Usia 40

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia ini. 

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها. 

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? 

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku m
endengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan 

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. 

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan

Sumber dari Pondok Darul Uloom Jerteh

Wallah huallam 

Marah Dendam Dan Hasad Dengki

Hasad itu memakan dan membinasakan kebajikan ( Tiada pahala ) sebagaimana api membakar kayu api.

Hakikat Hasad
1. Rasa tidak senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu dia mengharapkan agar kenikmatan itu terhapus daripadanya.

Bila dapat kebaikan, ada orang yang kurang senang, tetapi bila dapat kesusahan, mereka berhembira
- bila ada sifat ini hukumnya adalah haram

Namun demikian bila seseorang itu beroleh nikmat tetapi derhaka kepada Allah, dan bila kita berharapkan kenikmatan itu hilang maka kita terkecuali dari hukum ini.

Benci dan berdengki terhadap muslim yang lain adalah berdosa.

2. Tiada mengharapkan nikmat orang lain itu hilang, tapi mengharapkan agar dia juga beroleh kenikmatan itu juga 


Antara pekerti Muslim yang sejati 
Berbuat baik walaupun berkuasa
Bersabar walaupun susah
Tidak dikuasai kemarahan 
Sering tolong orang yang terainyanya 
Suka memaaf 
Tidak berdendam 

Berlumba lumba dalam mencari kesenangan dan kekayaan dunia adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah.

Berlumba lumba untuk mendapat keampunan dari Allah

Sentiasa berdoa supaya panjang umur, murah rezeki dan sentiasa beribadat kepada Allah swt

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 




Tafsir Surah Yaasin ayat 1 - 2

Fadhilat
1. Baca surah Yaasin pada satu satu malam (tak kira malam apa, sebaiknya setiap malam) maka Allah swt akan ampunkan dosanya pada hari yang berikutnya.
2. Ia merupakan hati kepada Al Quran 

Ayat pertama
Huruf muqaataah, setengah Ulamak menafsirkannya sebagai gelaran kepada Nabi Muhammad saw.
Ada Ulamak menafsirkan sebagai "Wahai insan"


Ayat kedua
Demi Al Quran yang penuh dengan ke bijaksanaan iaitu maha hebat/bijak.
- Allah swt bersumpah dengan Al Quran yang didalamnya terkandung berbagai ilmu dan maklumat yang menjadi panduan kepada seluruh umat manusia.
- Kita perlu ikut Al Quran dalam kehidupan ini.


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.







Kecelakaan Hasad Dengki

Ia adalah hasil natijah dari sifat keji dendam yang membara.

Hasad Dan dengki itu Akan memakan Dan Membinasakan kebaikan yang kita telah lakukan.

Janganlah dengki mendengki dengan pihak lain, jangan putuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan bermusuh musuhI 


Dosa yang pertama sekali dilakukan adalah Hasad Dengki, iaitu apabila iblis berdengki dengan Nabi Adam kerana darjat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Adam.

Harta dan anak pinak adalah perhiasan di dunia ini dan yang kekal adalah amalan yang soleh.



Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.






Sifat belas kasihan

Sifat belas kasihan perlu ada pada setiap manusia. Jangan ada sifat kekerasan 

Sifat orang Muslim adalah sangat lembut hati dan mudah untuk menerima ajaran dan panduan dari muslimin yang lain.


Untuk mendapat ketenangan hendaklah kita perbanyakkan istighfar kepada Allah

Perbanyakkan amalan amalan sunat dan sentiasa membaca Al Quran. 

Belas kasihan ini bermula dari kesucian budi pekerti.

Budi dan akhlak itu akan suci apabila kita dapat menahan diri dari sifat kekerasan walaupun berada pada tahap kemarahan yang tinggi.

Apabila ada sifat belas kasihan dalam diri sebagaimana yang telah dikurniakan oleh Allah swt, Allah telah memberikan sebahagian dari kebaikan itu di dunia dan juga di akhirat.

Apabila seseorang itu mempunyai sifat belas kasihan, maka Allah swt juga akan ada sifat belas kasihan terhadapnya.

