Nisfu Syaaban Di Masjid Al Qasimi

Pesanan Imam sebelum memulakan majlis membaca Surah Yaasin. Pada bacaan kali pertama hendaklah memohon doa kepada Allah swt agar dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt. Pada bacaan kali kedua mendaklah memohon doa agar dimurahkan rezeki untuk memudahkan urusan beribadat kepada Allah swt. Dan pada bacaan kali ketiga hendaklah berdoa agar ditetapkan imam supaya  hidup dan mati kita di dalam agama Islam. Wassala...

Majlis Solat Hajat Dan Jamuan Laksa SK Long Gafar

Pada 22 Jun 2013 PIBG SK Long Gafar telah mengadakan majlis jamuan laksa dan solat hajat. Majlis ini telah diadakan selepas solat zohor di dewan sekolah SK Long Gafar. Solat Zohor dan solat hajat telah diimamkan oleh iman muda masjid Al Qasimi Mukim Parit. Wassala...

National Women Seminar 2013

Seminar yang bertemakan "future direction" telah di adakan pada 19-20 Jun 2013 di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelanan. Seminar ini di anjurkan bersama oleh Pusat Kanser Payudara (PS1) Hospital USM dan Jabatan Radiologi Hospital USM. Seminar selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr Omar Osman Naib Canselor USM. ...

Etika Pengisian Ramadhan

Etika dalam pengisian Ramadhan Rahsia puasa sangat jelas iaitu agar kita bertaqwa. Nafsu dalam diri mendorong diri ke arah melakukan maksiat. Ikut nafsu akan binasalah ibadat kita Berpuasa agar ibadat diterima pelihara dari perkara yang merosakkan pahala puasa. Jaga adab adab berpuasa. Perbanyakkan melakukan perkara sunat Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa apa ganjaran selain dari lapar dan dahaga Adab adab berpuasa 1. Tutup pandangan pada perkara yang diharamkan oleh syarak. Pelihara pandangan dan kemaluan 2. Menutup aurat dan menjaga telinga dari perkara...

Amal Makruf Nahi Mungkar VI

Kemungkaran semasa mandi di tempat awam - mandi bertelanjang seorang diri dan lihat auratnya sendiri maka hukumnya makruh. - buka aurat dan melihatnya - upah menggosok badan atau mengurut. - apabila menyentuh aurat atau kemaluan orang lain adalah haram tak kita lelaki atau perempuan. - dilarang juga memasang jubin lantai yang licin kerana dikhuatiri akan tergelincir. Kemungkaran semasa menjamu tetamu - hamparan sutera, - bakar wangian dalam bekas Perak atau emas. - ada nyanyian dan tarian dari wanita - memakan makanan haram atau meminum minuman keras - hidangan yang berlebiha...

Hadis 28: Berpegang Teguh Dengan Sunnah Dan Menjauhi Perkara Bidaah

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu...

Mencari yang halal dalam proses Perawatan

Dari segi Akidah1. Penyemuh utama adalah Allah swt dan bukannya ubat ubatan2. Asbab, sebab penyebabSakit dan sembuh adalah ada pemyebabnya.3. Qada dan qadar, ajal maut dan rezeki ditangan tuhan. Ubat yang dibekalkan ada qadar nya.Perinsip asas, Asal berubat dan ubat ubatan adalah halal dan harus, melainkan terdapat nas nas yang melibatkan pengharamannya.Segala yang disediakan di mukabumi adalah untuk kebaikan dan kemudahan kita. Melainkan ada kenyataan melarangnya.Jangan kamu berubat dengan sesuatu yang haram.Pengecualiannya,1. Dinyatakan oleh hadis tentang haramnya.- berubat dengan tangkal, azimat-...

Gotong Royong Mini

Sempena dengan audit 5S dan juga penyediaan untuk tapak peralatan DEXA yang akan diperolehi tidak lama lagi, sebahagian dari staf Jabatan Radiologi telah mengadakan satu gotong royong mini. Antara program yang dibuat adalah memindah locker staf ke lokasi yang baru, di mana  lokasi baru ini adalah lebih dekat dengan persekitaran staf dan agak lebih selamat. Lokasi lain yang terlibat adalah bilik ultrasound yang lama yang akan menjadi lokasi baru peralatan DEXA juga dibersihkan. Terima kasih kepada semua staf yang terlibat. ...

Hadis 27: Mengenal Antara Kebaikan Dan Dosa

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim  Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah...

Ceramah Israq mikraj 2013

Ceramah Israq Mikraj pada kali ini telah di adakan  di bilik Konferen Jabatan Radiologi pada 9 hb Jun 2013. Majlis anjuran KKMI ini juga di adakan serentak dengan majlis kesyukuran bagi MMed Radiologi yang telah lulus dalam peperiksaan. Antara intisari ceramah Israk Mikraj ialah: Perjalanan Israq mikraj seperti yang diceritakan di dalam Al Quran Doa Ya Allah berkatilah kami pada bulan rejab dan Syaaban dan sampailah kami ke bulan Ramadhan. Nabi di belah dada untuk dibersihkan hati semasa nak berjumpa dengan Allah swt dalam peristiwa...

Taklimat Pelajar Pasca Siswazah Pengambilan 2013

Satu taklimat kepada pelajar pelajar pasca siswazah sesi 2013 telah diadakan pada hari Selasa 4 Jun 2013. Seramai 13 orang pelajar baru telah melapurkan diri dengan seorang daripadanya adalah calon PJJ. Taklimat ini telah diadakan di bilik konferen Jabatan Radiologi. Ketua Jabatan, Pensyarah pensyarah Jabatan Radiologi Hospital USM, Dr Zaihan dari HRPZ2 dan juga Penyelia penyelia staf sokongan juga turut hadir dalam sesi taklimat ini. Wassalam...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week