HUSM Guna Mesin Tercanggih







Itulah tajuk di akhbar Berita Harian 10 September 2012 yang memuatkan berita berkenaan dengan perasmian mesin Angiografi yang baru.

Yang menariknya macam mana gambar saya boleh menempel kat situ. Nampak macam super imposed.

Walaubagaimanapun tahniah untuk HUSM dan Ketua Jabatan Radiologi kerana telah dapat merealisasikan hasrat jabatan

Wassalam


Khutbah Jumaat Masjid Muhammadi 07-09-2012: Hala Tuju Pembentukkan Keluarga Di Abad Ini



Ikhwanil muslimin
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekelian, marilah kita sama sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Takut kepada Allah dengan melaksanaan segala perintah perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mudah mudahan sifat ketaqwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masadepan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntuyan ajaran agama Islam.

Ikhwanil muslimin
Hala tuju pembentukkan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada dasar hidup yang ditetapkan ibubapa yang berkait rapat dengan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga maka semakin bertenagalah masyarakat dan negara.

Persoalan, kearah manakah hala tuju gerakan keluarga itu pada masa kini?

Berdasarkan beberapa memerhatian dan kajian kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masakini terah merubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN, bahawa pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah.

Antara perubahan nilai yang ketara ialah

  1. Kecenderungan untuk memiliki saiz keluarga yang kecil, 
  2. Peningkatan masa wanita bekerja di luar rumah
  3. Sibuk bekerja, masa ibubapa bersama anak anak semakin berkurangan
  4. Peningkatan anak anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat pusat asuhan
  5. Jangkahayat warga emas semakin bertambah kerana kualiti kesihatan meningkat
Pembangunag sosio ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepada kepincangan dalam kehidupan berkeluarga. Kepincangan dalam keluarga bermula daripada sebab seperti;
  1. Kekurangan kasih sayang dalam keluarga, 
  2. Keganasan rumah tangga
  3. Peningkatan kadar penceraian,
  4. Penderaan kanak kanak 
  5. Pengabaian kepada warga emas
  6. Sumbang mahram
  7. Kejahilan
  8. Bersedudukan tanpa kahwin
  9. Peningkatan kelahiran anak tanpa nikah
Isu isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai nilai dalam kehidupan.

Mengikut satu kajian di negara Amerika Syarikat pada tahun 2006 ke atas 38 000 penduduk mendapati 95% telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Manakala di negara kita satu kajian telah dilakukan pada tahun yang sama ke atas 2 332 remaja melayu mendapati 55% telah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. 

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2009, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan telah meningkat kepada 17 303 orang di seluruh negara. Purata 48 orang sehari. 

Kita merasa bimbang dengan penularan budaya hidup berzina dan gaya hidup barat ini yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini marilah mengingati peringatan Allah swt dalam surah At Tahriim ayat 6

A006
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6

Menurut tafsirnya, pemimpin keluarga hendaklah menjaga dan membantu ahli keluarga dan memerintahkan mereka berbuat baik dan taat kepada Allah swt serta mencegah mereka dari melakukan maksiat.

Beberapa tafsir lain pula menyatakan adalah menjadi kewajipan setiap muslim mengajar keluarganya tentang apa yang diwajibkan oleh Allah swt dan apa yang dilarang.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah, suci tetapi ibubapanyalah yang menentukan anak itu yahudi, nasrani atau majusi"

Ikhwanil muslimin
Bagi membentuk anak anak menjadi insan yang cemerlang ibubapa hendaklah juga terdiri dari manusia yang cemerlang. Bagaimana mungkin ibubapa yang durhaka, rumah tangga yang porak peranda dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibubapa adalah asas untuk anak anak bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibu bapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan anak anak.

Oleh itu dalam mendidik anak anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia itu. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak anak begitu jugalah sebaliknya.

Ikhwanil muslimin
Pembentukan keluarga Islam pada abad ke 21 ini, abad mendatang adalah amat mencabar kepada setiap ibubapa. Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang budaya pincang yang berterusan dan merosakkan nilai nilai murni kehidupan berkeluarga.

Dasar dasar rumahtangga yang lemah dan kepimpinan yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai yang merubah kehidupan keluarga.

Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi yang penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah yang besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. 

Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri, kerana daripada instusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat. 

Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga Mimbar Jumaat menasihatkan, marilah kita sama sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak anak kita demi untuk melihat generasi yang terbaik di masa akan datang. 

Korbankanlah sedikit masa sekurang kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis majlis ilmu di rumah. Berikanlah kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal hal yang berkaitan dengan kehidupan anak anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah swt terhadap anak anak dengan baik dan sempurna. 

Mengakhiri kutbah mimbar ingin merumuskan apa yang telah dibincangkan
  1. Ibubapa perlu memperkukuhkan dan meletakkan pendidikan agama bagi menghadapi abad yang mendatang. 
  2. Memperuntukkan masa masa yang tertentu bersama ahli keluarga menghadiri majlis majlis ilmu.
  3. Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya asing akan merendahkan harga diri keluarga.
  4. Perbuatan dan tingkah laku berdosa yang dilakukan oleh anak anak di atas dunia ini akan menyiksa roh roh ibubapa yang telah meninggal dunia.
Firman Allah swt yang bermaksud Dan juga mereka berdoa dan berkata, wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri isteri kami zuriat dan keturunan kami perkara perkara yang menyukakan hari apabila melihatnya dan jadikanlah kami iman ikutan bagi orang orang yang soleh.