Apabila Allah mencintai sesebuah keluarga itu maka Allah akan menguniakan keluarga itu keberkatan dan sifat belas kasihan.

Berpegang teguh lah dengan sifat belas kasihan kerana sifat itu akan menambahkan lagi keindahan dan kecantikan pada diri seseorang itu.



Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 

Bencana lisan: mengumpat- sambungan

Sebab sebab yang membolehkan mengumpat:
- Jika Tiada jalan lain yang dibenarkan mengikut syarak, maka diboleh untuk menyebutnya/mengumpat dan hukumnya adalah tidak berdosa 
- bila berlaku pengainyaan atas diri, keluarga dan harta kita maka dibolehkan, seperti menjadi saksi di mahkamah.
- menahan hak orang lain adalah satu pengainyaan. Contoh pengleluaran zakat
- minta orang lain untuk mengubah sesuatu perkara yang mungkar.
- mengembalikan orang yang berbuat maksiat ke jalan kebaikan.
- meminta sesuatu fatwa untuk menentukan sesuatu hukum atas sesuatu atau seseorang.


- mengingatkan seseorang Muslim lain supaya menjauhkan diri dari sesuatu maksiat atau kemungkaran dengan menyebut akan balasan atau akibat dari perbuatan itu dengan tujuan bukan untuk menjatuhkan maruah seseorang itu.
- menyebut sesuatu gelaran akan kecacatan seseorang dengan tujuan untuk mengenali dan membezakan dengan orang lain. Panggilan dan gelaran itu telah biasa bagi seseorang itu.
- bila seseorang itu bermegah megah dengan keburukan dan kemungkaran, maka tidak lah dilarang untuk memperkatakan tentang keburukan seseorang itu.

Denda bagi mengumpat
- menyatakan sesalan akan perbuatannya itu dan segera bertaubat disusuli dengan rasa sedih dan selepas itu meminta maaf dengan sipolan itu dengan meminta halal.
- satu pendapat lagi cukup lah dengan beristighfar dan meminta ampun dengan Allah swt.
"Allah hummagfirlana zunu bana, walliwa lidaina wa anjami il muslimin na wal muslimat, mukminin na wal mukminat",

Wallahualam 






Penawar untuk lidah

1. Keburukan akhlak dan kelakuan keji boleh diatasi dengan menuntut ilmu dan beramal soleh.
- mengetahui yang mengumpat akan mendatangkan kemurkaan Allah swt
- percaya dengan hadis yang didengar tentang hukum mengumpat 
- meneliti diri sendiri terlebih dahulu tengok samada adakah keaiban dalam diri.
-"bertuahlah orang yang berkerja kuat untuk membetulkan dirinya sendiri"

Orang yang beramal soleh dengan bersungguh sungguh dirinya akan dikawal dari melakukan perbuatan mengumpat.

2. Menyangka buruk kepada orang lain juga adalah mengumpat walaupun ia dilakukan di dalam hati.
- perbuatan ini adalah haram, ia adalah seumpama mengeluarkan perkataan keji kepadanya.
- jika terlintas didalam hati adalah tidak menjadi kesalahan dan dimaafkan.


- kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan seseorang.

Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan,


Surah al Khujurat - ayat ke 9

Sekiranya 2 golongan daripada kalangan orang yang beriman bermusuhan, maka cari lah jalan agar mereka berbaik semula. Perangi lah puak puak yang melampaui batas. Berhukum dengan cara yang adil.

Hubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan Allah perlu kita jaga.

Tanggungjawap sebagai orang yang beriman, perlu berusaha untuk mendamaikan perbalahan antara dua pihak walaupun ada kalanya cara yang digunakan adalah dengan berkata perkara yang bukan sebenarnya berlaku.

- penipuan itu adalah perkara kebaikan dan dengan tujuan untuk mendamaikan perbalahan antara mereka.

Jika salah seseorang dari mereka telah mengambil tindakan yang keras. Maka pihak berkuasa perlu lah mengambil tindakan yang tegas.

