Kempen Penjimatan Kemudahan Asas 2012 Peringkat HUSM

Engku Nazli Engku Ariffin Setiausaha J/K Penjimatan Kemudahan Asas Hospital USM. Objektif kempen adalah untuk menggalakkan semua staf agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan menggunakan serta menjaga segala kemudahan asas dengan sebaik mungkin. Antara langkah-langkah yang disarankan bagi memastikan kempen ini berjaya adalah:  a) PERALATAN ELEKTRIK 1) Pastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan di'OFF'kan sebelum pulang. 2) Pastikan lampu Koridor di 'OFF' pada waktu siang 3) 'OFF'kan lampu atau alatan lain apabila waktu rehat atau tidak digunakan  b)...

Penangguhan SBPA - Siapa Yang Ambil Kesempatan

Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) menimbulkan persoalan  banyak tandatanya dan apakah apakah sebenar yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu. PM Najib mengumumkan penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri bahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggi seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti  Pelajaran,...

Kuliah maghrib 30-1-2012

Bulan maulidur rasul kena perbanyakkan selawat ke atas nabi. Sesungguhnya Allah Dan malaikat senantiasa berselawat keatas nabi. Wahai orang yang beriman berselawat lah kamu ke atas nabi. Sebagai tanda kasih kita Syafaat nabi di hari kiamat Nabi sangat sayang kepada umatnya Sentiasa berselawat ke atas nabi Cintakan sunnah nabi Cerita Abu Lahab bergembira semasa kelahiran nabi- Dia memerdekakan hamba yang memberitahunya dan dia mencari orang untuk menyusukan nabi. Ada seorang sahabat bermimpi Abu Lahab dapat minum air yang keluar dari celah celah jarinya di dalam neraka Allah tidak akan ciptakan...

Angio Site Preparation

Sudah ke bersedia site ini untuk menerima peralatan angiografi yang baru...

Gaya Si Kecil

Gaya Si Cilik semasa nak ke sekolah. Bukan betul betul nak ke sekolah pun, eksyen aje tu...

Kuliah Maghrib: 29-1-2012

Di Alam kubur telah ditunjukkan berkenaan syurga atau neraka Hadis Nabi saw Apabila mati seseorang kamu maka diperlihatkan padanya tempat dia menginap setiap hari, pagi dan petang samada dia ahli syurga atau neraka. Hadis ini diperkuatkan dengan firman Allah dengan kisah Firaun yang sekarang ini berada di Alam barzah. Pesanan Untuk merasakan kewujudan perkara ini kita sebagai orang mukmin kena sentiasa meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah swt. Ketika saat hendak mati Allah swt akan tunjukkan kemana hala tujuan kita di akhirat kelak. Hadis Nabi saw syaitan akan mengikat sanggul...

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 27 -1-2012: Perkahwinan, Anak Anak dan Tanggungjawab

Ikhwanil muslimin
Marilah kita sama sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan mengerjakan suruhan dan mengerjakan segala larangannya. Mudah mudahan kita mendapat keredhaannya di dunia dan akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan pasangan isteri dan dijadikan dari kamu dan pasangan kamu anak anak dan cucu cucu serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal. Maka patutkah mereka yang engkar itu percaya kepada perkara yang salah, penyembahan berhala dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.

Ikhwanil muslimin,
Allah swt telah menjadikan umat manusia dari keturunan Adam dan Hawa kemudian keturunan manusia itu berbahagia menerusi perkahwinan dan percaturan antara lelaki dan perempuan. Kemudian Allah menciptakan lagi zuriat keturunan manusia sehingga kekal keturunan itu sambung menyambung dari satu generasi ke satu generasi silih berganti.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Berkahwinanlah kamu dengan perempuan perempuan yang penyanyang dan mampu melahirkan ramai anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya  kamu pada hari kiamat.

Menerusi gambaran Alquran dan hadis yang dibaca tadi dapatlah difahami bahawa Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin, kerana melalui perkahwinan itulah akan melunas dan membuahkan limpahan rahmat mawaddah dan kasih sayang yang datang daripada Allah kemudian dijelmakan dalam bentuk seorang anak kecil yang perlu dibelai, dijaga dan kelak akan menjadi pelapis dan penyambung hidup ibubapa.
Lantaran itu kehidupan sesebuah keluarga tidak akan pupus dan berakhir atau terputus baqa dan zuriat keturunan mereka apabila mati orang tuanya.

