Osama Vs Obama

Inikah Jenazah Osama Bin Laden?


Adakah ini imej arwah Osama Bin Laden? Mungkinkah ia satu propaganda dari Amerika Syarikat?
Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin.

Beliau yang juga dikatakan perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang diketuai AS semalam.

Marilah kita sama-sama bersedekah kepada saudara seagama kita Osama Laden  yang telah 
meninggal dunia di Pakistan, Dibunuh Oleh Amerika Laknatullah...

Al Fatihah..

Jika Obama menyatakan Osama bertanggungjawab ke atas ribuan yang terkorban maka setiap Presiden Amerika juga adalah Pembunuh

Sejarah Ringkas Osama Bin Laden

      Osama, 54, lahir dalam keluarga yang berada, salah seorang daripada lebih 50 anak bagi magnet pembinaan Saudi dan Allahyarham menghabiskan usia mudanya di rumah agam yang dihiasi dengan pelbagai kemudahan mewah dan serba senang.

       Pada awal 1980-an, Osama menjadi personaliti antarabangsa berpengaruh yang menyokong pejuang-pejuang kebebasan Muslim di Afghanistan. Kemudian, dia menjadi penganjur dan pembiaya kepada rangkaian pengganas yang melindungi tempat tinggalnya, tinggal di rumah-rumah yang selamat, khemah di kawasan terperinci dan malah di gua-gua di Sudan, Afghanistan dan Pakistan.

       Lelaki paling dikehendaki di dunia ini ini terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer (30 batu) di sebelah timur laut ibu negara Pakistan awal hari ini bersama isteri mudanya.
AS menyediakan ganjaran AS$25 (sekitar RM75 juta) ke atas kepala Osama sejak perang ke atas kumpulan pengganas disytiharkan satu dekad yang lalu.

        Laporan Los Angeles Times memetik Yossef Bodansky, pakar mengenai aktiviti pengganas yang menulis biografi Osama, menyifatkannya sebagai "orang yang mengisytiharkan perang ke atas Amerika."
Bagi bekas presiden AS George W. Bush dan sebahagian rakyat Amerika, Osama sebenarnya seorang "syaitan."

         Pada 1994, kerajaan Arab Saudi menggugurkan taraf kewarganegaraannya. Kebanyakan anggota keluarganya pula, yang rapat dengan kerabat diraja, memutuskan hubungan dengan beliau.

         Senarai serangan yang dipertanggungjawabkan ke atas Osama bukan satu dua. Osama pernah dianggap sebagai hero bagi ramai umat Islam di seluruh dunia dan dilabel sebagai Saladin, sultan yang menghalau penceroboh Kristian dari Baitulmaqdis lapan abad yang lalu.

          "Kami percaya bahawa pencuri terbesar di dunia dan pengganas ialah orang Amerika," kata Osama dalam satu temu bual dengan majalah pada Februari 1999.

           Barat mengaitkan Osama dengan serangan peristiwa 11 September 2001, kedutaan AS di Kenya dan Tanzania, kapal pemusnah USS Cole di Yemen.

           Hari ini, Perdana Menteri Britain David Cameron menyifatkan kematian Osama akan membawa "kelegaan besar" di seluruh dunia.

            "Osama bin Laden bertanggungjawab ke atas kekejaman pengganas di seluruh dunia... 11 September dan banyak lagi, yang meragut banyak nyawa, kebanyakan rakyat Britian. "Penemuan dia satu kejayaan besar dan kita tidak perlu membawa kempen menentang pengganas lagi," kata beliau dalam satu kenyataan di London.

             Analisis Reuters pula menyebut pembunuhan Osama merupakan satu tamparan psikologi yang besar bagi rangkaian Al-Qaeda. Bagaimanapun kata laporan itu, ia kemungkinan hanya akan membawa impak praktikal yang kecil ke atas kumpulan pengganas itu, yang semakin tidak berpusat dan secara taktik telah beroperasi tanpa Osama sejak beberapa tahun lalu. Al-Qaeda dikatakan berhadapan dengan kesan ideologi selepas kebangkitan rakyat biasa di beberapa negara Arab sejak akhir tahun lalu.

              Sayap Al-Qaeda yang kini menjadi ancaman besar kepada AS ialah gabungannya di Yemen iaitu AQAP, demikian menurut pegawai-pegawai AS. Beberapa kumpulan mirip Al-Qaeda juga mula mengalami pertumbuhan. "Dari segi kepimpinan operasi pengganas, Osama tidak menjadi bahan cerita utama sejak beberapa lama," kata Paul Pillar, bekas pegawai risikan AS. "Desakan kebanyakan operasi adalah bersifat pinggiran, bukannya berpusat... saya menyenaraikan kumpulan-kumpulan seperti AQAP, dan juga entiti-entiti kecil yang lain," kata beliau.

             Jadi, timbul persoalan sama ada kematian Osama benar-benar akan mengakhiri rangkaian Al-Qaeda buat selama-lamanya. Soalan ini kita akan tahu di masa akan datang.

Marilah kita sama2 sedekahkan Beliau Surah "AL-FATIHAH"

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week