Perdamaian perlu diusahakan untuk menyelesaikan antara kedua pihak yang berbalah tadi.

 
Jangan berpihak kepada ahli keluarga

Allah sangat sayang kepada mereka yang berlaku adil.

Orang yang beriman di sisi Allah adalah seumpama adik beradik. 

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia kasihkan saudara seagamanya seperti dia kasihkan dirinya sendiri. 

Mengutamakan saudara seagamanya lebih dari dirinya sendiri. 
- sifat kasih sayang yang tinggi. 


Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan. 

Mengumpat- penawar untuk atasinya

Penawar penawar 
1. Perlu ada Ilmu dan amal yang soleh
2. Jangan sesekali berkata itu adalah kehendak Allah dan kamu - ia seumpama menyamakan khudrat Allah dengan manusia.
3. Akhlak yang baik dan terpuji.
4. Jauhi dari sikap meninggi diri dan takarbur.
5. Takutkan Allah swt
6. Sentiasa bertaubat kehadrat Allah.
7. Pentingkan kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
8. Sabar
9. Ikhlas
10. Tawakkal 
11. Redha akan qadak dan qadar 
12. Sentiasa ingatkan mati 

Perbuatan mengumpat itu akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah swt 

Ia adalah seumpama memakan daging saudaranya sendiri 

Perlu ada keyakinan dan kepercayaan dalam diri yang perbuatan mengumpat itu amat dikeji oleh Allah swt.

Meneliti diri sendiri terlebih dahulu dengan melihat keaiban yang ada pada diri yang kita sedari atau tidak.


Perlu membetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengumpat orang lain.

Sabda Rasulullah saw: "Bertuahlah orang yang sentiasa berkerja kuat untuk membetulkan dirinya sendiri daripada menyebut keaiban orang lain".

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Mengumpat- sambungan

Sebab sebab mengumpat

1. Untuk memuaskan hati 
2. Menurut kemahuan kawan untuk menyedapkan lagi cerita
3. Menunjuk nunjuk kelebihan peribadi dan merendahkan martabat orang lain
4. Timbul perasan hasad dan irihati serta menyimpan perasan yang tidak baik.
5. Banyak menghadiri majlis yang banyak gelak ketawa dan sukaria. 
6. Mengejek ngejek seseorang dengan tujuan untuk menghinanya.
7. Sebab sebab utama adalah dari desas  desus syaitan dengan hasutannya untuk menyesatkan manusia.


Apabila melakukan kesalahan akibat mengumpat seseorang sebaliknya hendak berjumpa dan memohon maaf daripada orang yang yang kita umpat itu. Sekiranya tidak mampu maka hendak kita memohon ampun kepada Allah dengan beristighfar sebanyak banyaknya.

Jika berkata dengan belas kasihan dan dari perasaan yang tulus ikhlas dari lubuk hatinya, ini juga dikategorikan sebagai mengumpat.

Bila merasa sangat marah apabila melihat kemungkaran berlaku dihadapan nya, lalu dilahirkan sifat marahnya itu Dan memberitahu kemungkaran yang dilakukan oleh sesorang itu kepada orang lain juga dikatakan mengumpat 

Wasiat Nabi saw 
- takutkan Allah 
- bercakap benar
- pegang amanah 
- tunaikan janji
- banyakkan bersedekah 
- merendah diri

Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Pengertian mengumpat dan batas batasnya - sambungan

Batas mengumpat adalah dengan menyebut sesuatu yang menimbulkan kebencian dan kemarahan seseorang itu apabila dia mendengarnya. Samada yang disebutkan itu adalah kekurangan pada badannya atau rupanya atau perangainya atau keturunannya atau pakaiannya atau  keluarganya atau perbuatannya dan segala miliknya. 


Balasan kepada pengumpat itu adalah pahala si pengumpat itu akan diambil oleh orang yang diumpatinya di akhirat kelak. 

Menyebut perihal seseorang itu dengan lidah iaitu mendedahkan perkara yang dibencinya itu kepada orang lain. 

Membuat sindiran samada dengan lidah atau perbuatan atau isyarat atau berbisik bisik atau mengenyit mata atau menulis dalam media sosial adalah tergolong dalam perbuatan mengumpat, maka ialah haram dan berdosa.

Menulis tentang keaiban seseorang adalah mengumpat juga.

Wassalam, 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Tafsir Surah Al Khujurat ayat ke 2

Wahai orang orang yang beriman, Janganlah kamu meninggikan suara melebihi suara Nabi, jangan berkata kata dengan suara yang keras seperti kamu bercakap dikalangan kamu, ditakuti dengan perbuatan itu Allah swt akan membatalkan semua amalan kamu, sedang kan kamu tidak mengetahui.

Ayat ini diturunkan rentetan dari peristiwa 19 orang dari kalangan orang badwi datang untuk berjumpa dengan Rasulullah . Ketika itu Rasulullah sedang berehat dengan isteri beliau di dalam bilik. Saidina Abu Bakar dan saidina Omar bertengkar antara satu sama lain semasa memilih seorang untuk dijadikan ketua dari kalangan mereka untuk dibawa bertemu Nabi. Pertengkaran itu menyebabkan Nabi keluar dari bilik dan turunlah ayat ayat ini yang menyanggah perbuatan kedua dua sahabat nabi itu.


Teguran 
1. Jangan buat sesuatu Keputusan sebelum mendapat persetujuan dari Nabi
2. Bila bercakap dengan Nabi jangan meninggikan suara - ditujukan kepada kedua dua sahabat nabi.
3. Jangan bercakap keras kepada Nabi - ditujukan kepada orang badwi.

Kepada kita yang tidak hidup di zaman Nabi 
- percakapan kita supaya jangan  meninggikan suara atau bercakap cakap semasa diperdengarkan hadis Nabi atau ayat ayat al quran. 
- perumpamaan nya sama seperti sahabat sahabat yang tidak bercakap semasa Nabi bercakap. Mereka mengambil perhatian dan menghormatinya.
- supaya kita mendapat kasih sayang dari Allah swt.
- hadis Nabi itu adalah juga datang dari Allah swt untuk menjadi panduan kepada kita.

Riwayat 
Seorang sahabat bernama Sabit merasa ayat ini ditujukan kepadanya kerana dia suka bercakap kuat, menyebabkan dia rasa sangat sedih. Maka dia terus berkurung dan bertafakur di dalam rumah dan tidak keluar rumah hingga tak pergi ke masjid. Perkara ini disedari oleh Rasulullah. 
Bila dia datang berjumpa Rasulullah dia menceritakannya kepada Rasulullah. Nabi memujuknya dengan berkata Allah  tidak tujukan kepadanya, suatu masa nanti kamu akan jadi orang yang terpuji, akan mati syahid dan seturusnya akan masuk syurga.
Akhirnya Sabit  syahid dalam peperangan melawan kaum murtad dan nabi palsu semasa zaman khalifah Abu Bakar.
Cara dia berperang dia menanam kakinya didalam tanah supaya dia tidak berundur atau lari dari peperangan tersebut.

Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Mengumpat

Celaan terhadap mengumpat seseorang ada disebutkan di dalam al Quran dan menyamakan mereka yang mengumpat ini sebagai mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.

Tiap tiap orang Muslim di atas Muslim yang lain adalah haram darahnya. Tidak boleh membunuh mereka tanpa hak. Haram untuk merampas hartanya.


Mengumpat itu adalah memalukan seseorang.

Bagi mereka yang telah beriman lidahnya tapi belum beriman hatinya, janganlah kamu mengumpat dan mencari cari kelemahan atau keaibannya mereka. Jika kamu berbuat demikian maka Allah akan mengintip dan mendedahkan keaiban kamu di akhirat kelak

Celakalah untuk setiap pengumpat dan pendusta. 

Menikam peribadi seseorang dengan kata kata yang memburukkan dan menyakitkan hatinya.

Ibadat itu bukanlah setakat puasa dan solat sahaja tetapi menahan diri dari mengumpat orang lain juga dikira ibadat juga.

