CME 16 Februari 2012: 10 elemen standard precaution

Garis panduan yang telah ditetapkan oleh CDC sebagai langkah langkah pencegahan kepada staf pelawat dan juga pesakit

1. hand hygine ada 7 langkah
2. glove
3. mask Eye protection
4. gaun atau apron
5. disinsfeksi dan sterilisasi
6. pengurusan linen
7. pengurusan sisa hospital
         a) Sisa klinikal
         b) Peralatan tajam
         c) Sisa hasilkan makmal
         d) Sisa farmaseutikal
         e) Peralatan perubatan pakai habis
8. pengurusan spillage
9. pengurusan peralatan tajam
10. etika batuk dan kebersihan saluran pernafasan












Kuliah Maghrib 15 Februari 2012

Ibnu Abbas digelar sebagai seorang alim yang soleh, orang yang alim dalam semua ilmu al quran. Beliau telah meriwayatkan 1660 hadis. Beliau meriwayatkan bahawa telah berwuduk Rasulullah saw sekali basuhan pada muka, tangan, kepala dan kaki ( wajib basuh dgn sekali basuhan) pada masa kekurangan air.

Iman Nawawi berkata telah sepakat sekelian ulamak mazhab Shafie . Wajib basuh sekali dan sunat basuh 3 kali.

Iman Bukhari berkara Nabi basuh anggota wuduk sebanyak 2 kali basuhan.

Uthman Ibni Affan  adalah antara sahabat nabi yang awal masuk Islam. Beliau memeluk agama Islam setelah diajak oleh Abu Bakar . Beliau adalah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Beliau digelar orang yang memiliki dua cahaya. Ini adalah kerana beliau berkahwin dengan 2 orang anak perempuan Rasulullah .Beliau menjadi Khalifah pada tahun 24 hijrah. Beliau wafat akibat dibunuh oleh pemberontak.

Saiyidina Uthman meminta satu bekas air untuk berwuduk . Beliau mengalirkan air pada tangannya iaitu tiga kali pada tangan kanan dan kiri. (sunat sunat wuduk)
Kemudian dia memasukkan kedua tangan kedalam bekas itu dengan niat mencebuk air di dalam bekas air tadi.
Kemudian dia basuh muka tiga kali. (rukun wuduk)
Kemudian basuh tangan hingga siku 3 kali. (rukun wuduk)
Kemudian menyapu kepala keseluruhan kepala atau sekurang kurangnya 3 helai rambut. (rukun wuduk)
Kemudian basuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali (rukun wuduk)

Kemudian beliau berkata sesiapa berwuduk secara ini dan kemudian solat sunat wuduk maka akan diampunkan dosa dosa kita yg lalu yakni dosa dosa kecil.

Di ceritakan juga Saiyidina Ali mati ketika solat subuh dengan pisau beracun oleh golongan khawarih yakni golongan pelampau agama.

Antara sifat sifat orang munafik

1. Memusuhi kaum Ansar
2. Tidak suka mengerjakan solat Dhuha kerana diwaktu itu mereka suka tidur
3. Mereka suka melewat lewat solat Asar
4. Mereka tak suka baca surah Al Munafiqun, dan Al Kafirun


Wallahualam
Apa yang ditulis adalah mengikut fahaman saya dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan

Program Pemeriksaan Perubatan Untuk Pekerja Radiasi

Pemeriksaan perubatan secara rutin di jalankan setiap masa untuk semua pekerja radiasi di Jabatan Radiologi.

Pemeriksaan ini adalah untuk mematuhi amalan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Wassalam

Biplane Angiography: 3rd day installation

Pemasangan peralatan berjalan lancar dengan seorang lagi engineer Siemens datang membantu.

Cieling suspension C-Arm telah siap dipasang.

Seterusnya satu lagi C-Arm sedang di mount pada lantai.

Wassalam

Biplane Angiografi: 2nd Day Installation

Pemasangan peralatan biplane angiografi sedang dilakukan oleh dua engineer dari Siemens iaitu En Azman dan En Tan.

Kuliah Maghrib: 13 Februari 2012

Peringkat Shubahat

Perkara yang samar samar dan tidak jelas seperti dua keyakinan yang berlainan atas sesuatu perkara.

Perkara yang perlu di teliti
1. Keraguan pada sebab yang menghalal atau mengharamkan. Hukum dikembalikan kepada hukum yang asal. Hukum yang lama tetapi telah didapati beberapa nas yg baru, maka kena guna pakai yang baru.

              A) perkara yang telah nyata keharamannya tetapi datang dalil dan hujah baru yang kata halal.  Adalah juga shubahat dan seeloknya dijauhi.

             B) perkara yang telah jelas halal tetapi datang dalil dan hujah baru yang kata haram maka hukumnya adalah haram dan wajib dijauhinya.

             C) perkara yang telah jelas haram akan timbul sesuatu sangkaan halal dan dengan hujah yang kuat tapi masih diragukan. Kena perhatikan sebabnya. Hukumnya halal. Tapi elok dijauhkan atas dasar kewarakkan.

             D) perkara yang telah jelas halal akan tetapi timbul nas baru atau hukum syarak lain yang memberatkan kepada pengharaman maka hendaklah di tolak hukum asalnya kerana ianya adalah haram.

2. Shubahat yang timbul kerana bercampur aduk antara yang halal dan yang haram.

           A) percampuran dengan bilangan yang tertentu, contoh beberapa binatang yang di sembelih dengan bangkai. Maka halalnya adalah sangat lemah

B) percampuran yang haram sedikit dengan halal yang sangat banyak. Hukumnya adalah halal.

Wallahualam
* Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepada pemahaman saya dan ianya tidak boleh dijadikan rujukan

Gotong Royong

Satu mini gotong royong telah diadakan di Jabatan Radiologi HUSM. Ia diadakan dengan tujuan untuk mengosongkan ruang dalam bilik penyimpanan barang barang lama yang sebahagiannya telah dilupuskan.

Kesemua peralatan yang telah lupus dihantar ke stor barang barang lupus hospital.

Bilik ini akan dinaiktaraf sebagai makmal komputer. Kerja kerja naik taraf akan dimulakan pada pertengahan minggu ini.

Terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam gotong royong ini antaranya adalah En Nordin, En Azahadi, En Khew, En Ahmad, En Amin, En Sayuti, En Yahya dan En Zakaria.

Wassalam

Berat Sama Dijunjung.

Kerja yang berat apabila dibuat bersama sama akan menjadi ringan.

Apabila kita bersatu kita akan menjadi kuat dan akan sentiasa bertambah kuat

Wallahualam

Biplane Angiografi: 1st Day Installation

Pemasangan biplane angiografi di Jabatan Radiologi HUSM telah bermula walaupun site preparation masih lagi belum sempurna.

Ia dimulakan dengan pemasangan C- Arm pada siling.

Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week