Penagih Simpati di Lampu Isyarat
Foto dari cermin pandang sisi
- Pengalaman masa pulang dari kerja pukul 6 petang tadi.
- Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40 an mengetuk-ngetuk cermin kereta yang berhenti di lampu isyarat Kubang Kerian.
- Dah 2 kali saya mengalami situasi begini dengan pelaku ini juga.
- Pada pemerhatian saya ketika dia berada di depan kereta saya tak ada sesiapa yang ambil peduli.
- Begitu juga dari pandangan cermin sisi saya.
- Saya masih ingat satu masa dulu kat lampu isyarat Wakaf Siku ada berapa kanak-kanak mengetuk-ngetuk cermin kereta memohon simpati dari pengguna jalan raya.
Lupa nak ambil gambar masa kat depan kereta
- Pada pandangan saya kegiatan ini adalah sangat merbahaya kerana pelaku ini amat terdedah kepada kemalangan.
- Kalau ada penunggang motosikal yang mencelah, tak tahulah apa nak jadi.
- Dari satu sudut, kesian juga dengan pelaku ni - rasa nak juga nak beri wang, paling kurang pun RM1.
- Tapi kalau dah diberi, pelaku sebegini akan semakin bertambah.
- Mungkin akan ada yang sampai memecahkan cermin kereta pengguna jalan raya.
- Nasihat saya semasa berada di lampu isyarat, kunci ke semua pintu kereta anda dan pastikan kesemua cermin sesi kereta anda tertutup rapat.
- Elakkan dari meletakkan barang- barang berharga di atas tempat duduk sebelah pemandu.
- Malang tak berbau, beringat sebelum kena,
Wassalam
0 comments:
Post a Comment