Dari membuka keaiban orang lain maka sebaliknya kita membuka keaiban diri kita sendiri terlebih dahulu.

Batas batas mengumpat itu ialah apabila seseorang itu menyebut sesuatu perkataan yang akan menimbulkan kemarahan dan kebencian saudara kita bila dia mendengarnya. seperti kekurangan pada dirinya, keluarganya, hak miliknya, keturunanya perbuatannya dan sebagainya.

Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Berdusta - sambungan

Apabila orang yang paling dibenci datang mencari di rumah, maka di suruh khadamnya supaya memberitahu orang itu mencarinya di masjid dan bukan mengatakan dia tak ada. Ini untuk mengelakkan dari berkata dusta. Alasan yang diberikan adalah supaya mengecilkan hati orang yang mencarinya itu. 

Nabi saw pernah bergurau dengan mengatakan bahawa orang tua tidak akan masuk syurga.

Berbohong dengan menceritakan sesuatu mimpi yang tidak benar maka ia juga di kita satu dosa yang besar.

Bila seseorang anak itu di Bin kan dengan nama seseorang yang bukan bapanya, ia adalah sebesar besar dosa.

Berbohong dengan memberitahu seseorang yang dia bermimpi berjumpa nabi saw.

Berbohong dengan hadis palsu tapi dikatakan dari nabi saw

Berdusta - Sambungan

Rumah Allah adalah rumah yang paling mulia kerana kita boleh beriktikaf di dalamnya.

Sekiranya kita boleh mengislamkan seorang kafir maka pahalanya adalah lebih besar dari kandungan langit dan bumi.

Sifat mukmin yang sebenar
- bertaqwa kepada Allah, dengan melakukan segala yang di suruh dan menjauhi yang dilarang nya.
- Benar percakapan nya
- Menunaikan amanah
- Menepati janji
- bersedekah 
- merendah diri


Pertingkat ilmu pengetahuan untuk menyempurnakan segala ibadat yang dilakukan samada ibadat fardhu atau sunat.

Dusta yang dibolehkan
- bila mengandungi muslihat untuk sesuatu kebaikan.
- sekiranya bercakap benar itu akan membahayakan sesuatu jiwa yang tidak berdosa. (berdusta di sini adalah wajib)
- untuk menghalang peperangan atau pergaduhan antara dua pihak (harus) atau melunakkan hati orang yang terainyanya atau mengeratkan hubungan suami isteri. 
Ianya perlu berpada dan tidak melampaui batas.



Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Berwudhuk

Menyucikan diri daripada hadas
- bersuci diri zahir dan batin 
- menyucikan hati dan anggota badan
- berwudhuk sepanjang masa bukan hanya berwudhuk bila nak mengerjakan solat.

Fadhilat wudhuk
- sebagai pendinding diri dari sifat amarah.
- mendapat keberkatan dari segala pekerjaan yang dilakukan apabila berada di dalam keadaan berwudhuk.

Perkara yang membatalkan wudhuk
- bila keluar sesuatu dari salah satu antara dua jalan kemaluan hanya untuk orang yang hidup.
- bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.
- bersentuhan kemaluan depan atau belakang dengan tapak tangan tanpa berlapik.
- tidur yang tidak berlapik papan punggung.
- hilang ingatan
- ...


Wallahhualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 


Berdusta dengan tutur kata bersumpah

Dusta itu dekat dengan kecurangan dan seterusnya akan dihumbangkan ke neraka.

Sesungguhnya dusta itu adalah pintu  kepada pintu neraka 


Satu pengkianatan yang besar bila menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang menyebabkan seseorang itu mempercayainya.

Wallahhualam

Surah al khujurat

Golongan yang sangat rugi apabila keluar  dari bulan ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah 
- mereka tidak mengambil peluang sepanjang berada dalam bulan ramadhan.
- mereka tidak bersungguh sungguh dalam beribadat dalam bulan ramadhan

Pengenalan kepada surah al khujurat 
- Bermaksud bilik bilik
- Ayat ke 4 ada perkataan al khujurat
- Teguran kepada orang yang tidak beradap kepada Nabi saw dengan memanggil Nabi saw semasa Baginda saw sedang berehat dalam bilik bersama isterinya dengan menyifatkan kebanyakan dari mereka itu sebagai tidak berakal.
- banyak diajar tentang akhlak dan adab adab kita dengan Allah, Rasulullah saw dan juga masyarakat.


Ayat pertama
-  ditujukan kepada orang orang yang beriman ( yakni diri kita ) agar kita jangan mendahului dihadapan Allah dan rasulullah ke atas perkara yang telah diperintahkan kepada kita dengan mencari alasan untuk mengingkarinya.
- kesan dari teguran nabi kepada Omar dan Abu Bakar lalu ayat pertama ini diturunkan. 
- secara umumnya ditujukan kepada kita semua supaya tidak mendahului Allah dengan mengikut hawa nafsu. 
- kalau tak mampu dibuat sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah swt, sebaliknya di dalam hati perlu ada keazaman.
- Jadikan diri kita sebagai orang yang beriman dan takut kepada Allah swt.

Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Bencana Lisan - Janji bohong

Seorang pemuda telah berjanji kepada nabi sebelum baginda menjadi rasul lagi, pemuda itu terlupa menunaikan janji itu pada hari pertama dan kedua, pada hari ke tiga dia teringat, dia pergi ke tempat yang dijanjikan itu dan mendapati baginda masih lagi berada di situ, menunggu pemuda itu sejak tiga hari yang lalu. Baginda telah berkata kepada pemuda itu, kamu telah menyakiti aku dengan janjimu itu.

Bila berjanji, berkata lah Insya- Allah, dan selepas itu hendaklah bersungguh sungguh untuk menunaikan janji tersebut.

Jika berjanji dengan bertekad untuk memungkirinya walaupun dengan berkata Insya-Allah, maka itu adalah antara sifat orang munafik.

Seseorang yang berbicara ia bohong, bila berjanji dia mungkiri, dan bila di beri amanah dia kianat, maka dia itu adalah orang munafik.

Sekiranya dia mempunyai salah satu dari tiga sifat itu maka dia juga tergolong dalam golongan orang munafik. 


Orang yang berazam untuk menepati janji namun ada halangan atau keuzuran yang menyebabkan dia tidak dapat menunaikan janji itu, beliau tidak tergolong dalam golongan orang munafik. 

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Ibadat Puasa

Puasa adalah rukun Islam yang ke 3
Fadhilat puasa ialah memberi didikan kepada kita agar menjadi makhluk yang bertaqwa kepada Allah swt.
Setiap amalan yang akan buat hendaklah dimulakan dengan belajar. Hanya mereka yang berilmu sahaja akan sempurna amalannya.

Puasa zahir dan juga batin adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan dan membatalkan pahala puasa.

Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan supaya kita dapat memperbanyakkan amalan wajib dan sunat dengan sempurna.

Jaga mata dari melihat perkara perkara yang haram.
Jangan berkata kata pada perkara yang sia sia dan tiada faedah. Seelok eloknya kita berdiam diri sahaja.
Jauhkan diri dari mengumpat, berdusta, memfitnah dan mengeluarkan perkataan perkataan yang keji.
Menjaga telinga dari mendengar perkara perkara yang kotor dan keji, seperti mendengar umpatan orang lain.
Jangan berlebih lebihan makanan sewaktu berbuka. Makan hanya sekadar sahaja.


Lima perkara yang membatalkan pahala puasa
1. Berdusta
2. Mengumpat
3. Mengadu domba
4. Bersumpah yang bohong
5. Memandang wanita dengan penuh shahwat.

Puasa itu adalah perisai daripada melakukan perkara kejahatan.

Puasa adalah untuk mengawal keinginan hawa nafsu.

Perut yang dibenci oleh Allah swt adalah perut yang dipenuhi dengan makanan yang halal, apatah lagi perut yang dipenuhi dengan makanan yang haram.

Bulan ramadhan mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week