Kuliah Maghrib 30 April 2012

Sifat harus dalam memilih sahabat menurut Sulaiman Al Dharani. 1. Sahabat yang mengambil berat dalam urusan dunia 2. Sahabat yang dapat memberi faedah dan munafaat dalam urusan akhirat. Lukman menasihati anaknya - dampingi para ulamak - duduk sekali dengan mereka - ikuti akhlak, iman dan sifat sabar mereka supaya hati menjadi hidup dan diresapi dengan hikmat. Cara cara untuk mendapatkan hidayat 1. Tambahkan Ilmu pengetahuan 2. Tingkatkan keimanan 3. Sentiasa bersama dan bertanya dengan orang yang pandai agama seperti para ulamak. 4. istiqamah 5. Munajat kepada Allah swt Hak persaudaraan...

Kek Sumbangan Dari Usains

Alhamdulillah pada petang 30 April 2012, kakitangan perempuan Jabatan Radiologi telah mendapat hadiah kek coklat dari kakitangan Usains.  Wassala...

Bersih 3.0: Kezaliman Polis Malaysia?

Inikah yang kita mahu pasukan keselamatan kita lakukan? Kenapakah selalu dikatakan pendekatan pendekatan pasukan polis kita sebagai ganas dan sentiasa memulakan provokasi? Kalau betul polis Malaysia yang ganas, apa kurangnya dengan pendekatan dari polis dari negara negara  yang dipuja oleh sesetengah dari mereka? Apakah pasukan polis kita bukan manusia? Adakah pegawai polis yang bertugas bukan dari kalangan keluarga kita atau dari kalangan sahabat sahabat kita? Salahkah mereka apabila mereka menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan rakyat jelata dan juga...

Makmal Pembelajaran Dan Penyelidikan Komputer

Makmal Pembelajaran Dan Penyelidikan Komputer Jabatan Radiologi HUSM akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' VC pada 7 Mei 2012. Segala persiapan untuk upacara perasmian tersebut sedang giat diadakan. Wassa...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 27 April 2012: Iman dan Taqwa

Saudara kaum muslimin, sidang Jumaat yang dihormati dan di kasihi sekelian, Bersama samalah kita bertaqwa kepada Allah swt, kerana taqwa itu adalah tunjang agama yang sekaligus menjadi asas kebudayaan. Sesuatu kebudayaan itu dikira baik dan makruf ialah apabila ianya diasaskan kepada taqwa dan kerana di sana letaknya nilai agama dan syariat yang luhur yang menentukan laluan halatuju ke mana budaya manusia itu akan dituju dan disembunyikan. Tanpa taqwa dan iman maka kebudayaan akan lahir berdasarkan budaya nafsu manusia yang tidak bersopan. Saudara kaum muslimin Kita semua menyedari bahawa...

Tough Week For Dexagrapher

Minggu ini adalah minggu yang amat sukar untuk juru x ray yang terlibat dengan penyediaan spek untuk peralatan dexa. Mereka terpaksa menggunakan masa selama dua hingga tiga jan selepas waktu pejabat untuk aktiviti ini. Antara wajah wajah juru x ray yang terpaksa bekerja lebih masa bagi menyiapkan spek d...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 20-4-12:

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian Marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya semoga kita semua mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa hidup bermasyarakat sudah menjadi satu fitrah semulajadi dan keperluan bagi manusia. Ia tidak akan merasa puas sekiranya hidup berasingan dari masyarakat. Oleh itu timbullah keinginan naluri untuk bergaul bagi mencapai kepuasan, kegemilangan serta kegembiraan dalam kehidupan. Saudara kaum muslimin Pergaulan yang sihat itu...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 13-4-12: Al Quran Sebagai Petunjuk

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada tuan tuan sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia, Didalam ayat yang dibacakan tadi, Allah swt telah menjelaskan kepada kita bahawa Al Quran sahajalah yang benar benar dapat memberi petunjuk dan memandu umat manusia ke arah jalan yang lebih lurus dan memberi jaminan sepenuhnya kepada orang orang mukmin yang beramal soleh dengan pembalasan pahala yang...

