Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi: 22-7-11, Tahap Keimanan


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada saudara saudara sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertakwa kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi Allah sekelian
Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama sama perhatikan kepada firman Allah swt yang bermaksud Allah menjanjikan kepada orang orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka sebagai kalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Allah telah menjadikan orang orang sebelum mereka sebagai khalifah khalifah yang berkuasa. Allah akan menguat dan mengembangkan Agama Islam yang telah diredhainya untuk mereka.Allah juga akan menggantikan keamanan kepada mereka setelah mengalami ketakutan daripada ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu yang lain daripada Ku.Ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar, maka mereka itulah orang orang yang fasik.

Saudara kaum muslimin
Iman terbentuk daripada 3 perkara iaitu
  1. Kepercayaan hati 
  2. Pengakuan lidah dan
  3. Amal perbuatan.
Orang yang beriman tetap membuktikan tahap keimanannya dengan amal perbuatan. Hassan Al Bukhari menegaskan dengan kata katanya yang bermaksud. Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita cita, tetapi iman itu apa yang teguh didalam hati dan dibenarkan oleh amal perbuatan. Sesiapa yang berikhrar baik padahal dia mengerjakan amal yang tidak baik, maka pengakuannya akan ditolak oleh Allah swt. Dan sesiapa yang berikhrar baik dan berbuat kebaikan, maka dia akan diangkat oleh amalannya.

Saudara kaum muslimin
Orang orang mukmin yang sebenar, ialah orang yang mewarnakan seluruh hidupnya dengan ibadah. Semua sikap dan tindak tanduknya adalah berpandukan kepada ajaran Allah swt. Dia sentiasa berhubung dan bermunajat kepada Allah swt. Dia tidak dilalaikan oleh kesibukan bekerja atau berniaga. In ilah manusia yang mendapat pujian Allah swt menerusi firmannya dalam surah An Nurr yang bermaksud Merekalah orang orang yang tidak dilalaikan oleh kesibukan berniaga dan berjual beli daripada tugas mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Marilah kita menilai tahap iman dan amal soleh kita, marilah kita memastikan bahawa kita tetap beriman dan beramal soleh, mudah mudahan kita sentiasa mendapat bimbingan dan keampunan daripada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah ya Muhammad sesungguhnya aku hanyalah seseorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada ku bahawa tuhan kamu adalah tuhan yang satu dan hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul/lurus serta pohonkanlah keampunan kepadanya. Ingatlah bahawa kecelakaan besar bagi orang yang menyekutukannya dengan sesuatu yang lain.

Sekian

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week