MRI3T Training: 20 - 23 July 2011

  1. Akhirnya modaliti MRI3T yang pertama di Pantai Timur telah berjaya melakukan imbasan kepada sukarelawan dan juga pesakit.
  2. Latihan intensif selama 4 hari ini telah di buat walaupun pada hari cuti rehat
  3. Application Trainer, Pn Inaini dari Singapura telah bertungkus lumus mengajar kami semua
 Nak masuk bilik MRI kena pakai cover pada kasut
Cuba teka kaki kaki siapakah ini?

 Ramai yang berminat dengan MRI3T ni

 Pensyarah dari PPSK pun datang juga



Berbagai gaya dari application trainer

 Wawa dan Che Rohaida begitu khusuk sekali

 Sukarelawan pertama yang di imbas bahagian kepala

 Imej MRI 3T

 Sukarelawati yang kedua, tapi tak bo;eh buat takut pada terowong


 Pandangan menerusi cermin di penal kawalan







 Pandangan pandangan menerusi pintu MRI


 Sempat bergambar dulu



 Steady Idah













Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi: 22-7-11, Tahap Keimanan


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada saudara saudara sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertakwa kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi Allah sekelian
Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama sama perhatikan kepada firman Allah swt yang bermaksud Allah menjanjikan kepada orang orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka sebagai kalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Allah telah menjadikan orang orang sebelum mereka sebagai khalifah khalifah yang berkuasa. Allah akan menguat dan mengembangkan Agama Islam yang telah diredhainya untuk mereka.Allah juga akan menggantikan keamanan kepada mereka setelah mengalami ketakutan daripada ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu yang lain daripada Ku.Ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar, maka mereka itulah orang orang yang fasik.

Saudara kaum muslimin
Iman terbentuk daripada 3 perkara iaitu
  1. Kepercayaan hati 
  2. Pengakuan lidah dan
  3. Amal perbuatan.
Orang yang beriman tetap membuktikan tahap keimanannya dengan amal perbuatan. Hassan Al Bukhari menegaskan dengan kata katanya yang bermaksud. Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita cita, tetapi iman itu apa yang teguh didalam hati dan dibenarkan oleh amal perbuatan. Sesiapa yang berikhrar baik padahal dia mengerjakan amal yang tidak baik, maka pengakuannya akan ditolak oleh Allah swt. Dan sesiapa yang berikhrar baik dan berbuat kebaikan, maka dia akan diangkat oleh amalannya.

Saudara kaum muslimin
Orang orang mukmin yang sebenar, ialah orang yang mewarnakan seluruh hidupnya dengan ibadah. Semua sikap dan tindak tanduknya adalah berpandukan kepada ajaran Allah swt. Dia sentiasa berhubung dan bermunajat kepada Allah swt. Dia tidak dilalaikan oleh kesibukan bekerja atau berniaga. In ilah manusia yang mendapat pujian Allah swt menerusi firmannya dalam surah An Nurr yang bermaksud Merekalah orang orang yang tidak dilalaikan oleh kesibukan berniaga dan berjual beli daripada tugas mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Marilah kita menilai tahap iman dan amal soleh kita, marilah kita memastikan bahawa kita tetap beriman dan beramal soleh, mudah mudahan kita sentiasa mendapat bimbingan dan keampunan daripada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah ya Muhammad sesungguhnya aku hanyalah seseorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada ku bahawa tuhan kamu adalah tuhan yang satu dan hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul/lurus serta pohonkanlah keampunan kepadanya. Ingatlah bahawa kecelakaan besar bagi orang yang menyekutukannya dengan sesuatu yang lain.

Sekian

Wallahualam

Anak Ketiga Saya: Malang Tak Berbau

 Ngeri juga tengok pada lukanya semasa di Jabatan Kecemasan

 Kakitangan di Jabatan ORL


Duk kesat airmata setelah selesai jahitan pada luka
  1. Pada Jam 9:30 pagi 17 Julai 2011 saya mendapat panggilan telefon dari guru sekolah mengatakan anak saya mendapat kemalangan semasa di dalam kelas
  2. Malang tidak berbau, anak saya terjatuh dan kepalanya terhantuk pada meja menyebabkan cuping telingannya luka dan terkoyak.
  3. Terima kasih buat atas keperihatinan guru sekolah kerana telah menghantar anak saya ke klinik.
  4. Oleh kerana luka yang agak teruk anak saya telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan HUSM.
  5. Walaupun ketika itu ramai pesakit di Jabatan Kecemasan, namun dengan pengurusan yang cekap oleh kakitangan Jabatan Kecemasan anak saya telah dirujuk ke Jabatan ORL.
  6. Pakar ORL kemudian merujuk anak saya terus kepada Pakar Bedah Plastik untuk rawatan segera.
  7. Alhamdulillah luka pada cuping telinga anak saya telah berjaya dijahit tanpa perlu menggunakan bius am.
  8. Anak Abah guna bius setempat pun dia boleh tahan - menangis sekejap aje
  9. Lukanya itu telah dijahit dengan lebih kurang 15 jahitan
  10. Terimakasih yang tidak terhingga buat semua yang telah terlibat dengan proses perawatan anak saya ini., iaitu kakitangan kakitangan sekolah, Klinik Peringat, Jabatan Kecemasan, ORL dan juga Pakar Bedah Plastik.
  11. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.
 Wallahualam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi: 15-7-2011 - Alam Barzah

 Van Jenazah hadiah dari Hamba Allah untuk kegunaan penduduk Mukim Parit

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada diri saya dan juga saya menyeru kepada sidang Jumaat sekelian marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar sebenar taqwa serta melaksanakan perintah perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati begitu jugalah dengan manusia, tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan pleh Allah swt. Apabila ajal seseorang itu telah sampai Malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira dimana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah sebenarnya maut yang kamu larikan diri itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan serta membalasnya.

Saudara kaum muslimin
Begitulah apabila nyawa seseorang telah berpisah dari jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimiliki samada ahli keluarga, anak anak, saudara mara, pangkat, harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk di kebumikan. Pada saat itu terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzah, sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin
Alam kubur ialah suatu tempat diantara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia memasuki alam barzah atau alam kubur. Alam kubur juga merupakan tempat permulaan seseorang manusia itu dihukum berdasarkan amalannya sewaktu hidup didunia ini. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah pengawas mereka yang sebenar, ketahuilah bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum dan dialah secepat cepat penghukum.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Ketika berada di Alam Kubur seseorang itu dapat menjangkakan samada dia akan mendapat kenikmatan atau kesangsaraan di Akhirat kelak. Perkara ini telah disebut dalam sebuah hadis yang telah diriwaratkan oleh Iman At Tirmizi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas yakni terkandas daripada siksaannya maka akan datang sesudahnya akan lebih sukar lagi.

Saudara kaum muslimin
Bagi orang yang beriman, penghidupan mereka di alam kubur di penuhi dengan segala macam kenikmatan kurnian daripada Allah swt, sebaliknya bagi orang yang syirik, bagi orang yang kufur dan ingkar terhadap suruhan Allah swt sudah pasti siksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang bakal diterima di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin
Sahabat nabi bernama Aib ibni Ayub berkata setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahat dimana dia di kubur memanggilnya Akulah rumah yang gelap gelita sunyi dan sendiri, jika waktu hidupmu sentiasa taat kepada Allah swt maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu, jika engkau durhaka maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Sesiapa memasukinya dengan taat akan keluar dengan bahagia dan sesiapa masuk dengan durhaka dia akan keluar dengan penuh penyesalan.. Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian
Berdasarkan kepada pemerhatian ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan melupai bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur, ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gerun akan kedasyatan azab di alam kubur ini.

Saudara kaum muslimin
Mengapakah ini berlaku? Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hari kita menjadi keras dan gelap dari cahaya.

