Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 2-9-11: Pasca Ramadhan


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang di hormati lagi dikasihi sekelian.
Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersama sama kita bersyukur kepada Allah swt di mana dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya yang diberikan kepada kita maka kita semua telah dapat menunaikan ibadat di bulan Ramadhan yang lalu. Kita lakukan pada kali ini dengan sempurna dan sebaik baiknya. Kita juga bertekad untuk mengakui bahawa kita akan mempertingkatkan lagi ibadat puasa kita itu sekiranya Allah swt memberikan kesempatan kepada kita di tahun tahun yang akan datang. InsyaAllah.

Saudara kaum muslimin,
Sama sama kita sedari bahawa kejayaan di bulan Ramadhan itu bukan hanya terbatas daripada kemampuan dan keupayaan kita dengan tidak makan dan tidak minum sahaja, kerana sebenarnya tidak makan dan tidak minum itu hanyalah rupa nama pada ibadat puasa sedangkan latihan latihan pada ibadat itu ialah suatu hal yang lain daripada itu, kerana kalau hanya tidak makan dan tidak minum sahaja mungkin orang lain juga yang bukan islam atau orang yang uzur atau sakit barang kali boleh buat lebih hebat daripada kita. Kerana mereka juga biasa tidak makan dan tidak minum. Demikian juga orang orang yang kebuluran tidak mendapat makanan atau minuman. Oleh yang demikian kehebatan Ramadhan dengan ibadat puasa itu ialah terletak kepada latihan dan pengajarannya kerana di bulan Ramadhan itu ada latihan latihan yang tersendiri, seperti latihan menahan marah, latihan untuk berbelas kasihan, latihan mengawal nafsu, latihan menjauhi sifat takabbur dan yang lebih hebat sekali adalah latihan sepaya seseorang itu mengenali dirinya sendiri, siapakah dia yang sebenarnya.Samada dia tergolong di kalangan orang orang yang baik di sisi Allah swt atau pun sebaliknya. Kita wajib mengenali diri kita sendiri, bagaimana nafsu kita misalnya, bukan sahaja ia berjaya menipu orang lain tetapi ia juga pintar untuk menipu dirinya sendiri. Memang lah kita juga senasib, dapat mengenali diri kita melalui perbuatan itu. Tentang batas makanan dan minuman yang di perlukan oleh badan kita seharian berbanding dengan apa yang kita makan dan minum apabila kita tidak berpuasa, di mana kita ukur lebih banyak daripada yang diperlukan. Oleh yang demikian ternyata sekali kenapa Allah swt menegaskan bahawa kefardhuan puasa itu ditetapkan laallakum taktakun iaitu supaya kamu bertaqwa. Kerana kejayaan pertama yang dicapai oleh orang orang yang bertaqwa itu adalah orang yang berjaya melawan nafsunya dan di antara punca punca utama yang boleh merosakkan seseorang manusia itu adalah nafsunya yang tidak dikawal baik dalam makan minum dan sebagainya. Apabila ditanya mengapa seseorang itu harus merompak, menyamun, menipu, merasuah dan sebagainya, maka pada umumnya jawapannya adalah kerana takut lapar. tekanan hidup sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 60 yang bermaksud Makanlah dan munumlah kamu dari rezeki yang diberikan dan janganlah kamu merebakkan bencana di muka bumi.

Saudara kaum muslimin
Dari ayat ini jelas Allah swt menjelaskan perihal makan dan minum tetapi janganlah sewenang wenangnya selepas kamu kenyang dan mewah dengan makanan maka kamu penuhi bumi Allah ini dengan berbagai kerosakan dan maksiat.

Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang berbahagia,
Hari itu kita berhari raya bukanlah bermakna kita telah bebas dari latihan latihan Ramadhan yang kita telah lalui itu. kerana Ramadhan hanya latihan maka kejayaan kepada latihan itu adalah tindakan susulan selepas  latihan itu, kerana sememangnya tujuan sesuatu latihan itu adalah untuk mengamalkan hasil latihan yang selepas itu. Tidak ada latihan bertujuan tidak baik kecuali latihan kepada perkara perkara yang tidak baik. Lazimnya latihan yang dibuat secara umumnya adalah untuk menambah kecekapan, kemahiran, keyakinan serta untuk mengubah sikap daripada malas kepada rajin, daripada jahil kepada beriman dengan harapan latihan latihan itu akan memberi pulangan baik. Pendapatan bertambah, daya mengeluaran meningkat atau kretiviti yang lebih menguntungkan serta memupuk disiplin yang tinggi. Latihan didalam bulan ramadhan akan memberi makna kepada setiap muslim apabila hasil daripada latihan itu diamalkan bermula pada hari raya hinggalah seterusnya. Dalam latihan mengawal nafsu yang telah dijelaskan tadi, Maka apakah ertinya puasa kita setiap tahun andainya umat Islam kembali semula kepada kegelojohan dan keganasan hawa nafsu. Bukan sahaja selepas hari raya bahkan pada hari raya itu sendiri pun jelas sekali imat islam itu telah di kuasai semula oleh hawa nafsunya, Nafsu makan minum telah kembali semula dengan gelojohnya, sebab itu banyak orang menyediakan persiapan hari raya dengan kuih muih yang melebihi batasan yang menyebabkan berlakunya pembaziran yang melebihi batasan.

