Kuliah Maghrib 13 Mei 2012

Hadis 40 di susun oleh Iman Nawawi

Hadis pertama berkenaan dengan Niat.
Dari Omar bin Al khattab, Rasulullah saw bersabda Hanyasanya amalan itu bermula dengan niat, Hanyasanya setiap ibadat seseorang itu dibalas berdasarkan kepada niatnya.

Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya adalah untuk Allah dan rasul. Manakala sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana berkahwin maka hijrahnya dikira mengikut apa yang diniatnya itu.

Makna Innama ialah Hanyasanya atau dalam erti kata lain ialah sesungguhnya seriap amaln itu kena dimulakan dengan niat.

Kepentingan hadis ini.
Hadis ini menunjukkkan amalan niat ini adalah separuh dari Islam
Kerana Islam tidak boleh lari dari zahir dan batin iaitu amalan dan niat.

Niat ini tersembunyi di dalam hati dan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui keikhlasannya.

Dari Imam Ahmad dan Imam Shafie hadis ini merangkumi 1/3 ilmu.ia berdasarkan kepada perbuatan manusia iaitu hati, lidah dan anggota badan lain yang melakukan perbuatan.

Imam Bhukari dan Imam Nawawi meletakkan hadis ini di awal kitab mereka.

Sebab sebab Nabi saw menyebut hadis ini kerana peristiwa Allah swt memerintahkan muslimin di mekah berhijrah ke Madinah . Hijrah ini adalah wajib . Kena tinggalkan segalanya di mekah.

Ada Sifat Siqah- benar sebenarnya/ berperibadi baik baru boleh meriwayatkan hadis. Ia adalah antara syarat syarah untuk perawi hadis.

Imam Masuod meriwayatkan seorang lelaki telah melamar seorang gadis bernama Ummu Qais yang telah terpilih untuk berhijrah bersama sama nabi. Gadis itu mengenakan syarat kepada lelaki itu supaya berhijrah bersamanya jika ingin mengahwinannya. Niat Hijrah lelaki itu adalah kerana wanita itu. Apabila perkara ini diketahui oleh Nabi, Baginda saw telah menyuruh pemuda itu memperbetulkan niatnya itu.

Syarat syarat niat
1. Semua perbuatan kena dimulakan dengan niat.
Ibadat inti ( pokok ) dalam rukun Islam yang ke lima.
Dalam ibadat solat - niat aku solat fardhu maghrib tunai kerana Allah swt. Lintasan dalam hati.

Lafaz niat adalah sunat manakala niat dalam hati adalah wajib.

Ibadah wasilah adalah perantara kepada ibadat inti tadi.
Wuduk - bukan ibadat inti
Hanyalah perantara kepada yang wajib.
Wajib juga berniat dahulu sewaktu memulakan mengambil wuduk.

2. Waktu nak mula niat adalah sewaktu nak memulakan ibadat.

Semasa di rumah untuk berjalan ke masjid hanyalah azam dahulu. Ia belum dikira sebagai niat lagi.

Niat hendaklah bersama sama dengan takbir ratul irham.

3. Tempat niatnya adalah di dalam hati.

Tentukan secara jelas semua perkara tadi.

Niat tak akan kesampaian kerana sakit atau mati, Insyaallah Allah juga akan memberikan pahala.

Ibadat seorang hamba adalah kerana takut kepada Allah. Kita makin dekat dengan Allah dan ia adalah paling disayangi oleh Allah .

3 jenis ibadat
Ibadat seorang saudagar - niat nak syurga dan takut kepada neraka. Mencari keredhaan Allah. Ibadat seorang saudagar ini masih dibolehkan walaupun ianya tidak sebaik ibadat seorang hamba tadi.

Ibadat merdeka- seseorang itu berbuat ibadat kerana syukur kepada Allah dan kurniakan rahmat kepada kita seterusnya berbakti kepada Allah swt.

Rumusan
Allah sentiasa memerhatikan gelagat kita dengan teliti kerana itu setiap ibadat itu dimestikan dengan niat.

Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan




0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week