Saudara kaum muslimin
Ingatlah bahawa jalan Allah swt tidak dapat kita tempuhi dengan tapak kaki, tetapi ia dapat ditempuhi dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku, rawatilah ia dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:
  1. Gunakanlah masa dengan berkualiti dengan sentiasa membaca Al Quran dan berzikir
  2. Bersikap tawadduk dan sentiasa merendah diri kepada Allah swt.
  3. Menghadiri majlis majlis ilmu, sedarilah semakin tinggi ilmu agama seseorang itu, semakin takut dia kepada Allah swt. Disamping itu juga elaklah diri dari menghadiri majlis majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa.
  4. Mengingati mati, seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya bertumpu kepada alam akhirat sekali gus meringankan dunia dan tidak panjang angan angannya.
  5. Menggali kubur, Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengaan cara sebelum ini, maka inilah cara yang paling berkesan dalam membaiki hati yang keras.
Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita menghitung diri kita bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dihormati atau akan di azab oleh Allah swt. Renungilah kehidupan kita selama ini adakah kita telah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, macamana dengan amalan kita, adakah sudah mencukupi untuk dibawa bertemu dengan Allah swt di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan di perhitungkan samada ia berpahala atau berdosa. Kesemuanya terserah kepada proses keadilan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Maka barang sesiapa yang membuat kebajikan sebesar zarah nescaya ia akan dilihatnya akan surat amalnya dan sesiapa yang membuat kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalannya.

Sekian
Wallahualam

Takziah untuk keluarga Nur Syarida Ayu

  1. Pada tanggal 12 Julai 2011 Jabatan Radiologi telah di kejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah ayahanda kesayangan Juru X-Ray Nur Syarida Ayu
  2. Saya  bagi pihak staf Jabatan Radiologi berdoa agar Arwah ditempatkan dikalangan para syuhada dan dikalangan  orang orang yang beriman serta beramal soleh.
  3. Semuga Nur Syarida Ayu dan keluarga dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah
  4. Kami telah berpeluang menziarahi keluarga Arwah pada waktu tengahari dengan menaiki kenderaan HUSM.
  5. Al Fatihah....


Wallahualam

MR Simulator

 En Lee, En Khew dan En Khalid sedang memeriksa spek peralatan tersebut

 Antara workstation yang dibekalkan



 Pandangan MR simulator dari belakang

 


  1. Fasa pemasangan MR Simulator telah  siap.
  2. Sistem ini sedang diuji sebelum procedure commisioning dijalankan
  3. En Khalid, En Khew dan kakitangan dari pembekal sedang membuat pemeriksaan terhadap peralatan ini.
Wassalam
 

Jamuan Nasi Kerabu: 7 Julai 2011

  1. Pada Hari Khamis 7 Julai 2011, kakitangan Jabatan Radiologi telah berpeluang untuk menjamu selera dengan hidangan ala kampung kegemaran rakyak Kelantan iaitu Nasi Kerabu.
  2. Nasi Kerabu dengan lauk ayam goreng, telor asin beserta ulam, sambal tumis, sambal kelapa digaul dengan ikan tawar dan tak lupa sos riji rakyak Kelantan iaitu budu dan kerepok.
  3. Terima kasih kepada hamba Allah yang telah menaja jamuan ini, juga tak lupa kepada tukang masak Jabatan Radiologi yang telah bersusah payah menyediakan masakan ini.
 Pinggan En Amin "Rummbu" Adi kata kucing lompat tak lepas

