Kuliah Maghrib 15 Februari 2012
Ibnu Abbas digelar sebagai seorang alim yang soleh, orang yang alim dalam semua ilmu al quran. Beliau telah meriwayatkan 1660 hadis. Beliau meriwayatkan bahawa telah berwuduk Rasulullah saw sekali basuhan pada muka, tangan, kepala dan kaki ( wajib basuh dgn sekali basuhan) pada masa kekurangan air.
Iman Nawawi berkata telah sepakat sekelian ulamak mazhab Shafie . Wajib basuh sekali dan sunat basuh 3 kali.
Iman Bukhari berkara Nabi basuh anggota wuduk sebanyak 2 kali basuhan.
Uthman Ibni Affan adalah antara sahabat nabi yang awal masuk Islam. Beliau memeluk agama Islam setelah diajak oleh Abu Bakar . Beliau adalah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Beliau digelar orang yang memiliki dua cahaya. Ini adalah kerana beliau berkahwin dengan 2 orang anak perempuan Rasulullah .Beliau menjadi Khalifah pada tahun 24 hijrah. Beliau wafat akibat dibunuh oleh pemberontak.
Saiyidina Uthman meminta satu bekas air untuk berwuduk . Beliau mengalirkan air pada tangannya iaitu tiga kali pada tangan kanan dan kiri. (sunat sunat wuduk)
Kemudian dia memasukkan kedua tangan kedalam bekas itu dengan niat mencebuk air di dalam bekas air tadi.
Kemudian dia basuh muka tiga kali. (rukun wuduk)
Kemudian basuh tangan hingga siku 3 kali. (rukun wuduk)
Kemudian menyapu kepala keseluruhan kepala atau sekurang kurangnya 3 helai rambut. (rukun wuduk)
Kemudian basuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali (rukun wuduk)
Kemudian beliau berkata sesiapa berwuduk secara ini dan kemudian solat sunat wuduk maka akan diampunkan dosa dosa kita yg lalu yakni dosa dosa kecil.
Di ceritakan juga Saiyidina Ali mati ketika solat subuh dengan pisau beracun oleh golongan khawarih yakni golongan pelampau agama.
Antara sifat sifat orang munafik
1. Memusuhi kaum Ansar
2. Tidak suka mengerjakan solat Dhuha kerana diwaktu itu mereka suka tidur
3. Mereka suka melewat lewat solat Asar
4. Mereka tak suka baca surah Al Munafiqun, dan Al Kafirun
Wallahualam
Apa yang ditulis adalah mengikut fahaman saya dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan


Related Posts
Kuliah Maghrib 30 April 2012Sifat harus dalam memilih sahabat
menurut Sulaiman Al Dharani.
1. Sahabat yang mengambil berat dalam urusan dunia
2. Sahabat yang dapat memberi fae ... readmore
Bacaan TalkinPetang semalam saya berkesempatan menghadiri majlis pengkebumian seorang jiran saya yang telah kembali kerahmatullah. Beliau telah menjalani rawatan ... readmore
Kuliah maghrib 4-2-2013: UzlahUzlah - menyendiri
Sesetengah ulamak shalaf ada yg suka beruzlah dengan mengasingkan diri dari org ramai.
- senang beribadat tanpa gangguan
- berfi ... readmore
Kuliah Maghrib 21 Mei 2012Persaudaraan dan Persahabatan mengikut kaca mata Islam
Kata Saiyiddina Ali ra memberi sedekah 20 dirham kepada sahabat kerana Allah swt adalah lebih ... readmore
Kuliah Maghrib 6 Feb 2012
Orang yg menunggu org sakit tenat pahalanya sama besar dgn 2 bukit Uhud.
pesakit meninggal dunia pada malamnya berkatalah org yg menunggu td, suruh ... readmore
0 comments:
Post a Comment