Musafir (2)
Tata tertib yg harus diperhatikan dari masa berangkat hingga kembali semula ke rumah.
Persediaan diri
1. Kembalikan semua harta atau barang barang yang diperolehi dgn cara menganiaya ataupun tipu daya.
2. Membayar segala hutang piutangnya
3. Menyediakan nafkah yang cukup bagi orang orang yang berada di bawah tanggungannya semasa peninggalannya.
4. Mengembalikan semula semua amanah yang dipertanggungjawabkan kepada yang hak.
5. Bekalan yang dibawa hendaklah baik baik dan halal.
6. Sebaiknya dilebihkan sedikit untuk dibahagikan kepada teman teman yang turut serta dalam pelayaran itu.
7. Ketika dalam pelayaran hendaklah bercakap perkara yang baik baik dan manis untuk didengari.
8. Membiasakan memberikan makan kepada orang lain
9. Menampakkan akhlak dan budi pekerti yang mulia dan luhur
10. Berbuat baik dengan orang yang menyewakan atau memimjamkan sebarang peralatan semasa pelayaran itu.
11. Beri bantuan sekadar yang mampu kepada rakan rakan sepelayaran.
12. Menolong orang yang tergendala dalam perjalanan dengan menumpangkan nya atau memberi makanan kepadanya.
Pilih ketua
1. Sebaik baiknya mengajak seorang kawan untuk menemaninya semasa belayar.
2. Jangan pergi seorang diri. Rasulullah saw melarang mengembara seorang diri. Jika lebih dari 2 orang, lantik seorang menjadi ketua. Mesti jujur budi pekertinya.
3. Pilih orang yang boleh menasihati kita semasa belayar.
4. Boleh menganalisa sikap atau ciri kawan yang setia.
5. Lebih mengutamakan kepentingan kawan dari diri sendiri.
6. Boleh menyatupadukan antara satu sama lain.
7. Elakkan kacau bilau bila ada banyak pendapat.
8. Ikut keputusan yang dibuat oleh ketua yang dipilih/ dilantik.
Ketika hampir berangkat
1. Ucapkan selamat tinggal kepada sahabat handai, rakan taulan, isteri dan keluarga.
2. Berdoa kepada Allah untuk menyerahkan semuanya kepada Allah
3. Doa orang yang menghantar - moga Allah menambah dgn taqwa, berbuat kebaikan dan ampunkan segala dosa semasa bermusafir.
4. Solat istiqarah 2 rekaat
5. apabila sampai ke pintu baca bismillah hi tawakal tu alallah, wala haulawala kuwwata illa billah hil aliy yil azim.
5. Bila naik kenderaan baca doa lain pula subhanallazi....
Wassalam
Related Posts
Ibadat PuasaPuasa adalah rukun Islam yang ke 3Fadhilat puasa ialah memberi didikan kepada kita agar menjadi makhluk yang bertaqwa kepada Allah swt.Setiap amalan ... readmore
Adab ke masjid1. Sunat ambik wudhuk di rumah 2. Solat sunat wudhuk di rumah dahuluKemudian baru lah ke masjid 3. Niat beriktikah di dalam masjid4. Solat ... readmore
Penawar untuk lidah1. Keburukan akhlak dan kelakuan keji boleh diatasi dengan menuntut ilmu dan beramal soleh.- mengetahui yang mengumpat akan mendatangkan kemurkaan Al ... readmore
Sambungan Harta yang Terpuji Dan yang TercelaYang kita makan akan hilang menjadi najis.Yang kita pakai akan menjadi buruk dan lusuh.Yang kita bersedekah akan terus kekal berterusan.Satu musibah ... readmore
Keseronokan dalam IbadatBila seseorang yang istiqamah solat di masjid setiap waktu tetapi bila dia tidak hadir pada satu hari atas sebab sebab keuzuran, maka pahala ke ... readmore
0 comments:
Post a Comment