Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 15 Jun 2012:Hikmat Dari Peristiwa Israq Mikraj
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian,
Alhamdilillah, kita sekelian memanjat syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik dan hidayahnya kepada kita semua. Di mana kita masih diberi peluang untuk kita meneruskan amal bakti kita kepada Allah swt sebanyak yang mungkin dan sekaligus dapat kita menjauh diri dari segala larangannya.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian,
Di hari dan di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita merenung kembali ke atas peristiwa yang amat besar yang menggemparkan seluruh dunia sebagaimana yang telah diketahui iaitu peristiwa Israq dan Mikraj.
Peristiwa Israq dan Mikraj yang berlaku keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw pada tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah kira kira lebih 1400 tahun dahulu. Demi untuk kita mengambil hikmah hikmah dan pengajaran pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk kita amal bagi diri kita, bagi keluarga kita, bagi masyarakat kita dan negara kita.
Saudara kaum muslimin sidang Juamaat yang berbahagia.
Bahagialah umat manusia yang mempunyai dan mengambil pengajaran daripadanya dan binasalah umat manusia yang tidak percaya atau meraguinya. Peristiwa besar yang dicatatkan di dalam kitab suci Al Quran nil Karim sebagaimana firman Allah swt dalam surah al Israk
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Saudara kaum muslimin
Allah swt menjalani hambanya dalam masa yang begitu singkat, tak sampai semalaman, bukan sahaja setakat Masjidil Aqsa di Palestin tetapi lebih jauh daripada itu dijalaninya melintasi 7 lapis langit seterusnya dibawa ketempat yang bernama Siddaratul Muntaha. Di sana nabi besar Muhammad saw dapat melihat malaikat Jibrail pada rupa bentuknya yang sebenar. Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud Demi sesungguhnya Nabi Muhammad talah melihat Malaikat Jibrail pada rupa bentuknya yang sebenar di Siddaratul Muntaha pada malam Israq dan Mikraj.
Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah
Sedia maklum bahawa peristiwa Israq Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad saw itu mengandungi beberapa hikmat hikmat dan pengajaran pengajaran yang amat besar bagi membangun individu individu muslim kepada jiwa besar, masyarakat yang bertamaddun dan negara Islam yang terkemuka di muka bumi ini yang diredhai oleh Allah swt.
Di antara hikmat hikmat dan pengajaran yang dipetik daripada peristiwa Israq dan Mikraj yang mesti kita menghayatinya supaya kita dapat mencapai mesej pembangunan Islam yang tersebut iaitu:
- Pembangunan rohani, dengan memperlihatkan tanda tanda Allah melalui Alam Bawahan dan Alam Atasan supaya umat manusia sentiasa mengenal kebesaran Allah swt dan bertaqwa kepadanya dengan memenuhi segala seruhan dan menjauhi segala larangan.
- Perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang singkat sahaja sebagai mencabar daya usaha rekaan kekuasaan umat manusia yang dikatakan canggih dan morden dewasa ini. Semoga umat manusia menyaksi kekuasaan Allah swt dan ciptaannya lebih canggih daripada segala segalanya
- Kemuncak tempat yang sampai iaitu Siddaratul Muntaha yang tertinggi, sekaligus mengiklankan bahawa urusan Allah swt, agama Islam dan umat Islam adalah lebih tinggi daripada urusan yang lain, peraturan peraturan yang lain dan daripada orang orang yang bukan Islam, semoga umat Islam sentiasa sedar serta mengorak lagkah bagi mencapai pangkat khalifah yang menguasai mukabumi ini.
Saudara kaum muslimin
Di antara hikmat hikmat dan pengajaran pengajaran yang tersebut marilah kita petik salah satu daripadanya untuk kita sama sama menjalani serta menghayatinya iatu mengenai pembangunag rohani. Pembangunag rohani
ialah merupakan satu formula yang wajib dilakukan oleh setiap muslim. Dengannya individu muslim akan jagi orang yang berjuwa besar, mengagong kebesaran Allah, mematuhi segala arahan Allah dan mampu mentadbir diri sendiri,masyarakat dan negara.
Jika ramai individu muslim yang berjiwa besar akan lahirlah masyarakat dan negara yang berjiwa besar. Mereka layak menjadi khalifah yang menguasai muka bumi ini. Dalam pada itu satu perkara yang mendukacitakan yang menjadi persoalannya mengapakah umat Islam hari ini menjadi umat yang dikuasai dan bukan umat yang berkuasa. Sebahagian dari negara Islam dirampas, ekonomi umat Islam ditekan, sebahagian dari alat senjata
canggih disiasat untuk dimusnahkan sepaya umat Islam tidak akan bangun selama lamanya.
Saudara kaum muslimin
Bagi menjawab persoalan sebab kelemahan umat Islam itu ialah kerana ramai umat Islam yang tidak menghayati ajaran Islam terutama dalam bidang membangun rohani. Rohani mereka ditawan dan dipengaruhi oleh sifat sifat mazmumah yakni sifat yang tercela, dan sifat sifat syaitanniah, di mana ia merupakan sebagai virus yang amat bahaya yang akan menyebabkan rohani menjadi kerdil dan tidak mampu untuk membangun.
Saudara kaum muslimin
Sifat sifat mazmumah, sifat sifat yang tercela yang dimaksudkan itu di antara lain ialah ego, membesarkan diri, memandang rendah kepada orang lain, dendam kesumat, suka berseteru, suka membuat fitnah dan melaga lagakan orang. tamak pada harta tanpa mengira haram atau halal , tidak memadai dengan pendapatan harta yang halal, memandang hina kepada fakir miskin, kurang maruah agama, kasih kepada mashyur, berebut rebut untuk menjadi ketua dan banyak lagi yang menyebabkan rohani mereka menjadi rosak, diri rosak, masyarakat rosak dan umat Islam rosak yang mana dikuasai oleh orang bukan Islam.
Saudara kaum muslimin
Berketepatan dengan sabda junjungan besar kita nabi Muhammad saw yang bermaksud Bahawa sesengguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baik ia, baiklah seluruh anggota dan apabila rosak ia, pasti rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah dia hati.
Saudara kaum muslimin
Oleh yang demikian marilah kita sama sama menebus kembali maruah kita umat Islam dengan kita sama sama kembali kepada ajaran Islam dan kita sama sama bermuhasabah memeriksa diri kita masing masing. Apakah rohani kita telahpun membangun atau pun rohani kita penuh dengan virus virus dan penyakit yang amat tenat.
Maka jika persoalah ini kita dapat memberi jawatan yang baik, hendaklah kita bersyukur kepada Allah swt di atas taufik dan hidayahnya itu. Andainya persoalan itu tidak dapat memberi jawapan yang baik, ketika itu wajiblah kita berusaha sedapat yang mungkin mengubati dengan riadah dan mujahadah yang bersungguh sungguh mengikis buang segala sifat sifat mazmumah, sifat yang tercela daripada jiwa kita serta berusaha dengan bersungguh sungguh disematkan dalam jiwa dengan segala sifat sifat mahmudah yakni sifat yang terpuji. Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk menunjukkan jalan yang benar kepada sesiapa yang bersungguh sungguh bermujahadah.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah An Ankabut
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment