.
Dalam masjid dia kata zina liwat dikutuk laknat oleh ALLAH. Diluar masjid dia sokong para pengamal seks bebas LBGT dan mendokong penzina dan peliwat sebagai pemimpin.
Dalam masjid mereka kata syurga dibawah tapak kaki ibu, tapi diluat masjid mereka menyokong para tanggang yang durhaka kepada ibubapa.
Dalam masjid mereka kata isteri adalah amanah ALLAH, tapi di luar masjid mereka buat sumpah akan talaq tiga isteri mereka demi menjaga kedudukan dan jawatan dalam parti.
Tanya sahabat, kerana apa umat Islam jadi begitu ya Rasulullah saw?Jawab Baginda saw,"kerana mereka menjual agama mereka demi mendapat habuan dunia yang sedikit.
Hanya kerana gilakan kerusi, hanya kerana kemaruk mahu ke Putrajaya, hanya kerana ketagih undi. Apakah aqidah dan agama menjadi pertaruhan yang sanggup digolok gadai
Di malam Jumaat saiyidul ayyam yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, marilah kita bermusabahah dan menginsafi kekerdilan kita di hadapan ALLAH Maha Esa
Zulkifli Noordin
Wassalam
0 comments:
Post a Comment