CT Scan Batu Dari Zaman Pra-sejarah

 Prof. Madya Mokhtar Saidin dan Prof Ibrahim Lutfi Shuaib sedang meneliti kedudukan fosil gigi pada batu tersebut

 Foto di ambil sebelum diimbas dengan CT scan


 En Arif, Radiografer yang bertugas

 Perbincangan di panel kawalan CT

 Pn Norfataha mengambil alih tugas di panel kawalan


 Reconstruction dan imej viewing di buat di Syngo workspace


Prof Madya Wan Ahmad Kamil
  1. Prof. Madya Mokhtar Saidin, Pengarah, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM tapak Bukit Bunuh, Lenggong Perak bersama pasukannya membawa objek batu yang di percayai mempunyai fosil gigi manusia di zaman pra sejarah (1.83 juta tahun dahulu).
  2. Pasukan Arkeologi ini dibantu oleh pasukan perubatan dari USM yang di ketuai oleh Prof Ibrahim Lutfi dan Prof Madya Wan Ahmad Kamil membuat imbasan CT terhadap objek tersebut.
  3. Imbasan CT ini telah dibuat di Hospital USM dengan menggunakan CT Siemens 128 slices pada jam 5 petang 14 Mei 2011.
  4. Radiographer yang terlibat adalah Puan Norfataha, En Arif dan saya sendiri.
  5. Foto "close up" untuk fosil gigi pada batu itu tak dapat ditunjukkan di blog ini kerana tidak diberikan kebenaran untuk menyiarkannya.
  6. Maklumat lanjut berkenaan dengan tapak arkeologi Bukit Bunuh ini boleh dilayari di http://www.usm.my/index.php/en/about-usm/news-archive/66-news-highlight/8231-kompleks-arkeologi-bukit-bunuh-kini-unit-baru-stratigrafi-kuaterner-malaysia.html
 Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week