 Ayam goreng dan telor asin

 Makan free, sapa kata tak sedap

 steady Idah

 Makan Ayu, jangan malu-malu

 Che tengah duk buang tulang dalam sambal ikan

 Wawa sampai ambil 2 gelas air, pedassss kot

 Juara "Bersih" dua pinggan licin



Wassalam

Khutbah Jumaat: Masjid Al Qasimi 8-7-2011 - Islam sebagai Addin

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati sekelian
Sesuatu yang perlu disedari adalah terdapat masih ramai umat Islam yang belum jelas dengan Islam yang sebenar, ada dikalangan mereka orang yang memahami Islam mengikut selera dan latarbelakang masing masing. Oleh kerana selera dan latar belakang ini berlainan antara satu sama lain maka ia telah menyebabkan Islam itu difahami dengan cara yang berlainan pula antara satu sama lain.Mereka fahami Islam tak ubah seperti orang orang buta yang memegang gajah, kerana itu seringkali terdengar kata kata dan tuduhan yang dilemparkan ke satu golongan dan ke satu golongan yang lain. Ada yang dikatakan sebagai pelampau Islam, manakala yang lain pula mendakwa golongan mereka pula adalah yang sebenarnya yang mempertahankan Islam, memajukan Islam, membangunkan Negara Islam. Timbulnya tuduh menuduh antara sesama Islam ini adalah berpunca dari tidak jelasnya fahaman mereka terhadap hakikat dan intisari ajaran Islam yang sebenar. Mereka kabur dari mana bermula ruang yang mengikut Islam dan dimana pula berakhirnya. Sebanyak manakah bidang yang belum Islam masuk campur, apakah ada ruang ruang yang terpisah daripada Islam , dimanakah ruang ruang itu? Apakah ada ruang ruang yang perlu di isi dengan sesuatu yang tidak Islam. Atau pun ruang didalam hidup ini yang perlu di isi dengan Islam sahaja sehingga tidak ada ruang yang boleh di isi dengan yang lain.

Saudara kaum muslimin
Kerana fahaman yang tidak jelas terhadap hakikat Islam itulah maka kita dapati di kalangan orang Islam yang berpada pada dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah sahaja, ada yang berpada dengan hanya bersembahyang seminggu sekali sahaja, ada yang telah merasa cukup bila telah bersembahyang 5 waktu, ada yang sudah cukup bila telah berpuasa Ramadan, ada yang berpada sekadar dapat membilang rukun Iman dan rukun Islam. Ada yang cukup sekadar mengaku adanya Islam, atau berasal dari keluarga Islam dan mempunyai nama-nama Islam.

Saudara kaum muslimin,
Jelaslah bahawa agama untuk orang seperti ini adalah semata mata urusan peribadi antara seseorang dengan Tuhannya, lalu mereka memisahkan kehidupan beragama dengan urusan duniawi. Mereka sanggup berbicara soal bersembahyang, mereka sanggup berbicara soal puasa, zakat dan haji, tetapi apabila di ajak untuk memahami politik Islam dan ekonomi Islam, maka mereka merasakan hal ini tak ada kena mengena dengan Islam.Itulah beberapa gejala yang menimpa umat Islam yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini iaiti sikap beragama secara di pinggiran tidak dengan keyakinan yang penuh terhadap kemampuan Islam itu sendiri. Keadaan dan gejala yang melanda terhadap sebilangan orang Islam seperti  ini sebenarnya telah digambarkan didalam kitab al quran sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud, Dan sebahagian manusia ada yang menyembah Allah ditepi tepi atau di pinggir pinggir, maka kita mengenai padanya sesuatu yang baik maka tenteramlah dia dengan agama itu, tetapi jika menimpa padanya sesuatu percubaan atau bencana maka berpalinglah dia kebelakang, maka rugilah dia di dunia dan akhirat. yang demikian adalah kerugian yang nyata.

Saudara kaum muslimin,
Supaya kita mendapat gambaran yang jelas maka Islam itu perlulah di lihat oleh gambarnya yang berwarna warni dan jangan melihat Islam dalam bentuk hitam putih yang terketar ketar gambarnya . Untuk itu marilah kita dekati Islam, kita fahami Islam secara menyeluruh, bukan cara serpihan serpihan bukan di tepi tepi, bukan di pinggir pinggir. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud wahai orang orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan, sesungguhnya syaitaitu musuh yang nyata bagi kamu. Ayat tadi dengan jelas memerintahkan kita supaya beragama secara menyeluruh tidak setengah setengah, tidak di pinggir pinggir, tidak hanya menerima pandangan yang dirasakan sesuai dengan nafsu kita tetapi sebaliknya menolak mana mana pandangan yang bercanggah dengan kehendak nafsu kita.

Saudara kaum muslimin
Pada umumnya kita lebih mengenali Islam dari perkataan Addin, padahal Islam adalah nama bagi Addin. Firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya Addin adalah agama yang diredhai di sisi Allah swt adalah agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa mencari "Din" selain Din Islam, maka tidaklah diterima daripadanya dan dia termasuk di antara orang orang yang rugi..

Saudara kaum muslimin,
Apakah makna Addin, kata Addin dalam Al Quran memberi makna dan pengertian yang lebih dari sepuluh macam. Ertinya yang menjelaskan isi dan muatan agama Islam itu sendiri, antara ayat ayat yang menjelaskan isi Addin ini adalah:
  • Yang pertama "Sesungguhnya hari pembalasan itu pasti berlaku" menjadi kenyataan Addin dalam ayat ini bermakna Hari Pembalasan. 
  • Dan yang ke dua, "Katakanlah Tuhanku memerintahkan supaya menjalankan keadilan, uruskanlah kamu di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan ikhlas dan ketaatan mu terhadapnya", makna Addin dalam ini bermakna ibadat dan penyembahan. 
  • Dan yang ketiga "Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya mengikut undang undang rajanya kecuali jika Allah swt menghendakinya , kami tinggikan darjat orang yang kami kehendaki dan bagi setiap yang berilmu itu ada lagi yang maha mengatahui.". Addin dalam ayat ini bermakna undang undang atau hukum. 
Saudara kaum muslimin
Menurut pengertian para ulamak kebanyakan Addin adalah pembalasan, penghitungan, ketaatan dan syariat. Dengan itu jelaslah bahawa pengertian yang Addin sebagai agama itu tidak hanya dibatasi atau terhad di antara hubungan seseorang dengan Allah yang maha kuasa sahaja. Dalam perkataan lain Addin juga bermakna agama yang mengatur hubungan antara manusia dengan sesama manusia. Bagi menjelaskan lagi kajian ini baik kita perhatikan  kepada firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah wahai orang kafir, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah tuhan yang aku sembah dan aku tidak pernah menjadi penyembah bagi apa yang kamu sembah dan kamu pula tidak menjadi penyembah kepada tuhan yang aku sembah, bagimu "Din" ialah agama kamu bagi aku "Din" aku.

Saudara kaum muslimin
Addin dalam ayat ini merujuk kepada seruan ibadat , yakni hubungan manusia dengan Tuhannya . Marilah kita ikuti satu lagi kenyataan ini firman Allah swt yang bermaksud Tahukah kamu orang yang mendustakan agama yakni Addin, itulah orang orang yang memakan harta anak anak yatim dan tidak memberi makan kepada fakir miskin, maka celakalah orang orang yang bersembahyang tetapi lalai dengan tujuan sembahyangnya. Mereka hanya mempamirkan diri mereka dan enggan melakukan hal hal yang berguna.

Saudara kaum muslimin
Keseluruhan surah yang dibaca tadi menjelaskan konsep Addin yaitu apabila seseorang itu melakukan sembahyang baik secara perseorangan atau secara berjemaah adalah melakukan ibadah, yaitu perhubungan dengan Allah, tetapi orang orang yang bersembahyang itu boleh mendapat kecelakaan sekiranya mereka mengabaikan perbuatan yang baik terhadap sesama manusia, mereka tidak menangani hal hal kemasyarakatan.

Sekian
Wallahualam

Viarad4 vs MyRIS

  1. Setelah sebulan go live Viarad4 di jalankan di HUSM Kubang Kerian, berbagai peristiwa dan pengalaman yang mencabar pihak pengurusan Jabatan Radiologi telah dialami.
  2. Rata rata pengguna di Jabatan Radiologi melahirkan rasa tidak selesa dengan penggunaan sistem yang baru ini.
  3. Lebih lebih lagi terdapat banyak lagi kelemahan agak ketara pada sistem ini pada permulaan penggunaannya.
  4. Memang adat manusia susah untuk menukar sesuatu kebiasaan kepada kebiasaan yang baru.
  5. Ini adalah kali ke-4 pertukaran kepada sistem RIS di Jabatan Radiologi
  6. Dari pendaftaran manual kepada PARIS, kemudian kepada Pathspeed 8.1/web, kepada MyRIS dan kini kepada Viarad4.
  7. Sebahagian besar pengguna yang ditanya apabila berlaku perubahan pada sistem RIS ini, mereka jawab sistem yang lama lagi baik dari yang sekarang.
  8. Namun selepas sebulan digunakan pengguna telah dapat membiasakan diri dengan sistem yang baru ini.
  9. Segala masalah pada sistem yang baru ini telah diatasi dari masa ke semasa.
  10. Beberapa ciri ciri upgrade pada sistem ini telah banyak memberi kemudahan antaranya integrasi antara PACSIW dan RIS, versi upgrade DICOM worklist dan lis prosedur yang baru dari synomed dan lyoin.
  11. Bila saya ronda sekitar Jabatan saya perhatikan gelagat pengguna, lebih lebih lagi Mmed sedang menggunakan Viarad4, tiba tiba saya terlihat satu mesej pada monitor barco....
 Mmed sedang menggunakan Viarad4 untuk reporting


 Mesej apakah ini pada monitor barco?


