Ketibaan Peserta Di Bukit Keluang

  1. Kami tiba di Bukit Keluang Beach Resort kira kira jam 4:30 Petang.
  2. Suasana Resort yang cantik, bersih dan nyaman amat menyenangkan hati saya.
  3. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki saya ke tempat ini.

 Bukit Keluang Beach Resort

 Beg besar untuk menampung kursus selama satu hari setengah





 En Azahadi di belakang Oii antara yang datang dengan kenderaan sendiri

 En Zakaria antara peserta yang paling banyak membawa peralatan kursus


 Abang Pin

 Mana Wawa ni?... Lambatnya jalan



 Tu dia Pn Salwa, mulanya saya ingat dia kendong anak

 Pandangan dari depan Chalet saya

 Ruang yang kemas bersih dan teratur di dalam chalet


Wassalam

Perjalanan ke Bukit Keluang

  1. Peserta peserta kursus berkumpul di depan bangunan PPSG untuk menaiki bas.
  2. Kami bertolak pada jam 3.00 petang pada hari Jumaat 11.11.11
  3. Perjalan ke Bukit Keluang dijangkakan mengambil masa selama satu jam.
  4. Ada juga di kalangan peserta yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kursus 
  5. Suasana gembira semasa di dalam perjalanan tergambar di kalangan peserta.





 Tempat duduk yang sama seperti ketika ke ICC di UPM



 Eh eh... En Nik pun naik bas juga

 En Zakaria merenung jauh, banyak tanggung jawab lepas ni

 Ketua rombongan En Ariffin Jaffar


 Laparla, aku makan dulu


Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 11-11-11: Akidah Dan Keimanan


Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekelian

Pada hari Jumaat yang diberkati ini saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian, marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat nanti.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian.

Agama Islam datang ketika ketentuan Allah swt melanda seluruh alam, agama Islam membawa sinar yang melenyapkan segala penyelewengan, segala fahaman bangsa arab di zaman jahiliah, namun jika diperhatikan pada masa ini sinar islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakin lemah. Ramai dikalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang Islam. Hendaknya sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw ketika mana ditanya oleh sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan oleh pelahap pelahap lalu ada sahabat bertanya Bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu? Rasulullah saw menjawab Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah swt. Persoalan besar timbul, kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kerungsingan hidup mereka. Kesan daripada kerungsingan inilah boleh membawa kualiti hidup yang lemah, mudah terjebak dalam kekayaan sosial dan boleh membawa kekufuran sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud Hampir sahaja kekufuran itu membawa kepada kekufuran.

Saudara kaum muslimin yang di rahmati allah sekelian

Asas segala akidah ialah beriman kepada Allah swt iaitu kepercayaan kepada keesaan dan kepercayaan kepada risalah Rasullah saw. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah swt secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara perkara yang membawa kepada syirik samada secara iktikad atau tingkah laku yakni perbuatan. Islam lah agama yang diiktiraf disisi Allah swt iaitu agama yang menjamin  umat Islam kepada kebahagaian di dunia dan juga di akhirat. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Imran ayat 19 yang bermaksud Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah swt ialah Islam dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisihkecuali selepas sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka dan ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan dan hisabnya.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud Dan sesiapa yang memilih agama selain dari agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak tergolong daripada orang orang rugi

Wassalam

Sesi Taklimat Kursus Pemantapan Radiologi 2011

  1. Bertempat di Bilik Konferen Radiologi, sesi taklimat Kursus Pemantapan Radiologi 2011 telah di adakan pada jam 8.15 pagi 10 Nov 2011.
  2. Taklimat telah disampaikan oleh En Nik Kamarullah dan Puan Rohani
 En Nik Kamarullah






