Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 01-06-2012:

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Pada hari yang berkat ini saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga pada sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada Nya dengan melaksanakan perintah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan ia akan menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat nanti.

Saudara kaum muslimin
Allah  swt telah memberikan kemulian kepada umat ini dengan menganugerahkan al Quran bersama sama dengan perutusan semulia mulia makhluk dan penghulu segala nabi yakni nabi kita Muhammad saw.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah An Ambia yang bermaksud Sesungguhnya kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang didalamnya terdapat sebab sebab kemulian bagimu, maka apakah kamu tidak memahaminya.

Saudara kaum muslimin
Kita kaum musliminlah yang memiliki transkrip langit yang mengandungi firman firman Allah swt yang terakhir dan menjadi petunjuk kepada umat manusia. Anugerah ini terus terpelihara dan dijamin dari perubahan dan pemalsuan dari segi kata maupun maknanya.

Allah swt sendiri menjaganya tanpa dibebankan kepada sesiapapun daripada kalangan makhluknya. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.

Al Quran adalah kitab suci daripada Allah swt sepenuhnya. Inilah suatu kitab yang ayat ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci dan diturunkan dari sisi Allah swt yang maha bijaksana lagi maha mengetahui, iaitu marhum dari ayat satu surah Hud yang berbunyi
 
 
 Alif, Laam, Raa`. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.  

Tidak pernah ada di negeri ini satu kitab baik ianya kitab agama atau buku bahasa yang terjaga dari sebarang perubahan dan pemalsuan selain dari Al Quran. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah, yang dapat menambah atau pun mengurangi satu huruf pun daripada nya apa lagi satu surah.
 
Saudara kaum muslimin
Ayat ayat Al Quran dibaca, diperdengarkan, dihafal dan diberi penjelasan sebagaimana bentuknya saat diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi kita Muhammad saw dengan perantaraan Jibrail as. 
 
Al Quran yang terdiri daripada  114 surah dimulai dengan
 
kecuali satu surah sahaja iaitu surah At Taubah yang tidak dimulai dengan Bismillah, namun tudak ada seorangpun yang berani untuk menambah Bismillah pada awal surah At Taubah baik pada bacaan atau pun pada tulisan.

Saudara kaum muslimin
Ini menunjukkan bahawa pada persoalan yang berhubung kait dengan Al Quran tidak boleh berpandukan akal semata mata. Selain dari itu para ulamak, kaum muslimin juga menghitung ayat ayatnya, kalimah kalimahnya dan huruf hurufnya dan tidak mungkin sesiapa pun dapat mengubah dan menyeleweng Al Quran.

Tidak ada di dunia ini sebuah kitab yang dihafal oleh ribuan orang dalam hati mereka selain dari Al Quran. Ini adalah kerana Allah swt telah memudahkan Al Quran untuk diingat dan dihafal maka tidak sukar untuk kita menemui penghafal Al Quran samada lelaki atau wanita bahkan kanak kanak, samada orang yang bertutur bahasa Arab ataupun mereka yang tidak memahami sepatahpun bahasa arab.

Mereka berusaha menghafal Al Quran kerana beribadat dan mendekatkan diri nya kepada Allah swt, walaupun tanpa difahami kerana bukan bahasa ibundanya.

Saudara kaum muslimin
Al Quran bukan sahaja dijaga makna makna, bukan sahaja dijaga kalimah kalimah dan lafaz lafaznya sahaja tetapi juga cara membaca dari segi sifat dan makhraj huruf hurufnya seperti hukum hukum bacaan mad, ngunnah, izhar, idram, ikhfa, ikhlak dan lain lain.yang telah digarap dalam ilmu yang khusus yang dikenali dengan ilmu tajuwid Al Quran.

Saudara kaum muslimin
Dari segi pengisian  pula Al Quran ditulis berdasarkan Resam Osmaniah, iaitu kaedah penulisan Al Quran yang digunakan semasa penulisan semula Al Quran di zaman Sayyidina Osman. Sehingga kini sistem penulisan ini menjadi sistem penulisan yang tunggal bagi Al Quran termasuk bagi buku buku ilmiah dan lain lain.

Saudara kaum muslimin
Inilah  kitab Al Quran yang sesuai untuk sepanjang zaman dan bagi semua umat manusia.
 
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Allah swt telah menerangkan ciri ciri utama kitab Al Quran iaitiu Al Quran adalah sumber hidayah sebagaimana firman Allah swt dalah surah Al Israa' yang bermaksud Sesungguhnya Al Quran itu memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang orang mukmin yang melakukan amal amal yang soleh, bahawa sesungguhnya bagi mereka adalah balasan yang besar.

Al Quran juga adalah cahaya yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba hambanya selain dari cahaya fitrah dan akal seperti firman Allah swt yang bermaksud Maka orang orang yang beriman kepadanya, memuliakannya dan menolongnya serti mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya Al Quran. Mereka itulah orang orang yang berjaya.

Di antara sifat cahaya ialah dirinya sendiri telah jelas, kemudian dia menjelaskan yang lain, ia menjelaskan kesamaran hakikat sesuatu, menukar kebathilan, menolak shubahah, menunjuk ganjaran bagi orang orang yang kebingungan serta menambah hidayah bagi orang yang telah mendapat petunjuk.

Allah swt telah menerangkan tujuan utama Al Quran diturunkan sebagaimana di beberapa firmannya 
  1. Meluruskan dan membetulkan kepercayaan  dan pemikiran manusia tentang ketuhanan, kenabian dan pembalasan terhadap amal perbuatan
  2. Membetulkan pandangan hidup manusia tentang kemuliaan insan, menjaga hak haknya terutama golongan yang lemah dan tidak berjaya.
  3. Menghubungkan manusia dengan Allah swt agar manusia hanya menyembahnya semata mata dan bertaqwa kepadanya di dalam perlaksanaan seluruh urusan kehidupannya.
  4. Membersihkan jiwa manusia kerana apabila jiwa anggota sesebuah masyarakat bersih maka baiklah masyarakat seluruhnya. Sebaliknya jika jiwa masyarakat itu rosak maka rosaklah masyarakat keseluruhannya.
  5. Al Quran juga mengajak manusia untuk membentuk dunia manusia yang saling mengenali dan tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa bermaafan dan tidak saling benci membenci secara fanatik serta saling berkerjasama dan bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan bukan kepada perkara kejahatan dan permusuhan
Saudara kaum muslimin
Dalam hubungan kita dengan Al Quran kita berkewajipan untuk berinteraksi secara baik iaitu menghafal dan mengingatinya, membaca dan memperdengarkannya, mentadbir, merenungnya, menghayati dan mengamalkannya. Kita juga berkewajipan memahami dan berusaha mengetahui kehendak kehendak Allah swt terhadap kita yang telah dinyatakan di dalam Al Quran, memahami rahsia rahsianya dan menyungkil mutiara mutiara berharga yang terkandung di dalamnya.

Tidak sepatutnya kita umat yang menerima Al Quran mengalami keadaan yang sama yang berlaku terhadap umat yang diturunkan At Taurat dan lain lainnya . Sebagaimana ungkapan Al Quran yang bermaksud Perumpamaan orang orang yang dipikul kepadanya Al Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab kitab yang tebal, sangat buruk kaum yang mendustakan ayat ayat Allah.Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim.

Wallahualam


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week