Kuliah Maghrib 21 Mei 2012

Persaudaraan dan Persahabatan mengikut kaca mata Islam

Kata Saiyiddina Ali ra memberi sedekah 20 dirham kepada sahabat kerana Allah swt adalah lebih baik dari pemberian 100 dirham kepada fakir miskin.

Kesucian diri dalam persaudaraan
- adalah dibenarkan untuk bersenang linang di rumah sahabat
- Ia adalah amalan terbesar para ulamak terdahulu.
- Namun demikian kita dibolehkan untuk makan sekadar yang perlu sahaja

Hak menolong sahabat dengan jiwa dan raga.

Tingkatan dalam menunaikan hajat para sahabat
1. Memenuhi hajat apabila diminta olehnya. Hendaklah diberi bantuan dengan wajah yg manis dan rasa senang serta melahirkan tanda kegembiraan kerana sanggup menerima kurniaan kita.

Hak seorang sahabat yang meminta pertolongan apabila diminta kali pertama tidak ditunaikan hendaklah diminta kali kedua kerana mungkin dia terlupa, kalau permintaan pada kali ketiga tidak diberi hendaklah mengucapkan Allah hu akhbar seperti sedang mengerjakan solat jenazah kemudian baca ayat ini yg bermaksud "bahawasanya orang yang mati akan dibangkitkan kembali".

Kena selidiki bila mana sahabat kita memerlukan pertolongan. Sebaik baiknya pertolongan diberi sebelum diminta oleh sahabat tadi.
Bila telah dibantu jangan terasa yang anda telah berbudi dengannya tetapi kita hendaklah terhutang budi dengannya kerana dia telah sudi menerima pertolongan kita.

- Jika mereka sakit hendaklah kita bersegera menziarahi mereka.
- Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan mereka maka hendaklah kita membantunya.
- Jika mereka terlupa tentang akhirat kerana sibuk bekerja hendaklah kita bersegera mengingatkan mereka.

Wassalam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week