First Angiography Case At AMIEN Centre

Pada 18 April 2012 jam 2:30 petang, kes pertama angiografi dengan peralatan DSA yang baru telah berjaya dijalankan...

Kuliah maghrib: 18 April 2012

Mukadimah Semoga Allah memberi Keberkatan ke atas niat kita untuk memakmurkan rumah Allah dan semoga pengakhiran hidup kita adalah dalam keadaan yang baik atau dalam keadaan mengingati Allah. Paling kurang kita kena khatam al Quran 40 hari sekali. Sekiranya kita tidak mampu juga paling tidak kita kena tumpukan membaca surah surah yg ditekankan oleh Rasulullah saw. Contohnya surah As Sajadah. Ketika di khalayak ramai iaitu ketika solat berjemaah, khususnya solat Subuh pada hari Jumaat, Nabi saw membacanya. Amalan Nabi saw ketika sendirian adalah membacanya pada tiap tiap hari. Pada ayat ke...

Second Day Training Biplane Angiography

Hari kedua latihan kepada pelajaran yang lebih advance. Pada pemerhatian saya juru x ray angiografi jabatan radiologi mudah menerima segala apa yang diajar dan telah mendapat pelajaran yang amat berguna...

Kuliah Maghrib 16 April 2012

Kehidupan dunia kena cari: 1. Rahmat Allah swt 2. Keberkatan dari Allah swt 3. Keredhaan Allah swt Sifat sifat yang harus dalam memilih sahabat. Kata saiyyidina Ali ra "sesungguhnya saudaramu yang sebenar ialah: 1. Orang yang sentiasa disamping mu, susah senang bersama. 2. Sentiasa mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. . 3. Ia sanggup membahayakan dirinya untuk menjaga keselamatan mu. 4. Orang yang sentiasa memperuntukkan masa bekerja untuk membantu keperluan mu. 5. Sanggup mengorbankan segala gala untuk kepentingan diri mu." Oleh itu semasa hidup ini kita hendaklah sentiasa...

First Day Training Biplane Angiography

Hari pertama training untuk angiografi biplane telah di jalankan. Latihan pada hari pertama di mulakan untuk mempelajari dan mengenali basik button pada peralatan aangiografi...

Update Status Pembinaan Masjid Al Qasimi Pada 13-4-2012

Pembinaan Masjid Al Qasimi di jangka siap pada penghujung tahun ini. Peratus siap setakat ini dianggarkan adalah sebanyak 45 %. Jumlah sumbangan yang kita terima setakat ini ialah RM512 200 dan perbelanjaan yang dikeluarkan setakat ini ialah RM436 588 atau 85% dari derma yang diterima daripada orang ramai. Perbelanjaan secara terperinci setakat ini sebagaimana berikut: Pembayaran kepada kontraktor yang dilantik RM238 017.00 Harga bahan pembinaan yang telah di beli  RM219 155.00 Pembayaran kepada konsultan yang dilantik RM23 000.00 Keperluan perbelanjaan yang dianggarkan untuk menyiapkan...

High Risk Job

Menebang pokok kelapa di kawasan yang padat dengan rumah dan kenderaan memerlukan kepakaran dan perancangan yang teliti. Ia bertujuan untuk mengelakkan kemalangan samada pada nyawa dan harta benda. Langkah pertama dibuat ialah dengan mencantas semua pelepah kelapa. Langkah kedua dibuat ialah memotong bahagian atas pokok kelapa. Tali digunakan untuk menarik bahagian tersebut ke kawasan yang lapang. Langkah ketiga memotong bahagian tengah dan seterusnya bahagian pangkal. Biasanya kerja kerja ini dikenakan upah sebanyak RM200...

Aceh: Gempa Bumi, Tsunami Mungkin Melanda

Aceh: Orang ramai berpusu pusu melarikan diri ke tempat tinggi  Thailand: Berlindung di tempat tinggi  Air laut di pantai Port Dickson semakin surut Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas. Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya. Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week