Ikhwanil muslimin,
Anak merupakan anugerah Allah swt kepada sesebuah keluarga dan anak itu juga merupakan hiasan hidup kepada ibubapa sebagaimana dijelaskan dalam Al Quran yang bermaksud Harta dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia dan amal amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhan sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. 

Anak anak juga adalah amanah Allah swt yang diserah untuk dijaga dilindungi dan di pelihara buat sementara waktu, kemudian ia akan diambil balik oleh pemiliknya iaitu Allah swt.

Penyair ada mengatakan yang bermaksud Nyatalah harta dan anak pinak itu laksana barang amalan atau simpanan maka sudah tentu di satu hari nanti barang amalan itu akan dikembalikan kepada empunya iaitu Allah swt.

Allah swt menetapkan kewajipan memelihara dan melindungi anak anak di atas bahu ibubapa sebagai orang yang paling bertanggungjawab secara langsung di atas kelahiran dan kehadiran mereka, Sesungguhnya tidak ada orang yang paling dekat dan rapat yang diharapkan untuk melayani dan memelihara anak anak secara menyeluruh kecuali ibibapanya sendiri.

Namun atas sebab sebab keuzuran ibubapa maka tugas untuk memelihara dan melindungi anak anak tadi akan berpindah kepada walinya, atau kepada saudara mara sebagai ibubapa angkat. Amanah menjaga dan melindungi hak kanak kanak dalam Islam adalah mencakupi jagaan dan perlindungan seperti berikut;

  1. Melatih supaya mereka bergaul dan mengambil contoh teladan daripada orang orang yang cekal menghadapi cabaran hidup dan orang yang tinggi hemahnya. Sebagaimana kata penyair Bergaul dengan orang orang yang berazam tinggi akan timbul keazamannya, bercampur dengan orang yang murah hati akan menimbulkan sifat kemurahannya. Orang yang berjiwa kecil akan memandang perkara kecil itu besar, manakala orang yang berjiwa tinggi akan melihat pada yang besar itu kecil. 
  2. Menyediakan makan minum dari sumber yang halal lagi baik. 
  3. Menjaga dan mengawasi keselamatan serta maruah diri anak anak dari sebarang ancaman dan bahaya.
  4. Memenuhi keperluan rohani menerusi bekalan ilmu dan makrifat yang secukupnya.
  5. Ibubapa hendaklah sentiasa memberi teguran dan nasihat membina terhadap perlakuan buruk atau negatif anak anak agar perbezaan erti mendidik atau mendera difahami betul betul oleh ibubapa. Jangan kita sekali sikali menyalahkan psikologi mendidik kononnya sikap bermanja manja atau berdiam tidak menegur anak anak sebagai satu penyelesaian akhir, sedangkan keburukan yang mereka lakukan amat berat dan bahaya. 
Ikhwanil muslimin
Perbuatan mendera dan menzalimi anak anak yang masih kecil dengan menggunakan benda benda tajam dan alat alat bahaya seperti putung rokok, sterika panas, lebih lebih lagi mencabul kehormatan kanak kanak adalah jenayah keji dan kejam. Ama;lan kolot ini dan kezaliman sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang yang bernama bapa atau atuk, seorang yang bernama ibu atau nenek, seorang yang bergelar bapa atau ibu tiri, bapa atau ibu angkat kerana perbuatan seperti itu tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. 

Perbuatan sedemikian adalah dianggap zalim dan terkutuk di sisi Allah swt dan juga manusia. Sesungguhnya orang yang masih ada sifat peri kemaknusian tidak akan tergamak dan sanggup menganyanyai anak anak yang  tidak ada daya dan upaya untuk mempertahankan diri. Sebaliknya orang orang yang sanggup menzalimi anak anak adalah orang yang sudah ketandusan jiwa, orang yang sudah tidak berhati perut dan sehingga sanggup mendera anaknya sendiri. 

Ingatlah bahawa kenakalan terkawal dan kelincahan anak anak itu adalah satu perkembangan mental dan perkembangan akal yang baik dan daya kreatif mereka akan berkembang selari dengan kesihatan diri mereka. 

Perhatikan kepada haiwan haiwan pun tidak seganas manusia, hatta haiwan yang dikatakan ganas, buas pun masih mempunyai perasaan kasih sayang sanggup bertanggung jawab terhadap anak anak mereka dan bersedia untuk menyelamatkan anak mereka dari mara bahaya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Allah swt telah menjadikan rahmat kesihan belas sebanyak 100 bahagian , yang 99 bahagian itu dipegang disisinya dan hanya satu bahagian sahaja diturunkan ke dunia ini. Maka dengan satu bahagian itulah semua makhluk dapat berkasih sayang sehingga haiwan pun sanggup mengangkat tapak kakinya kerana bimbang akan terpijak anaknya.