 Orang kuat kursus ini

 Pengerusi Kursus Pemantapan


 Ooi sedang khusuk mendengar taklimat



Wassalam

Umat Islam di Malaysia Di Jajah Menerusi Sumber Makanan

Lembu yang bakal dikorbankan ini di impot dari Thailand
  1. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini terutama sekali yang membabitkan penguasaan kartel-kartel pengimport makanan ke Malaysia. 
  2. Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup di dalam negara dan terpaksa membeli makanan dari luar untuk menampung keperluan asasi itu.
  3. Dan kalaupun mampu serta cukup untuk penghasilan dalam negeri, akan ada satu pihak yang menjadi kuasa pendesak untuk memastikan, negara memerlukan komoditi import dan merekalah penguasa import berkenaan menerusi penguasaan pasaran, pengedaran dan penetapan harga.
  4. Tahukah anda, keseluruhan pengimport daging ke negara ini dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan bukan Islam? Tahukah anda berapa nilai sebenar pengimportan daging halal ke negara ini? Dan tahukah anda bagaimana kartel-kartel ini memastikan penguasaaan empayar mereka tidak terjejas?
  5. Malaysia secara amnya merupakan sebuah negara yang lengkap serba-serbi. Sebagai sebuah negara yang subur, mempunyai hujan yang mencukupi, cuaca yang baik dan mempunyai sumber yang lebih dari mencukupi, tidak seharusnya Malaysia menjadi pengimport makanan terbesar bagi rakyat yang berjumlah 27 juta orang.
  6. Seringkali dipersalahkan tentang kepenggunaan tanah yang tidak cekap. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana pasaran telah 'ditutup' dan dihalang oleh kartel-kartel berkenaan untuk memastikan, mereka boleh terus mengimport dan mendominasi harga pasaran.
  7. Pengusaha-pengusaha tempatan amat sukar menjual penghasilan mereka kerana hampir keseluruhan rangkaian pengedar, pemborong dan orang tengah enggan memberikan kerjasama dan tidak mahu memecahkan monopoli mereka selama ini.
Ulasan selanjutnya di theflyingkick

Wassalam


Tahun 2012 Masehi Alami 366 hari Setahun

  1. Setiap empat tahun sekali bilangan hari dalam satu tahun akan bertambah kepada satu hari menjadikan dunia mempunyai 366 hari pada tahun 2012 nanti yang kebiasaannya ramai yang hanya berpendapat bahawa satu tahun bersamaan dengan 12 bulan atau 52 minggu ataupun 365 hari.
  2.  Keadaan ini sebenarnya memang telah lama terjadi iaitu sejak dari awal tahun Masehi lagi dan akan berterusan selang empat tahun sekali misalnya setelah tahun 2012 kelak maka empat tahun sesudah itu iaitu pada tahun 2016, tahun 2020, tahun 2024, tahun 2028, tahun 2032 dan begitulah seterusnya ianya akan akan terus menerus berlaku sedemikian.
  3. Sungguhpun begitu, ianya hanya akan melibatkan bulan February saja yang kita mungkin ingat bahawa bulan berkenaan cuma ada 28 hari semata-mata tetapi bulan February sebenarnya akan mendapat tambahan satu hari menjadikannya lebih panjang kepada 29 hari untuk tempoh empat tahun sekali dan begitulah seterusnya iaitu pada setiap tahun keempat yang genap.
Ulasan lanjut di anakmerdeka.blogspot.com/

Wassalam

Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidil Adha Peringkat HUSM

  1. Bertempat di  Ruang Legar Pintu Masuk Pelawat, jamuan makan sempena Hari Raya Korban petingkat HUSM telah di adakan pada jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.
  2. Jamuan ini terbuka kepada kakitangan, pelatih dan juga pelawat.
  3. Pengarah dan Timbalan Pengarah Klinikal berkesempatan untuk hadir pada jamuan kali ini.
  4. Hidangan yang disediakan bersama sama dengan nasi putih adalah, daging bakar, daging bakar pedas, nyicah perut, daging singgam, acar timun dan tak lupa juga sambal belacan.
  5. Bagi yang datang awal boleh merasai kesemua masakan tersebut. 
  6. Bagi yang datang lewat dapat daging singgam pun Alhamdulillah.
  7. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Tambah lagi Abe Mie

 En Amri, Pengarah Hospital dan Ustaz Pusat Islam















Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week