Hantar Anak Ke Sekolah

  1. Aktiviti setiap pagi sebelum ke tempat kerja adalah menghantar anak ke sekolah.
  2. Tak sampai hati nak suruh anak naik van sekolah.
  3. Seronok juga bila tengok anak bye-bye.
  4. Pengalaman saya masa ke sekolah dahulu, jalan kaki dan naik basikal.
  5. Bila berjalan kaki ke sekolah, waktu pulang dari sekolah selalu lewat, banyak tempat persinggahannya.
  6. Antaranya:
    1. Cari buah getah kat kebun getah ( Buat main congkak )
    2. Panjat pokok manggis Mak Su Mala' ( Tak curi, tapi minta diawal musim lagi )
    3. Cari buah piah kat rumah Pak Su Kadir ( Buah liar, sapa - sapa boleh ambil )
  7. Bila naik basikal, waktu pulang selalu ikut jalan jauh, nak tengok pemandangan kampung.
  8. Masalah rantai basikal jatuh selalu berlaku.
  9. Nak betulkan tak pandai, terpaksa minta tolong orang yang lalu-lalang,
  10. Kalau tak ada orang lalu lalang, terpaksalah sorong basikal balik.
  11. Lambat juga sampai kat rumah.
Jauh perjalanan luas pemandangan

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week