Ikhwanil muslimin
Marilah kita sama sama menginsafi dan sedar akan tanggungjawab kita kepada anak anak lebih lebih lagi anak yang masih kecil kerana ianya merupakan amanah daripada Allah swt kepada ibubapa. Mencari nafkah yang halal untuk menyara hidup anak anak merupakan jihat,  memelihara, melayani dan melindungi akan menambahkan keberkatan hidup kepada ibubapa. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak ke atas kamu dan diri kamu mempunyai hak ke atas kamu dan juga keluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, maka hendaklah kamu menunaikan hak hak itu kepada yang empunyanya.

Sekian

Pengurangan 90% Tunggakkan Denda Hasil Tanah

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengurangkan tunggakkan denda hasil tanah sebanyak 90% kepada semua pemilih tanah yang mempunyai tunggakkan denda mengikut kaedah peruntukan 17A kaedah kaedah tanah Negeri Kelantan 1966. Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik tanah yang mempunyai tunggakkan denda cukai tanah. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan perkara perkara berikut: Resit bayaran fail pemohon bernilai RM20Cabutan hak milik terkiniBil cukai tanahTempoh tawaran ini akan berakhir...

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 20 -1-2012:Alam Barzah, Adakah Kita Sudah Bersedia?

Ikhwanil muslimin, Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekelian. Marilah kita sama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan perintah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah swt di dunia dan di akhirat. Ikhwanil muslimin Sebagai seorang islam yang berpegang kepada Al Quran dan Hadis, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat...

Majlis Sambutan Hari Jadi Cucu Saudara

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran cucu saudara yang pertama diadakan 2 hari lebih awal daripada tarikh hari lahirnya yang sebenar. Selamat hari lahir Ellisya Edrian...

Majlis perkahwinan anak Sn Noraini

Majlis diadakan pada hari Isnin 23 Januari 2012. Pada hari ini ada empat majlis perkahwinan yang saya kena hadiri. Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa untuk menghadiri semua jemputan ini. Terima kasih kepada Encik Sayuti...

Ultrasound Training

Pengajaran ultrasound secara live menggunakan direct audio video connection. Program ini buat pertama kalinya dibuat di PS1 Walaupun jangka masa perancangan adalah sangat singkat dan lokasi pengajaran itu di putuskan di saat saat akhir, namun ianya dapat dilaksanajan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada En Zakaria...

Yee Sang

Kali pertama berpengalaman makan yee sang di sebuah restoran di Kota Bharu. Di bawah ini diceritakan serba sedikit berkenaan yee sang dan sejarahnya di Malaysia. Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Hidangan...

#Maxislistens

“@Firdaus_Maxis: @nfauriza Hi, please DM your mobile number, exact location and landmark for further investigation. TQ #MaxisListens” @nfauriza Nik Fauriza 0129****11 location radiology department Hospital university sains Malaysia @Firdaus_Maxis Hi, may I know since when you are facing this issue? TQ @nfauriza For the last 3 weeks and it's getting worse @Firdaus_Maxis Hi, it means you are getting fluctuate signal in that building only. No issue if you are out of that are. Pls reconfirm. TQ @nfauriza Yes, last time its ok. Is there any possible way to improve the reception inside the building @Firdaus_Maxis...

Maxis Oh Maxis

RT @nfauriza: @MaxisListens inside Radiology dept at Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan, Maxis line reception are very bad. RT @nfauriza: @MaxisListens we cannot make or receive call. Unlike digi and celcom their reception are good. Is there any action from maxis to improve this? RT @nfauriza: Yes, all maxis users, since new building was built. It Might block the network line RT @Zairie_Maxis: @nfauriza Hi, since when did the network issue started to occur? Does all Maxis users experiencing the same difficulties? TQ #Maxislist...

FMRI: Latihan Asas Simulator

Latihan asas bagi sistem simulator untuk functional MRI telah di buat oleh Delta Mediscience. Latihan asas selama satu hari ini adalah sebagai persediaan untuk latihan sebenar pada hari ini. Antara staf staf yang terlibat adalah juru x ray dari Jabatan Radiologi dan PPSK, Pegawai sains, Saintis, Pakar Perubatan dan researcher dari Jabatan Neuro sain...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week