Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 9-9-11: Perselisihan Sesama Islam Dan Cara Penyelesaiannya
Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah sama sama kita berusaha untuk meningkatkan taqwa kita kepada Allah SWT. Dalam kehidupan kita ini sentiasa berlaku perbezaan pendapat yang bertentangan dan perselisihan diantara suami dengan isteri, ibu dan bapa, ibubapa dan anak anaknya, keluarga dengan tetangga, pegawai dengan pegawai yang lain dan seterusnya. Apabila berlaku hal seperti ini janganlah kita membenarkan perasaan hawa nafsu atau merujuk kepeda Syaitan untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi hendaklah kembali kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw untuk menanganinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An Nisa' ayat 59 yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman taatlah Allah dan taatlah Rasulnya dan berbaiklah antara kamu kemudian jika kamu bertentang pendapat mengenai sesuatu maka kembalilah kepada Allah iaitu Al Quran dan Rasul yakni sunnah, kalau kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat yang demikian itu lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya.
Saudara Kaum muslimin
Sesungguhnya Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW adalah merupakan rujukan yang penting apabila berlaku perselisihan pendapat samada bersangkutan dengan urusan peribadi ataupun yang bersangkutan dengan masalah keagamaan dan sebagainya. Hanya keraguan itu adalah berdasarkan kepada nilai nilai yang boleh diterima oleh hati nurani serta dapat memuaskan setiap lapisan.
Saudara kaum muslimin
Jika lahir pertengkaran atau kesusahan melalui persatuan atau hawa nafsu maka timbulah akibat yang tidak baik serta kerugian lantaran itu Allah swt memberi pengajaran dan peringatan kepada kita. Firman Allah SWT yang bermaksud Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah berbantah bantah kerana nanti kamu akan menjadi lemah dan hilang kekuatan dan bersabarlah kerana Allah sesungguhnya bersama dengan orang orang yang sabar. Firman Allah SWT ini telah memberi peringatan kepada kita supaya selalu taat kepada Allah, ertinya memahami segala pengertian Al Quran dan menghayati Sunnah Rasulullah saw nescaya kita tidak akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama kita, terutamanya di kalangan umat Islam. Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajar umat supaya apabila berada dalam keadaan marah hendaklah segera berwuduk mudah mudahan Allah swt mendinginkan api kemarahan terutama antara suami dan isteri. Begitu juga Al Quran mengajar kita supaya berpisah buat sementara dari tempat tidur antara suami dan isteri itu yang paling lama 3 hari 3 malam, jika marah itu belum menurun hendaklah berusaha mencari dua orang pendamai seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud Maka demi Tuhanmu wahai Muhammad Merekantidak dikatakan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka tidak pula merasa dalam hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka terima keputusan engkau itu dengan sepenuhnya
Saudara kaum kuslimin
Dan Akhirnya kewajipan seseorang Islam hendaklah berpegang teguh dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam semua perkara. Sebagaimana yang ditegaskan oleh ulamak yang terkemuka katanya Bahawa sesuatu hukum yang tidak berdasarkan kepada Al Quran dan sunnah maka hukum itu adalah tidak betul dan membawa manusia kepada penyelewengan daripada suruhan Allah swt serta kepatuhan dan keadilan kepada saudara sesama Islam.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment