Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 23 -12-2011: Hubungan Sejenis
Ikhwanil Muslimin
Marilah kita sekelian meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan sentiasa mentaatinya serta menjauhi segala larangannya. Semoga kita sentiasa berbahagia di dunia ini dan di akhirat nanti.
Setiap manusia mempunyai nafsu seksual, ia adalah lumrah yang tidak dapat dinafikan dan adalah tidak normal sekiranya seseorang itu tidak mempunyai keinginan seks. Islam telah menggariskan batas batas setakat mana dia harus melalukan keinginan seks dan setakat mana diharam untuk melakukannya.
Bahagialah umat manusia yang dapat menguasai keinginan nafsu dalam batas batas yang diredhai Allah iaitu melalui perkahwinan yang sah di antara lelaki dan perempuan yang apabila cukup segala syarat-syaratnya dan rukun yang ditetapkan oleh rukun syarak.
Sebaliknya, celakalah umat manusia yang tidak dapat menguasai nafsu seksual sehingga mereka terjerumus ke dalam melakukan hubungan seks yang haram dan diharamkan oleh Allah. Melakukan kejahatan haram luar tabie lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan samada lesbian seperti bergeser sesame perempuan atau gay iaitu lelaki bergeser dengan lelaki. Ada juga lelaki yang menukar jantina untuk melakukan dosa durjana dengan lelaki lain.
Ikhwanil Muslimin
Suatu persoalan di utarakan, mengapakah masih ada sebahagian umat manusia yang memilih hubungan seks secara haram seperti yang telah disebut tadi sehingga ada Negara di dunia ini menggubal perundangan bagi membenarkan perkahwinan lelaki sesama lelaki? Jawapannya adalah kerana mereka kufur dengan nikmat Allah, kufur dengan perundangan Islam dan mereka gagal dalam menangani keinginan seksual yang betul. Lantaran itu mereka terjerumus ke lembah perbuatan yang sangat hina dan jijik itu.
Justeru marilah kita umat Islam menyematkan dalam jiwa kita perasaan benci dan marah kepada perbuatan hina dan durjana dan marilah kita sekelian memulau penulisan sebahagian penulis yang menulis berkaitan pendidikan seks yang terdapat kelibat yang terlebih banyak faktor yang merangsang ke arah hubungan seks songsang yang diharamkan seperti yang dipaparkan di dalam penulisan tersebut gambar gambar lucah pasangan pasangan sedang bercumbu cumbuan bersama samada berlainan jantina atau sesama sejenis.
Marilah kita sekelian sebarkan seluas luasnya pendidikan dari Allah swt untuk mengawal nafsu seks yang salah kerana kemurkaan Allah telah menimpa kaum tersebut sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Maka apabila datang masa perlaksanaan perintah kami kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang terbalik tertimbus segala yang ada di mukabuminya dan kami menghujaninya dengan batu batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertali arus. Batu batu itu ditandi di sisi Tuhanmu untuk membinasakan mereka dan ia pula tidak jauh dari orang orang yang zalim itu.
Pengajaran dari ayat di atas adalah:
- Betapa besar kemurkaan dan azab Allah swt ke atas mereka yang melakukan jrnayah hubungan sejenis seperti yang dilakukan oleh kaum Luth
- Bekas tempat itu masih dikekalkan sampai ke hari ini menjadi sebuah laut mati di Palestin supaya umat manusia pada hari ini mengambil iktibar dan tidak akan melakukan perbuatan seperti yang dilakukan oleh kaum Luth
- Orang yang menyokong perbuatan jahat seperti isteri Nabi Luth menyokong perbuatan jahat hubungan sesama sejenis dikenakan azab bersama sama kaum Luth yang jahat itu.
Baginda Rasulullah saw memberi amaran di dalam sebuah hadist yang bermaksud sesiapa yang mengerjakan hubungan sejenis seperti kaum Luth maka bunuhlah orang yang melakukan dan orang yang dilakukan. Ibni Abbas menerangkan hudud orang yang melakukan perbuatan itu direjamkan dengan batu dari tempat yang tinggi hingga mati kerana Allah swt merejamkan kaum Luth dengan batu dari langit.
Sabda Baginda Rasulullah saw Akan berlaku pada akhir umat ku, kaum yang berhubungan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan, maka apabila berlaku yang demikian tunggulah azab seperti yang berlaku kepada kaum Luth bahawa Allah swt akan menghujani ke atas mereka batu batu dari tanah yang dibakar.
Ikhwanil muslimin.
Marilah kita sekelian mengatasi jenayah perlakuan seks luar tabie itu supaya azab dan bala tidak akan berulang lagi. Marilah kita sama sama mengikuti mutiara nasihat berikut:
- Setiap kita umat Islam amat perlu di beri pendidikan agama yang secukupnya kepada anak anak supaya mereka dapat membeza di antara yang baik dan yang buruk.
- Masyarakat perlu bantu membantu menangani dan memahamkan masyarakat yang perbuatan hubungan sejenis itu adalah sangat hina dan jijik di mata segenap lapisan masyarakat.
- Sejak kanak kanak lagi perlu di tanamkan erti maruah diri, mereka perlu sedar andainya mereka diajak melakukan perbuatan terkutuk itu adalah perbuatan yang memalukan bagi pelaku dan bagi yang dilakukan.
- Hapuskan peluang dan ruang berdua duan walaupun lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan di tempat tempat dan masa yang di curigai.
- Ibubapa seharusnya perlu waspada dan memberi perhatian sekiranya melihat anak mereka rapat sangat sesama jantina.
- Ibubapa perlu peka dengan perubahan sikap anak anak bagi mengatasi sebarang kesulitan mereka
- Ingatlah perbuatan maksiat seperti yang dilakukan oleh kaum Luth itu amat dilarang dalam agama.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment