Gempa bumi dan tsunami di Jepun

1. Ini adalah pengalaman kedua saya selepas gempabumi dan tsunami di Acheh Sumatera Indonesia.
Berbeza dengan di gempa bumi di Acheh saya dapat merasai gegarannya. Waktu tu saya sedang minum pagi dengan mantan HOD di Kedai Ma di luar HUSM. Kepala terasa hanyut, macam sedang khayal. Ingatkan pening sebab pekena 2 batang rokok. Beberapa ketika kemudian kedengaran bunyi bising dari bangunan hospital, kakitangan dari tingkat 8 hospital bergegas turun kerana terasa gegaran yang kuat macam bangunan hospital hendak runtuh.
2. Hari Jumaat 11hb Mac 2011 dunia sekali lagi di kejutkan dengan kejadian yang sama, kali ini berlaku di Jepun.
3. Saya mengetahui tentang kejadian itu semasa sedang makan tengahari di kopitiam Ichiban di depan HUSM juga. Berita TV3 telah melapurkan tentang kejadian tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week