Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 18-5-2012: Nikmat Allah Ke Atas MakhlukNya
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah kita mengingati keagongan Allah swt yang telah mencipta alam yang amat besar dan indah ini. Kita ingat kepada nikmat dan rahmat Allah swt kepada kita semua. Sebagai satu satunya makhluk yang bertamadun yang menyedari kebesaran Allah swt dalam semua rahmat dan kurniaan Allah.
Saudara kaum muslimin
Marilah kita selalu bersyukur dan beribadat menyembah Allah selama kita hidup di dunia ini kerana itulah tujuan diciptaan manusia yang sebenarnya.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian
Bagaimana hebat kekuatan akal kita, namun manusia hanya tahu tentang alam benda, alam nyata yang kecil ini sahaja. Akal kita tidak tahu bagaimana Allah swt yang sebenarnya dan apa yang ada disebalik alam yang nyata ini dan bagaimana sebenarnya rahsia kehidupan kita di alam nyata dan di alam ghaib kelak.
Untuk menerangkan semua perkara ghaib yang maha besar dan penting itu Allah swt mengutuskan para nabi dan rasul, menurunkan kitab kitab, nabi dan rasul terakhir dengan kitab terakhir yakni Al Quran. Al Quran adalah ajaran yang paling lengkap dan sempurna mengenai pelbagai hal. Oleh itu marilah kita beristiqamah membaca merenung dan menpelajari isi kitab Al Quran itu supata kita mendapat petunjuk.
Janganlah ada di kalangan kita muslimin dan muslimat yang tidak tamat membaca dan mempelajari Al Quran agar sempurna pegetahuan dan keyakinan kita.
Dengan tersebarnya ajaran Al Quran pada bangsa arab di zaman Rasulullah saw mereka yang pada awalnya dalam keadaan bodoh, dalam keadaan rosak dan berpecah belah telah menjadi satu bangsa terbaik, pintar dan bersatu padu sehingga mereka menjadi kuat dan berkuasa serta dihormati di tengah umat manusia di dunia ini.
Ajaran Islam yang telah dapat mengubah watak bangsa arab itu dapat diringkaskan sebagaimana berikut
Ajaran tentang Allah - sebahagian besar ayat ayat Al Quran menerangkan tentang wujudnya Allah, tentang kebesarannya, perbuatannya, sifat sifatnya, kasih sayang dan keampunannya, rahmatnya dan nikmatnya kepada umat manusia secara berulang kali dengan susunan bahasa yang indah dan menarik. Kadang kadang membangkitkan perasaan sehingga pembaca menitiskan air mata seperti yang di alami oleh Rasulullah saw dan para sahabat Baginda. hinggaBacalah surah Toha, ayat 1 hingga 8 yang telah menjadikan Umar Ibni Al Khattab yang ingin membunuh Nabi sebaliknya menjadi pengikut dan sahabat Nabi selepas mendengar ayat ayat itu yang dibaca oleh saudara perempuannya.
Sebagaimana Ayat
Yang bermaksud Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Taa' Haa.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah
basah di perut bumi.
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang
demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala
rahsia dan segala yang tersembunyi.Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Dalam ayat ayat yang lain berlkali kali dinyatakan bahawa Allah swt lah yang mencipta kamu pertama dari tanah yakni Adam kemudian dari setitik air yakni sperma lalu menjadi darah, daging dan diberi tulang lain menjadi tubuh dan dihembuskan nafas ke dalam roh mu menjani janin yang lengkap lalu lahir ke dunia sebagai bayi yang sempurna dan akhirnya menjadi manusia yang dibekalkan kemampuan dan ilmu pengatahuan yang luar biasa.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Allah swt lah yang membentangkan bumi dan memperagakan bintang bintang di langit yang menguwapkan air laut naik ketempat yang tinggi lalu dikembalikan menjadi air hujan untuk memberi air minuman kepada manusia, binatang dan menyegarkan tumbuh tumbuhan. Dia yang memusing bumi dan matahari sehingga terjadinya siang dan malam serta berbagai musim yang berpengaruh besar bagi setiap kehidupan yang memproses apa sahaja yang terdapat di dalam perut bumi ini. Ia menumbuhkan semua yang tumbuh dan dan Dia juga menentukan warna segala sesuatu itu.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Sesiapa yang membaca dan merenung tersebut akan meresap ke dalam seluruh tubuh dan hati nurani dan membangkitkan kepercayaan kepada Allah swt serta rahmat dan nikmatnya. Allah swt berulang kali menegaskan dalam Al Quran bahawa Dia adalah Esa dan tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah swt.
Jangan sampai ada manusia yang menyembah sesuatu selain darinya iaitu bebda benda dan makhluk yang sama sekali tidak memberikan kemudharatan dan keselamatan bagi diri mereka. Denagn satu kalimah pendek iaitu La Ila ha ill Allah maka berguguranlah segala tuhan yang palsu yang pernah disembah oleh manusia.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Allah swt yang maha Esa sahajalah yang patut disembah, yang patut diingat, yang patut dipuja dan yang diminta pertolongan oleh manusia kerana Dia mendengar, Dia melihat dan Dia mengetahui apa sahaja yang akan dan telah berlaku di alam maya ini.
Manusia, bila bila masa dan di mana sahaja dapat berhubung dengan Allah swt untuk meminta pertolongan darinya.
Alam dicipta dan dikembangkan oleh Allah hanya untuk kepentingan manusia. Manusia yang suka berfikir dan merenungkan seluruh alam dan isinya akan terposona dan terharu melihat dan mengatahui bahawa alam inu seluruhnya dicipta semata mata untuk kepentingan dan keperluan kehidupan manusia.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan
kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu,
ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah
dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk;
dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi
kebenaran
Firman Allah swt yang bermaksud
Allah telah membentangkan laut untuk kamu layari dengan menpergunakan kapal kapal dengan perintahnya dan
Firman Allah swt dalam surah Ibrahim yang bermaksud Allah swt lah yang menciptakan langit dan bumi yang menurunkan air dari langit dan dari air itu Allah keluarkan buah buahan untuk menjadi makanan kamu. Allah mudahkan kapal kapal belayar di atas samudera dan sungai sebagai alat perhubungan. Allah peragakan matahari dan bulan. Allah jadikan malam dan siang, Allah sediakan selengkap lengkapnya segala keperluan hidup manusia sesungguhnya jika kamu cuba merenung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat atau sanggup menghitungnya, sesungguhnya manusia itu zalim dan ingkar.
Dalam surah Al Imran Allah swt berfirman yang bermaksud
Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan penggantian siang dan malam adalah tanda tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir iaitu orang yang ingat kepada Allah sewaktu berdiri, duduk atau berbaring lalu merenungkan kejadian langit dan bumi lalu berkata Ya Allah Ya Tuhan kami tidaklah engkau jadikan kesemua itu sia sia belaka, maha suci engkau maka hindarkanlah kami dari siksa neraka
Wassalam
0 comments:
Post a Comment