Give me back MyRIS ... huhuhu
Kesian Pingu nak kena tembak


Wallahualam

Khutbah Jumaat: Masjid Al Qasimi 1-7-2011 - Israq Mikraj


Marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa dan hendaknya jangan kita mati melainkan sebagai seorang muslim.

Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang dikasihi lagi dihormati sekelian
Kita hari ini berada 29 hb Rejab 1432 hijrah ia adalah antara bulan bulan yang teristimewa khususnya bagi umat Islam. Kerana pada bulan ini terkandung satu peristiwa agong yang telah di tempuhi oleh Rasulullah saw iaitu peristiwa Israq dan mikraj. Israq dan mikraj bererti perjalanan Rasulullah saw pada suatu malam dari Masjiddil haram di Mekkah ke Masjiddil Aqsa di Palestin. Dalam tempoh waktu yang sangat singkat dan kemudian naik ke alam langit hingga ke siddaratul muntaha.


Saudara kaum muslimin
Menurut jamaah ulamak peristiwa ini berlaku pada 27hb Rejab iaitu setahun daripada peristiwa hijrah Rasulullah saw yang berlaku ketika Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk tanah arab, dan ketika baginda di rundung duka kerana kematian seorang isteri yang tercinta iaitu Saidatina Khadijah. Di dalam al quran Allah swt telah menceritakan peristiwa ini sebagaimana firmannya yang bermaksud Mahasuci Allah yang menjalankan seorang Hambanya pada suatu malam dari masjiddil haram ke masjiddil aqsa yang kami telah berkati sekelilingnya untuk kami memperlihatkan tanda tanda kebesaran kami sesungguhnya dialah yang maha mendengar lagi maha melihat.

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah sekelian
Antara tujuan Allah swt memperjalankan seorang Hambanya yakni Nabi Muhammah saw ialah untuk memperlihatkan tanda tanda kekuasaannya sebagaimana yang termaktub dalam ayat sebelum ini disamping untuk menyampaikan satu perintah yang agong dalam Islam iaitu kefardhuan sembahyang. Peristiwa ini juga bertujuan untuk menguji iman sekelian manusia sebagaimana firmannya yang bermaksud Dan tidak kami jadikan pengalaman yang kami tunjukkan kepada mu wahai Muhammad kecuali untuk menguji manusia.

Saudara kaum muslimin
Maka sebab itulah apabila peristiwa ini heboh di perkatakan orang orang mukmin menghadapi satu ujian yang cukup getir antara menerimanya serta beriman kepada Allah dan Rasulnya atau menolaknya lantas memilih jalan kekufuran. Bagi mereka yang teguh imannya peristiwa ini tidak sedikitpun melunturkan iman mereka malah ianya telah memberikan satu suntikan semangat untuk mereka terus memperkasakan serta memperteguhkan lagi iman mereka yang telah mereka bina selama ini.kerana mereka tahu bahawa ia akan merupakan satu perkara yang perlu diimani dengan setulus hati. Namun bagi mereka yang lemah imannya mereka tersengkur tewas dan memilih kekufuran sebagai jalan yang disangkakan benar.