Saudara kaum muslimin.
Nafsu hiburan pula telah memainkan peranan utama memujuk kita kepada perbuatan supaya kita lupa kepada kesan lari latihan ramadhan. Sebarang hiburan dari media rasmi atau swasta, atau melalui tv dan radio atau di sekeling kita, masing masing berlampau lampau dan bermaharaja lela. Nafsu manusia yang liar berlumba lumba dengan menggunakan lambang hari raya. Hari raya telah cicemarkan dengan itu semua. dengan bermahrahaja lela nafsu manusia yang liar dan tidak bersopan inilah sebenarnya apa yang di umpamakan oleh Baginda Rasulullah saw bahawa syaitan yang telah dibelenggukan pada bulan Ramadhan itu telah dilepaskan kembali.

Saudara kaum muslimin
Banyak perbelanjaan yang telah kita habiskan untuk itu semua berbanding dengan perbelanjaan yang dibelanjakan untuk tujuan supaya latihan latihan sepanjang bulan ramadhan itu dapat diamalkan seterusnya kepada masyarakat.. Sedangkan masyarakat dan negara kita amat memerlukan lebih banyak orang yang rajin , mampu memberi pulangan kepada masyarakat dan negara dengan daya pengeluaran yang lebih meningkat serta kretiviti yang lebih menguntungkan dengan kedudukan yang lebih bermaruah dan lebih bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran sivik dan akhlak yang cukup tinggi.

Saudara kaum muslimin.
Tetapi dengan kembali semula kepada keadaan yang di luar dari latihan ramadhan, bermahrajalela nya nafsu maka tujuan dari latihan ini tinggalah impian semata mata. Itulah yang kita dapati di negara negara maju, walau pun mereka maju tetapi sebenarnya masyarakat mereka telah runtuh

Saudara Kaum muslimin
Sesungguhnya hudup ini, hakikatnya amat memerlukan hidayat dari Allah swt, tampa hidayat dari Allah swt seluruh kehidupan tidak akan aman dan tidak akan selamat. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Kemudian bila datang petunjuk kepada kamu dari Ku melalui Rasul Rasul dan kitab kitab yang di turunkan maka sesiapa yang mengikuti petunjuk itu nescaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka.dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Saudara kaum muslimin
Untuk memperolehi taufik dan hidayat dari Allah swt sudah semestinya seseorang itu berada di dalam suasana yang baik. Dukacita, putus asa, jemu dan malas kepada suasana yang tidak sihat bukan sahaja kepada di sendiri bahkan juga kepada orang lain yang demikian suasana itu sendiri juga yan memainkan peranan ke arah kebaikan kita juga. Demikian juga kita sendirilah yang akan mewujudkan suatu suasana itu. Lazimnya kebaikan itu tidak akan memberikan apa apa makna sekiranya ia berada dalam suasana yang jahat. Sebab itulah tradisi yang ada, jahat lebih mudah berjangkit kapada yang baik daripada yang baik untuk dijangkiti oleh yang jahat.

Saudara kaum muslimin
Menyedari hakikat inilah maka langkah langkah pencegahan dan pengawalan amat diperlukan dan perlu dipertingkatkan agar dengan itu sesuatu suasana yang sihat dan  baik itu dapat di wujudkan. Sesungguhnya tidak dianggap sempurna iman seseorang itu, sekiranya hanya menunaikan amal dan ibadat kepada Allah swt selagi mana langkah langkah mencegah dan membenteras kejahatan dan keburukan tidak dipraktiskan sama sekali.

Saudara kaum muslimin
Langkan langkah pihak yang berkenaan dan orang perseorangan dan tujuan pencegahan itu amat dihargai dan disanjung tinggi dengan itu maka pihak berkuasa harus menjaga dan mencegah umat islam daripada memasuki pusat pusat hiburan dalam bulan ramadhan seumpamanya adalah salah satu usaha yang sangat baik dan sewajibnya di teruslan sambai bila bila masa. Di samping itu wajar sekali sekiranya perkara perkara itu disusuli oleh oleh majlis daerah, dewan dewan bandaran dan kerajaan tempatan yang lain di seluruh negara. Percayalah usaha usaha yang baik seumpama  itu di restui dan di doakan oleh setiap muslim dengan penuh khuyuk di hadapan Allah swt supaya mereka yang menjalankan tanggung jawab dan kewajipan itu, hidupnya di berkati oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud Dan jagalah dirimu untuk satu hari di mana satu diri tidak boleh menggantikan diri yang lain sedikit pun dan tidak di terima pertolongan dan penggantian kerugian dan mereka tidak mendapat pertolongan.

Sekian
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week