Ibadat Puasa
Puasa adalah rukun Islam yang ke 3
Fadhilat puasa ialah memberi didikan kepada kita agar menjadi makhluk yang bertaqwa kepada Allah swt.
Setiap amalan yang akan buat hendaklah dimulakan dengan belajar. Hanya mereka yang berilmu sahaja akan sempurna amalannya.
Puasa zahir dan juga batin adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan dan membatalkan pahala puasa.
Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan supaya kita dapat memperbanyakkan amalan wajib dan sunat dengan sempurna.
Jaga mata dari melihat perkara perkara yang haram.
Jangan berkata kata pada perkara yang sia sia dan tiada faedah. Seelok eloknya kita berdiam diri sahaja.
Jauhkan diri dari mengumpat, berdusta, memfitnah dan mengeluarkan perkataan perkataan yang keji.
Menjaga telinga dari mendengar perkara perkara yang kotor dan keji, seperti mendengar umpatan orang lain.
Jangan berlebih lebihan makanan sewaktu berbuka. Makan hanya sekadar sahaja.
Lima perkara yang membatalkan pahala puasa
1. Berdusta
2. Mengumpat
3. Mengadu domba
4. Bersumpah yang bohong
5. Memandang wanita dengan penuh shahwat.
Puasa itu adalah perisai daripada melakukan perkara kejahatan.
Puasa adalah untuk mengawal keinginan hawa nafsu.
Perut yang dibenci oleh Allah swt adalah perut yang dipenuhi dengan makanan yang halal, apatah lagi perut yang dipenuhi dengan makanan yang haram.
Bulan ramadhan mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.
Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
Related Posts
Keseronokan dalam IbadatBila seseorang yang istiqamah solat di masjid setiap waktu tetapi bila dia tidak hadir pada satu hari atas sebab sebab keuzuran, maka pahala ke ... readmore
Bahana Harta DuniaKamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swtTelah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mere ... readmore
Berdusta - SambunganRumah Allah adalah rumah yang paling mulia kerana kita boleh beriktikaf di dalamnya.Sekiranya kita boleh mengislamkan seorang kafir maka pahalanya ad ... readmore
Surah al Khujurat - ayat ke 9Sekiranya 2 golongan daripada kalangan orang yang beriman bermusuhan, maka cari lah jalan agar mereka berbaik semula. Perangi lah puak puak yang mela ... readmore
Surah al khujuratGolongan yang sangat rugi apabila keluar dari bulan ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah - mereka tidak mengambil peluan ... readmore
0 comments:
Post a Comment