Ingkar Perintah Nabi, Kemenangan Bertukar Jadi Kemusnahan



Kisah ini berlaku di Bukit Uhud pada zaman Rasulullah S.A.W dulu.

Ketika itu, umat Islam dihadapkan dengan satu dugaan yang getir dimana kekuatan tentera Quraish melebihi kekuatan tentera Islam. 700 menentang 3000!!!

Namun, disebabkan taktikal perang tinggi yang dimiliki oleh Rasulullah serta keperibadian Baginda yang cukup dikenali ramai, Baginda S.A.W tetap teguh menghadapi cabaran.

Jika dilihat diatas kertas, sudah pasti tentera Islam akan ranap dan kota Madinah yang baru dibuka akan menyembah bumi serta dunia kembali di zaman Jahiliyah.

Rasulullah S.A.W membawa tentera Islam menghala ke arah Bukit Uhud untuk berhadapan dengan musuh yang sudah siap sedia dengan kelengkapan mereka.

Yang hairannya, Rasulullah membiarkan tentera Quraish membina khemah dengan membiarkan kota Madinah terbuka luas dibelakang mereka.

Jika difikirkan secara logik, pada bila - bila masa sahaja tentera Quraish boleh menyerang Kota Madinah yang jelas tidak ada pertahan ketika itu.

Namun, itulah bijaknya Rasulullah S.A.W. Baginda tahu bagaimana keinginan tentera Quraish mahu membunuh panglima Islam lalu sanggup mengenepikan soal tersebut.

Diatas bukit kecil sekitar Bukit Uhud, Rasulullah tetapkan 50 orang pemanah di Bukit Ainaian dengan arahan yang cukup jelas; 'Jangan tinggalkan Bukit Ainaian dalam apa cara sekali pun'.

Maka perang pun bermula. Umat Islam dihadapkan dengan tentangan yang cukup hebat. namun mereka tetap bertahan dengan kukuh dan padat.

Keadaan itu kekal sehingga mereka berjaya memukul mundur tentera Quraish yang berlari melintang pukang sehingga meruntuhkan khemah - khemah mereka sendiri.

Dikala ini, pemanah - pemanah Bukit Ainain melihat kemewahan yang ada dikhemah tentera Quraish dan tertarik dengannya. Disebabkan itu, mereka menderu turun dari Bukit tersebut.

Walhal, sudah jelas. Arahan Rasulullah S.A.W sudah cukup nyata. 'Jangan Tinggalkan Bukit Ainain dalam apa cara sekali pun'. Arahan itu juga mereka engkar.

Akibatnya, tentera Islam tewas ekoran tindakan pantas Khalid Al Waleed yang mengambil peluang untuk menyerang dan menawan Bukit Ainain.

Disebabkan kejadian itu, tentera Islam tewas dan kehilangan sebahagian besar panglima tenteranya termasuk Singa Allah, Saidina Hamzah.

Baca seterusnya di Jangan jadi pemanah bukit uhud dan di rumusan

Kejayaan sesebuah organisasi itu hanya boleh dicapai apabila kita bersatu padu dan patuh pada arahan ketua yang dipilih secara demokrasi

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week