Bencana Lisan (sambungan)
PertengkaranJangan bangkitkan dan sebabkan kemarahan sahabat.
Banyak sebab untuk jadi pertengkaran
Kena cegah dari bercakap perkara yang boleh berlaku pertengkaran.
Jaga diri dari mengingkari orang lain atau membangkangnya
Percakapan yang salah atau dusta dari seseorang yang tidak bersangkut paut dalam hal agama, sebaik baiknya kita mendiamkan diri.
Apabila berlaku Perbahasan ilmiah seperti perbezaan mazhab (mazhab 4) adalah lebih baik juga kita mendiamkan diri.
Jika mahu bertanya, soal lah sekadar untuk mengambil tahu sahaja dengan cara lemah lembut dan bukan berniat untuk menduga atau menyangkal atau membantah.
Jika bertanya untuk melemahkan hujjah orang lain atau melemahkan atau menjatuhkan maruah orang lain, ia adalah dilarang oleh agama Islam dan berdosa.
Berbantahan itu akan menyakiti hati orang lain dan seterusnya akan menimbukan kemarahan dan akan menyebabkan kepada persengketaan.
Ubat kepada sifat ini
- jauhkan dari sifat membesar diri
- banyakkan berzikir kepada Allah
- banyakkan berdoa
- banyakkan bersedekah
Pertelingkahan
- ekoran dari banyak berbantahan antara satu sama lain
- sifat degil dan keras hati adalah sifat yang paling dibenci oleh Allah swt begitu juga dengan orang yang suka berbalah balahan.
- kalau tak cukup pengetahuan tentang sesuatu perkara maka janganlah kita berhujjah dengan seseorang. Seeloknya kita berdiam diri.
Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Related Posts
Kelebihan JumaatSyukur kehadrat Allah swt kerana masih dipanjangkan umur untuk menikmati kehidupan di dunia ini.Akibat dari bercakap atau memberi Isyarat ketika khat ... readmore
Penghuni dunia menuju akhiratBeri tarbiah kepada mereka yang lalaiSifat Lalai dan ingat ada pada kita.Untuk menjadi orang yang sentiasa ingat dan jauh dari sifat lalai, kita hend ... readmore
Marah, Dendam Dan Dengki|: SambunganBerlumba lumba mencari kesenangan kehidupan adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah dengan syarat tidak lupa kepada tuntutan akhi ... readmore
Punca Hasad: Sambungan1. Selalu bergaduh sesama manusia2. Suka meninggi diri3. Impian untuk jadi ketua/pemimpin 4. Busuk hati- keinginan dalam jiwa yang amat kedekut ... readmore
Berdusta dengan tutur kata bersumpahDusta itu dekat dengan kecurangan dan seterusnya akan dihumbangkan ke neraka.Sesungguhnya dusta itu adalah pintu kepada pintu neraka Satu ... readmore
0 comments:
Post a Comment