Majlis Perkahwinan Staf Radiologi

Pada Hari Raya ke 3, saya berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan Che Munirah di Pengkalan Chepa. Tahniah kepada pasangan ini. Semoga berbahagia sepanjang masa. Wassalam ...

Minggu Cemerlang Sukan Malaysia

Minggu ini adalah minggu yang paling cemerlang untuk sukan di Malaysia. Bermula dengan perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan perlawanan yang bermutu tinggi lagi mendebarkan antara Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan Kelantan. Kesudahannya Pasukan Wira Merah telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-3 selepas tambahan masa. Kemudian di susuli pada keesokan harinya dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin menaiki podium buat kali pertama bagi kategori Moto3 setalah berjaya menduduki tempat ke 2 pada perlumbaan yang berlangsung di Litar F1 Sepang. Hafizh...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 19-10-2012: Kualiti Taqwa Dalam Islam

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekelian Pada hari yang mulia ini marilah kita sama sama memenafaatkan waktu yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita kepadanya semoga kita tergolong dikalangan hamba hambanya yang bersyukur serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saudara kaum muslimin Dalam menjalani kehidupan seharian kita semua tentu mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, yang mempunyai nilai dan ciri ciri berkualiti yang ditetapkan oleh Islam. Maka setiap orang perlu melengkapkan dirinya menjadi seseorang...

Bahang Final Piala Malaysia

Sempena perlawan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dengan ATM, Kedai Kopi Kampung Telaga Bata telah mengadakan beberapa hadiah hamper untuk pengunjung yang datang pada malam ini. Hamper sumbangan dari tokey kedai dan pengunjung tetap kedai kopi ini akan diberikan kepada penonton yang bertuah. Setiap pembelian air atau makanan akan diberikan kopun cabutan bertuah. Wassa...

Kelantan Juara Piala Malaysia

Setelah bertarung selama lebih 120 minit, Pasukan Kelantan berjaya membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu. Jaringan gol dari Indera Putra telah memastikan kemenangan berpihak kepada Pasukan The Red Warrior ini. Dua gol pendahuluan dari Mat Yo telah berjaya disamakan oleh pemain ATM. Kejayaan ini telah melengkapkan tiga piala utama dibawa ke Kota Bharu. Piala FA, Liga Super dan kini Piala Malaysia. Tahniah buat Pasukan Kelantan Gomo Kelate Gomo Wassa...

Akan Dibuka Restoran D'Sedap Sengoti

Lokasi restoran ialah di Neo cyber, 63000 cyberjaya. Restoran ini akan mula dibuka pada 1-11-2012 Menu istimewa lain dari yang lain, pasti menarik perhatian anda, Sekali cuba pasti nak lagi. Antaranya masakan ala kampung, ala Thai, nasi berlauk pagi juga tak lupa ayam kampung Kali pertama datang sendirian, kali kedua pasti datang bawa teman atau keluarga. ...

Kemalangan Di Lampu Isyarat Pasir Tumbuh

Sebuah lori muatan tanah telah mengalami kemalangan di lampu Isyarat Pasir Tumbuh. Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan pada laluan ini. Wassal...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 12-10-2012: Tanggung Jawap Terhadap Ibubapa Dan Warga Emas

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian yang menjadi tetamu Allah, marilah sama sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh sungguh melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat. Saudara kaum muslimin Proses kejadian manusia tidak dapat dinafikan, peningkatan usia dari hari ke hari samada suka atau...

Kejadian Pecah Rumah Staf USM

Kesal, sedih dan terharu dengan kejadian ini, namun hikmat dari yang Maha Kuasa menyebabkan pihak polis dapat menjumpai suspek dan barang curian dalam masa tak sampai 24 jam. Tahniah kepada private investigator / pakar IT yang telah membantu dengan menggunakan sistem GPS untuk mengesan lokasi suspek dengan cepat dan tepat. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera Wassa...

Ceramah Case-mix Di Jabatan Radiologi

Sistem case mix ini mengklaskan pesakit mengikut kepada pesakit dan resource yang telah digunakannya. Daripada 1200 klas yang diperolehi melalui sistem case mix, HUSM hanya merawat 512 jenis klas sahaja.  Carta Aliran Klinikal - Satu plan yang multidiciplinary - berbeza dengan clinical guideline - di buat untuk memininumkan delays dan mengoptimumkan penggunaan resources Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Bad dari department Neurosains pada 11 Oktober 2012 jam 8.00 pagi semasa sesi CME. Wassal...

Piala Malaysia 2012: 21 Oktober Kelantan Cuti

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengisytiharkan cuti umum pada 21 Oktober ini bagi memberi ruangselesa kepada para penyokong pasukan bola sepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata melalui lama sosial, facebook miliknya pagi ini. Baca selanjutnya di detikperubahan Gomo Kelate Gomo, 3 piala tahun ni Wassal...

Kuliah Maghrib 10-10-2012:Tafsir Surah As Sajadah

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". Keterangan Dan sekiranya Nabi Muhammad melihat ketika mana orang orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah swt,  mereka tahu akan kekuasaan Allah swt seperti kaum musyikin Mekah...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week