Saudara kaum muslimin
Kenapa dengan peristiwa ini iman para muslimin goyah, mengapa keimanan yang menjanjikan syurga harus ditukar dengan jalan kekufuran yang menjanjikan neraka, bukankah Allah swt adalah maha perkasa yang mampu untuk mengatur setiap pergerakan hambanya tidakkah mereka mengetahui bahawa kemampuan Allah swt melangkaui keseluruhan makhluknya tanpa ada batasan dan sempadan. Menyedari hakikat ini maka jelaslah bahawa peristiwa israq dan mikraj bukanlah sesuatu yang boleh di fikir dengan logik dan akal yang terbatas dengan kemampuan semata mata tetapi ia lebih merupakan urusan agama yang penerimaannya harus berlandaskan keimanan yang tinggi, sebab itulah apabila akal dijadikan sebagai asas pertimbangan dengan mengenepikan keimanan maka ramai dikalangan orang islam menjadi murtad dan golongan yang telah sedia kafir bertambah kebal kekufuran mereka. Selayaknya peristiwa ini harus ditatapi oleh orang orang mukmin dengan rasa keimanan yang utuh serta berusaha meneroka hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebaliknya.

Saudara kaum muslimin
Dalam peristiwa israq dan mikraj terlalu banyak paparan yang boleh di ungkaikan untuk menjadi renungan bersama, ia merupakan paparan paparan yang berkait langsung dengan kehidupan manusia di alam fana ini. Allah swt telah menunjukkan beberapa contoh golongan manusia yang telah mendapat ganjaran dan mendapat kedudukan yang teristimewa di sisinya. mereka adalah orang orang yang suka membelanjakan harta bendanya  kepada jalan Allah dan orang yang rela berkorban sehingga sanggup melakukan apa saja hatta dibunuh sekalipun semata mata kerana mempertahankan agamanya. Dalam kontek ini Allah swt berfirman yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman adakah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azap yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian kamu berjihad kepada jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga kamu  yang demikian itu bauk bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.

Saudara Kaum Muslimin
Dalam mengharungi kehidupan di dunia ini terlalu banyak rintangan dan halangan yang terpaksa di tempuhi oleh kita semua, ia atas sebagai dugaan dan ujian kepada kita manusia samada mereka berjaya atau tertewas dalam menghadapinya, meniti jalan kebenaran tidak semudah yang disangkakan tanpa mujahaddah dan istiqamah yang berterusan. mustahil seseorang itu mampu melepasi sesuatu ujian maka sebab itulah Allah swt sentiasa menguji hambanya untuk mengatahui sejauh manakah ketebalan keimanan mereka. Dalam peristiwa Israq dan mikraj diperlihatkan kepada manusia cabaran cabaran dan rintangan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka antaranya adalah cabaran dalam mengharungi pesona dunia.Namun perlu di ingat bahawa keseronokan dunia adalah bersifat sementara yang kekal abadi adalah kehidupan di akhirat. Maka sebagai orang yang beriman kepada Allah swt, janganlah sekali kali kita terpesona dan terjerat dengan keindahan dan keseoronokan dunia yang penuh tipu daya ini sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada main main dan senda gurau belaka dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang orang yang bertaqwa maka tidakkah kamu memahaminya.

Saudara kaum muslimin
Cabaran seterusnya adalah Iblis laknattullah yang merupakan musuh yang nyata kepada kita manusia keseluruhannya. Telah menjadi agenda Iblis untuk menyesatkan kita manusia setelah mereka dihalau keluar daripada syurga kerana ingkar akan perintah Allah swt. Semenjak dari itu mereka memohon kepada Allah swt agar dipanjangkan usia mereka sehingga kehari kiamat dengan tujuan untuk menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran. Tetapi tidak semua manusia yang berjaya disesatkan oleh Iblis kerana Allah swt sentiasa menjaga hamba hambanya yang ikhlas kepadanya yang menjadi ikutan mereka hanyalah golongan yang telah tersesat jauh daripada Nya. Golongan inilah yang akan di perkudakan oleh Iblis dan akan dicucuk hihungnya untuk diheret ke mana sahaja mengikut kemahuannya. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Iblis berkata ya Tuhanku oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik  perbuatan maksiat di mukabumi dan pasti aku akan menyesekatkan mereka kesemuanya kecuali hamba hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka yakni orang yang telah diberi taufik.

