Khutbah Jumaat Masjid AlQasimi: 29-7-11 : Puasa Ramadhan
Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Firman Allah swt yang bermaksud Dan orang yang berusaha dengan bersesungguh-sungguh bagi memenuhi kehendak agama kami sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan jalan kami yang boleh menjadikan mereka bergembira serta mendapat syafaat. Dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah bersama sama dengan orang orang yang berusaha memperelok memperbaiki segala amalannya: Surah an Kabut ayat 69.
Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Pada kesempatan khutbah kali ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian, marilah kita tingkatkan pegangan kita kepada Islam, kita perkasakan iman kita dan kita janakan taqwa kita kepada Allah swt. Dalam mana mengikut Islam,dengan iman dan taqwa itulah kita akan mendapat kebahagian yang sejati di dunia ini dan insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan di akhirat nanti,
Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Bulan Ramadhan Al mubaraq akan menemui kita insyaallah dalam beberapa hari lagi, dan menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana dengan kehadirannya itu insyaallah kita beroleh kesempatan menikmati ibadat di bulan ramadhan bagi menjana kekuatan dan menjana ketaqwaan kita sebagaimana target utama puasa di bulan ramadhan adalah menetapkan ketaqwaan kepada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Gambaran dan terjemahan dari rasa kegembiran kita, maka kita akan mempersiapkan diri kita memasuki ramadhan dengan menyediakan berbagai aktiviti yang dapat mempertingkatkan dan memperkasakan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Hubungan kita dengan masyarakat, kita aturkan program dan persiapan baik dalam bentuk peribadi maupun secara bersama dan secara bermasyarakat.
Saudara kaum muslimin
Kita akan menemui lagi ramadhan pada tahun ini, Insyaallah, semuga Allah swt panjangkan umurkan kita supaya kita dapat menemuinya. Kita memasuki ramadhan pada kali ini dalam suasana umat islam terus berhadapan dengan banyak cabaran dan dugaan. Akhlak sebilangan masyarakat kita yang memang perlu di muhasabah perlu diwaspada. Hal ini kerana begitu banyak sifat sifat murni, sifat positif, sifat baik yang sepatutnya melangkah menjadi darah daging peribadi masyarakat kita yang telah hilang seperti budaya malu sehingga seseorang atau sekumpulan tanpa malu malu sanggup melakukan sesuatu perkara maksiat, sanggup melakukan kemungkaran dan dosa dosa yang lain. Akibatnya sendi sendi kehidupan masyarakat menjadi rosak. kebenaran dan kejujuran menjadi suatu yang hilang daripada amalan masyarakat sehingga kebohongan, kepura-puraan yang dilakukan dalam pelbagai lapisan masyarakat dan lapangan kehidupan.
Saudara kaum muslimin
Kedatangan ramadhan yang penuh berkat perlu kita jadikan saat yang gemilang untuk membaiki dan untuk menyelamatkan kita dan masyarakat, bangsa dan umat Islam keseluruhannya yang sedang terumbang ambing di landa ombak kegelisahan. kemunduran, perpecahan dan berbagai masalah lagi yang boleh mengundang kehancuran. Sebenarnya bulan ramadhan pernah menjadi bulan yang di hormati oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam. Apabila Islam datang maka bulan ramadhan di beri penghormatan, kemuliaan dan keagungan yang lebih lagi. kerana di dalam bulan Ramadhanlah permulaan turunnya Al Quran yang mulia itu keatas Rasullullah saw. sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Bulan Ramadhan yang padanya di turunkan Al Quran menjadi petunjuk untuk sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Saudara kaum muslimin
Penghormatan merupakan bulan rahmat di awalnya, bulan keampunan di pertengahannya dan bulan bebas dari api neraka pada penghujungnya. Ramadhan bulan yang dibuka pintu pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Ramadhan yang dibulannya terdapat malam lailatul qadar yang terlebih baik tawaran kepada amalan kebajikan dan terlebih baik dari seribu bulan. Untuk mencapai hasil yang sebaik baik dan setinggi tingdi dari kedatangan ramadhan ada banyak benda yang kita perlu lakukan sebagaimana persiapan yang di antaranya:
- Hendaklah kita menjaga tubuh badan dan kesihatan kita agar sentiasa sihat sehingga ibadat dalam bulan Ramadhan yang akan datang ini boleh di laksanakan dengan sebaik baiknya seperti puasa, sembahyang terawikh, membaca Al Quran dan lain lain. Kerana apabila tubuh tidak sihat susah untuk kita melaksanakan bagi aktiviti ramadhan yang memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas.
- Kita perlu sekali lagi mengulangi pelajaran fekah dan juga pelajaran tasawuf mengenai atau yang berkaitan dengan hukum hakam dan sebagainya sehingga ibadat yang kita jalani adalah berdasarkan atas kefahaman yang tepat dan betul
- Kita hidupkan budaya bermaaf mafan antara keluarga, antara jiran tetangga, antara saudara seagama semoga dosa dosa kita ketika berada di bulan ramadhan sudah terhapus hanya kita pohon keampunan dosa dosa kita dengan Allah swt sahaja ketika ramadhan berakhir dan kita menyambut pula Aidil fitri, kedudukan kita pada ketika itu benar benar dalam keadaan fitrah suci tidak ada dosa
- Sebagai orang yang cerdik kita menyambut kedatangan Ramadhan dan mengisinya dengan zikirullah, bertasbih, bertahmid, bertakbir kerana zikrullah itu adakah penawar bagi ketenangan hati, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Orang orang yang beriman yang tenang setenang hati mereka dengan zikirullah ketahuilah dengan zikirullah itu tenang setenanglah hati manusia. Disamping zikirullah secara khususnya kita programkan, kita jadualkan pembacaan Al Quran, ,endengar dan beramal dengan pengajarannya, Allah swt mengingatkan kita tentang pembacaan Al Quran melalui firmannya yang bermaksud Sesungguhnya orang orang sentiasa membaca kitab Allah yakni Al Quran dan tetap menjadikan sembahyang serta menderma daripada apa yang kamu kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang terang mereka mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian
- Menghidupkan Ramadhan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt dengan memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara sesama saudara seagama seperti mengeluarkan zakat, bersedekah, mengatur program berbuka puasa, meningkatkan kualiti dan mengikuti aktiviti dakwah seperti ceramah ceramah agama
- Kita sambut ramadhan dengan persiapan diri bersedia melakukan amal amal soleh, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia seperti bercakap sopan menutur perkara perkara baik , tidak mengeji, tidak mengumpat dan sebagainya
- Kita sambut ramadhan dengan berjuang dengan bersungguh sungguh dalam merangka ketaatan kita kepada Allah swt dan beribadat kepadanya, perjuangan ini dikenali sebagai jihat iaitu jihat memerangi diri kita sendiri agar dapat melaksanakan ketaatan kita kepada Allah swt dan mencegah diri kita dari melakukan maksiat. Jihat yang melawan nafsu yang sentiasa mendorong kearah kejahatan. Kita perlu sentiasa berjihat melawan syaitan musuh yang sentiasa menggoda dan memukau kita, menghiasi perbuatan buruk untuk dilihat agar nampak baik. Meskipun dibulan Ramadhan syaitan dibelenggu namun talian bisikan mereka tetap boleh berhubung boleh sampai kepada kita apabila kita gagal menghidupkan jihat.
Firman Allah swt yang bermaksud Dan orang lelaki dan perempuan yang menyebut nama Allah swt banyak banyak Allah menyediakan untuk mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar
Sekian
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment