Foto Sekitar Futsal Jabatan Radiologi 2013















































Futsal Jabatan Radiologi 2013

Pada 13 April 2013, bertempat di gelanggang futsal Taman Desa Rahmat, Jabatan Radiologi telah mengadakan perlawanan futsal tahunan.

Acara tahunan ini telah disertai oleh 6 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita yang diwakili oleh staf dan juga keluarga masing masing. Juru x-Ray pelatih yang menjalani latihan juga tidak ketinggalan

Kejohanan kali ini juga adalah anjuran KKMI dan telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Radiologi Dr Nik Munirah.

Tahniah kepada AJK dan semua staf yang terlibat dalam kejohanan pada kali ini.

Menang kalah adalah adat pertandingan, tapi yang paling penting adalah semangat kerjasama berpasukan.

Wassalam



Juara kategori lelaki

Juara kategori wanita

Penjaga gol terbolos paling banyak





Ketua Jabatan Radiologi

Reporting

Walaupun kemudahan dual gray scale barco monitor banyak disediakan di jabatan Radiologi, namun single color monitor juga menjadi pilihan sebahagian dari pakar. Sedangkan ruang tersebut adalah disediakan untuk juru x ray yang bertugas di bilik CT scan.

Pada pandangan saya apabila seseorang itu telah menpunyai pengalaman yang luas penggunaan kemudahan yang canggih tidak lagi menjadi keutamaan.

Tiada lagi keistimewaan monitor yang berresolusi tinggi kerana penggunaan monitor berresolusi standard juga berupaya memberi munafaat



Audit Dalaman ISO Tahun 2013

Pada 10-04-2013 Jabatan Radiologi telah menerima kunjungan dari auditor dalaman ISO. Kunjungan ini adalah kunjungan yang rutin setiap tahun. Ia dilakukan sebelum audit yang sebenar dari pihak luar.



Surah As Sajadah: Ayat 20



Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
(As-Sajdah 32:20

Manakala bagi orang orang yg fasik, tempat kembali mereka adalah api neraka. Ayat ke 20 ini adalah kesinambungan dari ayat 18 dan 19. Ini adalah cara Allah swt mengajar kita supaya kita mudah faham, mudah ingat dan mengambil perhatian dengan bersungguh sungguh.

Orang orang fasik ini terbahagi dalam 2 golongan,
1. Golongan yang tidak beriman kepada Allah. Tidak mengucap dua kalimah syahadat.
2. Golongan yang mengaku beriman tetapi berterusan melakukan dosa.

Mereka yang beriman dengan sebahagian dari Al Quran dan menolak sebahagian dari Al Quran melainkan mereka akan mendapat kehinaan di dunia ini dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan untuk menerima seteruk teruk azab.

Amal adalah kerja yang dibuat sepanjang masa ketika kita berada di dunia ini.
Setiap kerja buat yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Sebagai contoh setiap langkah ke masjid akan diberi satu pahala, diampunkan satu dosa serta diangkat satu darjat. Begitu juga dengan perjalanan pulang dari masjid. Setiap senyuman dan salam yang dibuat kerana Allah swt juga akan diberi pembalasan oleh Allah swt.

Apa yang ada disisi Allah swt sahaja yang kekal buat selama lamanya

Keyakinan kepada hari akhirat dari sudut:
1. Ilmu dari Allah dan Rasulullah semasa hidup di dunia. Oleh itu perbanyakkan amalan dan memperhambakan diri kepada Allah swt sehingga timbul keyakinan dalam diri.
2. Penglihatan - selepas kita mati

Musibah, seperti penyakit yakni azab di atas dunia sebenarnya adalah rahmat Allah swt, mudahan kita sedar dan kembali semula kepada Allah. Mengingatkan bahawa kita adalah lemah. Buang sifat ego dan angkuh dalam diri kita.

Kalau masih takbur walaupun diterima musibah akan mendapat siksa di dunia dan juga di akhirat .

Wallahualam

Musafir Dalam Keadaan Berilmu

Apabila bermusafir, kita dibolehkan untuk memendekkan dan menghimpunkan solat

Qasar  bererti memendekkan solat. Solat solat yang boleh dipendekkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak

Jamak pula bererti menghimpunkan solat. Menghimpunkan solat ini boleh dibuat dalam waktu yang awal dan dalam waktu yang akhir. Antara solet yang boleh dihimpunkan adalah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak.

Qasar dan Jamak boleh dilakukan dengan serentak

Bagi solat pertama kena azan dan iqamah, manakala untuk solat kedua memadai dengan iqamah sahaja

Kemudahan jamak dan qasar ini dibenarkan dalam perjalanan yang jauh dan dengan tujuan yang diharuskan

Bagi Perjalanan yang dekat, ada pendapat yang membolehkan dan ada yang melarang.

Solat wajib atau sunat juga boleh dikerjakan semasa musafir walaupun di atas binatang tunggangan tanpa perlu rukuk dan sujud, memadai dengan menundukkan kepala sahaja. Menghadap kiblat juga tidak diberatkan, memadai dengan niat mengadap kiblat sahaja.


Masa musafir dikira selepas kita meninggalkan kampung kediaman.


Wassalam


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan x boleh dijadikan rujukan


Hadis 22: Gerbang Menuju Syurga


Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "


Empat perkara yang utama sebagai jalan menuju ke syurga adalah:
1. Solat 5 waktu
2. Puasa dalam bulan Ramadhan
3. Halal yang halal
4. Haram yang haram

Natijah
1. Nabi saw adalah pakar rujuk kepada para sahabat, dan yang paling utama ialah Nabi saw adalah rahmat kepada seluruh alam.
Ilham dan perasaan Nabi adalah rahmat.
Penyelamat sekelian alam.
Jalan ke syurga mudah dan tanda tandanya telah ada. Namun demikian kita kena ada iltizam, sentiasa buat dan bersungguh sungguh.

2. Pertanyaan dari sahabat ini menunjukkan hati mereka yang merindukan syurga.
Berlumba lumbalah untuk berbuat kebaikan. Apatah lagi kepada perkara perkara yang wajib.
Mereka sering bertanya perkara yang sama dengan hadis ini.

Amalan paling baik
1. berbuat baik kepada ibu bapa
2. Jihat

Jawapan yang diberikan oleh Nabi adalah bergantung kepada siapakan yang bertanya dengan melihat kepada kecenderungan si penanya itu.

Beribadat dan tidak menyutukan Allah

Tiada kebesaran makhluk selain dari kebesaran Allah swt.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia menjadikan Allah dan Rasul itu lebih utama dari segala gala kepentingan makhluk yang lain.

Jangan persoalkan bab rezeki, jangan menyekat jalan hidayat

Kena bezakan antara keperluan ilmu fardhu kifayah dan kepentingan / keutamaan fardhu Ain.

Amalan yang selamat dari neraka dan amalan untuk masuk syurga,
Jawapan ringkasnya adalah perkukuhkan ilmu fardhu Ain dan juga tunjukkan akhlak yang baik.

Islam itu adalah satu agama yang mudah dan permudahkanlah dan janganlah pula memayahkannya. Namun demikian janganlah kita mempermudahkannya lagi hingga melampaui batas.

Sentiasa bertaqwa dan beramal soleh.

Kewajipan berzakat dan menunaikan haji sekiranya mampu.

Wallahualam


Taklimat Penggunaan PACSIW

Bertempat di bilik Endeavor Jabatan Radiologi, satu sesi taklimat berkenaan penggunaan PACSIW telah diadakan pada 7 hb April 2013 jam 12 tengahari.

Seramai 10 orang fisioterapist telah hadir pada sesi taklimat ini

Wassalam



Juru X Ray Pelatih UMMC

Seramai 5 orang pelatih juru x ray dari UMMC telah melapor diri di Jabatan Radiologi HUSM. Mereka dijangkakan akan menjalani latihan di sini selama 2 bulan bermula dari 7 April 2013

Wassalam





Hadis 20: Sifat Malu


Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

Sifat malu adalah di antara sifat-sifat para nabi nabi yang perlu di teladani

Sudut kepentingan hadis
Perintah Allah
1. Tuntutan yang terbahagi kepada dua iaitu tuntutan wajib dan sunat
- bila rasa malu dengan Allah kita kena buat apa yang telah dituntut oleh syarak
2. Tuntutan untuk meninggalkan perkara yang haram dan makruh
- bila mempunyai perasaan malu untuk mengerjakaannya, maka hendaklah ditinggalkannya
3. Tuntutan harus.
- tinggalkan perasaan malu dan berbuat dengan sempurna atau tidak

Hukum hakam
1. Malu ini adalah sifat warisan Nabi babi
- Akhlak terpuji disisi Allah
- Mudah mendorong diri melakukan kebaikan dan menjauhi diri dari melakukan maksiat
- Peringatan kepada umat sekiranya tiada malu maka perkara yang bercanggah akan dikerjakannya

2. Bila ada perasaan malu akan mencegah diri dari melakukan perkara keji.
- malu dengan manusia dan juga malu dengan Allah swt.
- hanya patut malu kepada Allah swt kerana di situlah sifat taqwa dapat dizahirkan.
- solat perlu persiapan dan kesempurnaan kerana Allah swt itu maha teliti.

3. Boleh melakukan perbuatan yang tidak dilarang oleh syarak jika kita tidak berasa malu.

Malu terbahagi 2 bentuk
1. Malu secara fitrah
- contohnya kanak kanak yang merasa malu apabila auratnya terdedah.

2. Malu diperolehi dengan usaha
- tanam sendiri sifat malu
- jaga fikiran, perut dari perkara yang haram atau subahat.
- selalu mengingati mati
- jana amalan sebelum mati sebagai persediaan selepas mati.
- meninggalkan penghiasan dunia bermaksud tinggalkan cinta kepada dunia.
- lagi banyak hartanya semakin dermawan sikapnya.

Malu yang tercela
- tak kena pada tempatnya
- adalah kelemahan diri

Malu wanita muslimah kena lebih malu dari lelaki. Malu dengan tersipu sipu.

Tanam sifat malu pada anak anak
1. Beri pendidikan yang betul
2. Memerhati perlakuan
3. Serah kepada Allah swt

Rasa malu adalah kebaikan, makin tinggi perasaan malu makin banyak kebaikan yang dilakukan

Apabila belajar agama jangan ada perasaan malu

Jangan merasa malu dengan kebenaran

Nafkah untuk isteri adalah wajib
1. Batin
2. Tempat tinggal, pakaian dan makan minum.

Wallahualam

Tafsir surah As Sajadah: Ayat 19

Ayat 19
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Jelas kepada kita bahawa pertanyaan Allah pada ayat sebelumnya dijawab oleh Allah swt pada ayat ini.

Perbezaannya adalah dari segi pembalasan yang akan mereka perolehi dengan tujuan untuk beri semangat dan motivasi kepada orang orang yang beriman.

Mereka sanggup bersusah payah di dunia ini kerana Allah swt.

Tanda tanda orang yang beriman kepada hari pembalasan di hari akhirat
1. Semua Amalan di dunia adalah menjadi tanggung jawab yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti
2. Bermotivasi untuk melakukan amal yang soleh di dunia ini. Matlamat kejayaan hidup mereka bukan di dunia tetapi di negeri akhirat. Kejayaan di dunia adalah sementara tetapi kejayaan di akhirat adalah kejayaan yang hakiki. Mereka menggunakan kejayaan di dunia ini sebagai pemangkin kepada kejayaan di akhirat kelak.
3. Orang yang banyak beramal ibadat tetapi fikiran mereka rungsing dan bimbang kerana takut Allah swt tak menerima amalan mereka itu.

Hari Khamis adalah hari diangkat amalan ke akhirat oleh itu Nabi saw puasa pada setiap hari Khamis.

Paling kurang jangan tinggal 3 hari puasa dalam sebulan. Satu hari puasa pahalanya menyamai puasa 10 hari. Pada hari hari putih, 14, 15 dan 16. Amalan ini dianjurkan oleh Nabi saw.

Ayat 20
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

1. Mereka engkar kepada perintah Allah swt.
2. Mereka beriman tetapi berterusan melakukan maksiat kepada Allah swt

Wallahualam

Million Ladies Purple Walk


Million ladies purple walk peringkat negeri Kelantan yang telah diadakan di Lembah Sirih Kota Bharu Pada 17 Mac 2013.

Staf jabatan Radiologi juga telah dihantar untuk menyertai acara ini

Wassalam























CME Pekerja Sinaran

Kursus ini telah diadakan pada 19 Mac 2013 di Auditorium PPSG USM

Antara topik yang dipersembahkan semasa kursus ini adalah
1. Kejururawatan dalam terapi radio iodin-131
2. Radiation issues in interventional radiography
3. Kecemasan Radiologi / nuklear
4. Advanced Radiotherapy: The tomotherapy
5. Akta 304: Peruntukan perundangan untuk perkhidmatan radioterapi & perubatan nuklear
6. Radiotherapy technology: VMAT

Wassalam





Musafir (2)

Tata tertib yg harus diperhatikan dari masa berangkat hingga kembali semula ke rumah.

Persediaan diri
1. Kembalikan semua harta atau barang barang yang diperolehi dgn cara menganiaya ataupun tipu daya.
2. Membayar segala hutang piutangnya
3. Menyediakan nafkah yang cukup bagi orang orang yang berada di bawah tanggungannya semasa peninggalannya.
4. Mengembalikan semula semua amanah yang dipertanggungjawabkan kepada yang hak.
5. Bekalan yang dibawa hendaklah baik baik dan halal.
6. Sebaiknya dilebihkan sedikit untuk dibahagikan kepada teman teman yang turut serta dalam pelayaran itu.
7. Ketika dalam pelayaran hendaklah bercakap perkara yang baik baik dan manis untuk didengari.
8. Membiasakan memberikan makan kepada orang lain
9. Menampakkan akhlak dan budi pekerti yang mulia dan luhur
10. Berbuat baik dengan orang yang menyewakan atau memimjamkan sebarang peralatan semasa pelayaran itu.
11. Beri bantuan sekadar yang mampu kepada rakan rakan sepelayaran.
12. Menolong orang yang tergendala dalam perjalanan dengan menumpangkan nya atau memberi makanan kepadanya.

Pilih ketua
1. Sebaik baiknya mengajak seorang kawan untuk menemaninya semasa belayar.
2. Jangan pergi seorang diri. Rasulullah saw melarang mengembara seorang diri. Jika lebih dari 2 orang, lantik seorang menjadi ketua. Mesti jujur budi pekertinya.
3. Pilih orang yang boleh menasihati kita semasa belayar.
4. Boleh menganalisa sikap atau ciri kawan yang setia.
5. Lebih mengutamakan kepentingan kawan dari diri sendiri.
6. Boleh menyatupadukan antara satu sama lain.
7. Elakkan kacau bilau bila ada banyak pendapat.
8. Ikut keputusan yang dibuat oleh ketua yang dipilih/ dilantik.

Ketika hampir berangkat
1. Ucapkan selamat tinggal kepada sahabat handai, rakan taulan, isteri dan keluarga.
2. Berdoa kepada Allah untuk menyerahkan semuanya kepada Allah
3. Doa orang yang menghantar - moga Allah menambah dgn taqwa, berbuat kebaikan dan ampunkan segala dosa semasa bermusafir.
4. Solat istiqarah 2 rekaat
5. apabila sampai ke pintu baca bismillah hi tawakal tu alallah, wala haulawala kuwwata illa billah hil aliy yil azim.
5. Bila naik kenderaan baca doa lain pula subhanallazi....


Wassalam

Bantuan, Sokongan Dan Peliharaan Allah.

Hadis 19
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

Jagalah Allah swt nescaya Allah swt akan menjaga kamu.
Allah swt akan memberi bantuan
Pertolongan dari Allah swt
- Allah swt sentiasa berada dihadapanmu
- Allah swt bersama sama dengan orang yang bertaqwa dan orang yang melakukan kebaikan.
- umat terdahulu diberi kemenangan oleh Allah swt. Contoh: Peperangan badar
- Allah swt adalah penjaga yang tidak pernah mengantuk dan tak pernah tidur.
- Allah swt sentiasa memberi petunjuk

Golongan yg mati syahid dijalan Allah swt itu sentiasa hidup dengan diberi rezeki dan rahmat oleh Allah swt.
Kepada penjuang kita yang telah terkorban di Lahad Datu, mudah mudahan mereka ini termasuk dalam golongan yang syahid

Orang orang muda yang akan menggoncangkan dunia
- agama Islam naik di zaman Nabi saw kerana pertolongan dari golongan orang muda.
- isilah dengan ilmu dan iman
- jagalah Allah

Meminta sesuatu hanyalah dengan Allah swt
- ajaran Islam supaya kita sentiasa memohon segala sesuatu dengan Allah.
- amalkan sentiasa menyebut Innalillahhiwainnailahirrajiun.
- minta pertolongan dengan Allah
- pergantungan itu dengan Allah semata mata.
- Insyaallah Allah akan perkenankan segala permintaan kamu
- mintalah tanpa jemu jemu kerana Allah swt tidak pernah jemu jemu mendengar doamu
- Allah swt sentiasa berada berdekatan dengan orang yang meminta pertolongan untuk mengabulkan segala doa mereka.
- zat Allah yang maha kuat

Ajaran Syiah yg kuat disokong Yahudi, liberalisme dan pluralisme telah terpesong dari akidah Islam.
- Membawa contoh kepada pernikahan mut-ah yang masih diamalkan oleh Syiah.

Mayat orang alim dan orang yang ternama disunatkan untuk diperlewatkan untuk di kebumikan.

Sabar dengan segala ketaatan dan meninggalkan maksiat.
- Ketaatan itu satu kepahitan tetapi melakukan kemaksiatan itu satu kelazatan . Ini adalah godaan syaitan yang menjanjikan kefakiran dan kerosakan.
- sabar apabila ditimpa sesuatu musibah
- sabar keatas perbuatan yang tidak baik dari orang lain, jiran tetangga.
- sabar dalam berdakwah kerana ianya satu ujian kepada kita. Perlukan kelestarian. Paling susah kepada keluarga dan kaum terdekat.
- sabar ketika berperang
Insyaallah Allah akan sentiasa memberi jalan keluar kepada sebarang permasalahan yang kita tempuhi

Wallahualam


Musafir

Perjalanan melebihi 80 km bersamaan 2 marhalah.
- boleh jamak dan qasar solat

Tujuan
1. Menuntut ilmu, belajar hukum agama
2. Memperbaiki Akhlak dan budi pekerti, baiki penyakit dalam hati
3. Belajar untuk mengenal Allah swt dengan melihat kebesaran Allah swt

Sesiapa keluar dari rumahnya kerana tuntut ilmu pengatahuan maka ianya adalah dalam perjalanan Allah swt sehingga dia kembali

Musafir adalah kerana tujuan beribadat spt menunaikan haji atau menyahut seruan jihad fisabilillah

Tak lengkap bermusafar kalau tidak ke masjidil haram, masjidil aqsa atau ke masjid Nabi di Madinah.

Solat di masjidku (Madinah) lebih baik dari 1000 solat di tempat lain.
Masjidil haram 100 000 kali lebih baik
Masjidil aqsa 500 kali lebih baik

Musafir kerana menghindarkan diri dari perkara yang merosakkan/ mengganggu agama.
Apabila berlaku tekanan pada mpegangan agama maka musafir ini adalah sunat seperti amalan perjalanan Nabi dan orang soleh.
Orang soleh terdahulu berkata apabila ada sesuatu tempat yang aman dan makmur maka pindahlah ke situ.
- berpindah ke tempat yang lebih selesa dan ianya adalah selamat untuk agama serta meringankan beban kehidupan.

Musafir kerana tempat tinggal asal adalah merbahaya, atau kos kehidupan yang mahal.
- boleh menjadi wajib, sunat dan harus

Kalau berada di tempat yang merebak penyakit berjangkit bermusafir adalah dilarang.

Musafir bagi seseorang yang menderhaka kepada ibubapanya adalah diharamkan.

Makruh seperti lari dari negeri yang merebak penyakit taun.

Wajib seperti ibadat haji, atau menuntut ilmu yang wajib untuk muslimin dan muslimat.

Sunat seperti menziarahi para alim ulamak untuk mendekati dengan akhlak dan budi pekerti mereka yang terpuji. Demi untuk mencontohi cara hidup mereka.

Harus bermusafir bergantung pada niat dihati seperti kerana mencari harta dunia supaya dapat menahan diri dari meminta minta. Bila mendapat harta yang berlebihan bolehlah dia bersedekah kepada orang lain yang memerlukan.

Pergi haji dengan ada perasaan riak atau mencari nama maka sia sialah amalannya itu.

Wallahualam




Kuliah Maghrib: Tafsir Surah As Sajadah Ayat 18

Ayat 18
(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

Persoalan dari Allah swt adalah satu kaedah menuntut ilmu yang berkesan.
Perasaan ingin tahu akan ada dikalangan manusia. Ilmu akan mudah diingati oleh manusia
Adakah persamaan diantara orang yang beriman dengan orang yang fasik. Jawapannya tidak akan sama, sama sekali.
Dari sudut kehidupan di dunia tiada perbezaan yang nyata pada zahirnya. Namun perbezaannya ada di sisi Allah.

1. Bagi orang yang beriman kekayaan itu adalah sebagai ujian dari Allah
2. Bagi orang fasik mereka menganggap yang Allah swt sayangkannya

Kisah Nabi Sulaiman yang paling berkuasa dan kaya di dunia ini. Dengan rakyatnya yang hebat. Bila dipuji jawapannya segala apa yang dimilikinya adalah semuanya adalah hak Allah swt dengan bertujuan untuknya samada aku bersyukur atau aku kufur.

Firaun pula yang berkuasa tetapi kufur kepada Allah swt pula berkata akulah tuhan mu yang paling tinggi.

Orang Israel yang menzalimi orang Israel tapi masih belum lagi dibalas dengan azab oleh Allah swt. Firman Allah swt janganlah mereka ingat kamu akan terlepas dari azab Allah swt Sesungguhnya kami menangguhkan azab kepada mereka adalah bertujuan supaya bertambah tambah dosa mereka. Satu masa nanti Allah akan timpakan ke atas mereka azab yang akan menghinakan mereka.

Ujian Allah kepada orang yang beriman adalah lebih banyak dari ujian terhadap orang kafir dan fasik.
Keadaan ini menyebabkan mereka (orang yang fasik) akan lara dan hanyut dengan kehidupan dunia. Mereka tidak ambil peringatan untuk bertaubat setelah diuji oleh Allah swt.

Dengan keimanan yang mereka ada Allah swt gantikan dengan kesabaran.

Orang yang mengutamakan akhirat akan memberikan kesan kepada kehidupannya di dunia dan begitulah sebaliknya.

Wassalam



Sistem Saraan Transformatif (SST)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion; [sinar]

Kuliah Maghrib 25-2-2013: Uzlah (4)

Tujuan ber-uzlah
Tawadduk, merendah diri adalah sifat dan darjat yang paling utama bagi seseorang manusia.
Orang yang paling bertuah ialah yang panjang umur dan banyak beribadat kepada Allah swt.
Orang yang pendek umur tetapi taat juga kepada Allah swt juga bertuah.

Jangan berbuat sesuatu perkara kebaikan atau menonjolkan diri dalam sesuatu majlis semata mata untuk mendapat pujian dari orang ramai.

Hanya Allah swt sahaja yang berkuasa untuk memberi menafaat kepada makhluknya semasa di dunia dan di akhirat.

Semua bahaya dan menafaat adalah dalam kekuasaan dan takdir Allah swt.

Keredhaan Allah swt itu hendaklah kita cari semasa di dunia ini

Tiada jalan untuk mendapat keselamatan dari manusia atau makhluk lain selain dari keredhaan Allah swt sahaja.

Jika seseorang itu memencilkan diri di dalam rumahnya dan tidak keluar bergaul dengan orang ramai semata mata untuk mendapat pujian dari orang ramai akan mendapat kecelakaan di akhirat kelak.

Pengalaman hidup amat berfaedah bagi setiap orang dan ianya hanya dapat apabila seseorang itu bercampur gaul dengan manusia yang lain.

Wassalam



Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week