Saudara kaum muslimin yang diredhai Allah sekelian
Cabaran yang tidak kurang hebatnya adalah datang daripada musuh musuh Islam yang tidak senang melihat umat islam bersatu di bawah satu naungan akidah kerana bagi mereka kekuatan umat Islam bermula dari sini dan apabila umat Islam kuat ia sudah pasti akan memberi ancaman kepada mereka. Jesteru mereka akan mencari apa jua jalan bagi melonggarkan ikatan ini supaya umat Islam berpecah dan tidak bersatu, supaya mereka terus leka dan alpa dengan perkara perkara yang melalaikan, supaya mereka meninggalkan ajaran Islam seterusnya mengikuti jejak langkah mereka satu demi satu. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Orang orang yahudi dan nasrani tidak akan sama sekali redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka.

Saudara kaum muslimin.
Selain daripada itu Allah swt telah mempertontonkan paparan paparan yang memperlihatkan golongan manusia yang ingkar akan perintah allah swt dan melakukan maksiat kepadanya. Golongan yang tidak dapat menilai antara yang baik dan yang buruk antara keduanya yang buruk juga menjadi pilihan kepada mereka yang baik dan elok dipandang sepi malah dicemuh dan dipandang serong . Mereka begitu rela menjadi orang jahat dari orang baik beginilah realiti kehidupan manusia ketika ini yang telah menyimpang dan tersesat jauh dari jalan kebenaran. Sembahyang sudah tidak diambil peduli lagi dan jika dilakukan pun dalam keadaan malas dan berat. Seruan berzakat tidak dihiraukan kerana bagi mereka mengeluarkan zakat hanya akan menghabiskan wang sahaja sedangkan sebenarnya dengan berzakat harta akan menjadi subur dan berkat. Kemungkaran zina sudah tidak terbatas lagi malah secara terang terang berlaku di hadapan mata kita tanpa ada rasa segan dan silu. Amalan amalan yang mempunyai unsur unsur riba pula mendapat sambutan kerana bagi mereka sistem Islam hanya membebankan dan dianggap sama sahaja dengan sistem riba sedangkan Allah swt telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Lantaran perbuatan perbuatan derhaka inilah mereka dipertontonkan dalam keadaan azab dan siksa. Di samping perlakuan perlakuan tesebut Allah swt juga memperlihatkan perilaku perilaku aneh yang terhasil dari kemungkaran lidah untuk dijadikan peringatan kepada manusia. Peringatan yang diberikan adalah supaya jangan sekali sekali hanya pandai menasihati orang lain tetapi lupa akan kepincangan diri kita sendiri. Jangan sekali sekali bercakap besar kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada diri kita sendiri. Dan jangan sekali sekali mengumpat kerana ia ibarat makan daging saudara kita sendiri.

Saudara kaum muslimin
Perkara pokok yang ingin disampaikan dalam peristiwa israq dan mikraj ialah kefardhuan sembahyang. sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa sembahyang adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Saudara kaum muslimin
Sembahyang adalah umpama simpulan ikatan antara orang muslim dengan Allah swt sepanjang hari. Ikatan inilah yang dapat mencegah dan dapat mengawal ibadah solat itu daripada kebinasaan dan azab neraka . Maka dari sini fahamlah kita bahawa Allah swt ingin mengistiharkan kepada kita bahawa apabila sembahyang itu dilakukan dengan sempurna maka segala bentuk maksiat yang telah dipertontonkan dalam peristiwa ini sebenarnya dapat dihindarkan sama sekali. Ini bertepatan dengan firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Saudara kaum muslimin
Apakah selepas kita mendengar peringatan ini maka ada lagi di kalangan kita yang ingin menceroboh larangan larangan Allah tidakkah merasa takut akan azab siksanya yang terlalu pedih dan menyakitkan kita. Amat malang bagi kita sekiranya kisah Israq dan mikraj ini dipandang enteng dan tidak diambil peduli serta tidak dijadikan pengajaran. Maka sebelum kita berpindah ke alam sana jadikanlah apa yang diperlihatkan ini sebagai satu renungan buat kita semua, agar sentiasa melakukan segala perintah Allah swt dan menjauhi segala larangannya semoga kita terselamat daripada tipu daya Syaitan yang sememangnya ingin mengajak manusia tersesat bersama sama mereka dan akhirnya membawa kita ke pintu neraka .

Sekian

Wallahhualam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week