Wassalam

Punch Card

Apabila Jam menunjukkan pukul 4:55 petang, kakitangan Jabatan Radiologi melaksanakan satu tanggungjawab yang terakhir sebelum pulang. Mereka semua diwajibkan untuk punch out menggunakan kad staf mereka pada sistem punch card.

Kalau dulunya mereka punch in dan punch out di laluan depan pejabat pentadbiran, sekarang ini sistem ini telah ditempatkan di dalam bilik sorting Jabatan Radiologi.

Bagi sesiapa yang kadnya hilang atau tidak berfungsi kenalah menulis nama di buku kedatangan di bilik penyelia.

Penukaran kad akibat kecuaian akan di kenakan caj sebanyak RM60 oleh pejabat pendaftar.

Wassalam

Pengubahsuaian Musalla Lelaki

Sedikit pengubahsuaian telah dilakukan pada Musalla lelaki di Jabatan Radiologi HUSM dimana tempat duduk semasa mengambil wuduk telah dibuang. Tempat duduk ini dibuang kerana ianya tidak bersesuaian dengan kedudukannya dan banyak menyusahkan jemaah semasa mengambil air sembahyang.

En Azahadi dan En Ahmad telah mengambil inisiatif untuk membuang tempat duduk ini


Wassalam

CME Perlesenan 2012

Kursus ini diadakan di Crown Garden Hotel Kota Bharu pada 7 September 2012.
Objektif Kursus
1. Memastikan pematuhan keperluan regulatori perlesenan
2. Meningkatkan kefahaman aspek perlindungan sinaran
3. Meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pada pekerja sinaran

Kandungan kursus
1. DSA 3D
2. ACT 304
3. Radiation protection in interventional Radiology
4. Image Quality and Artifact in DSA
5. Clinical exprience in ICL
6. QAP in Angiography

Impak latihan
1. Perolehi informasi terkini
2. Pupuk jaringan industri dengan agensi luar
3. Semangat kerja berpasukan

Majlis Perasmian AMIEN Centre

Majlis perasmian AMIEN center ini telah disempurnakan oleh Dato' Omar Osman VC USM pada tanggal 4 September 2012 jam 2:30 perang dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Majlis ini telah dihadiri bersama oleh Pengarah Hospital, Pengarah Kampus, Dekan Dekan Pusat Pengajian dan lain lain lagi.

Kemuncak pada majlis tersebut adalah interaksi secara langsung dengan Dr Rozman dan Dr Rohsila yang sedang melakukan prosedur angiografi di PPUKM dengan Dato' VC dan Ketua Jabatan Radiologi di Bilik Angiografi HUSM.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini terutama kepada kakitangan yang terlibat dalam telesidang. 98% markah saya berikan.

Walaupun 2 kali kita terputus hubungan dengan IPPT dan PPUKM semasa majlis berlangsung namun ianya telah dapat diatasi dengan cepat tanpa mengganggu majlis yang diadakan.

Terima kasih sekali lagi

Persediaan Terakhir Pada Hari Perasmian

Suasana semasa persediaan terakhir tak dapat dirakam kera ketika itu aku terlalu sibuk memberi tumpuan untuk penyediaan telesidang yang akan digunakan semasa majlis perasmian tersebut.

Telesidang yang menghubungkan 5 destinasi iaitu PPUKM, IPPT, Pentas Utama di ruang legar Jabatan Radiologi, bilik simulator dan juga bilik angiografi,

Alhamdulillah saya telah mendapat kerjasama yang baik dari En Azrol (PPKT Penang), En Kama (PPKT KK), En Zainal (PPUKM), kakitangan IPPT, kakitangan AVA dari unit PRO hospital dan juga kakitangan Unit IT Jabatan Radiologi.

Wassalam

Persedian Untuk Majlis Perasmian AMIEN

Pada hari Ahad 3 September 2012 Kakitangan Jabatan Radiologi tak kira lelaki atau perempuan bertungkus lumus membuat persedian untuk majlis perasmian AMIEN centre.

Daripada pagi hingga petang mereka bergotong royong untuk menyiapkan pentas, bilik angiografi dan juga ruang untuk menjamu selera yang akan digunakan semasa majlis perasmian tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong tersebut

Wassalam



Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 31 Ogos 2012: Amanah Kepimpinan

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa. Sesungguhnya sifat taqwa adalah sebaik bekalan dalam menjalani kehidupan di dunia ini dan untuk mendapat keredhaan di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Untuk mempertingkatkan sifat taqwa dalam diri kita, marilah kita menumpukan perhatian pada hari ini dengan firman Allah swt
A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(A-li'Imraan 3:26)

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Untuk mengikuti huraian yang selanjutnya kita perlu memahami isi kandungan ayat ini dengan penuh ketelitian, memberi perhatian dengan perasaan yang insaf dan dipandu oleh sifat taqwa supaya tidak dicemari oleh kefahaman yang boleh membawa kepad disalah erti disebabkan telah dipengaruhi oleh sesuatu kepentingan emosi.

Saudara kaum muslimin
Pada ayat tadi Allah swt telah memerintahkan RasulNya Nabi Muhammad saw dan umat Islam seluruhnya agar sentiasa berdoa kepada Allah dan selalu menyatakan dengan ikhlas pengakuan yang penuh keimanan dan keyakinan bahawa Allah swt sahajalah Tuhan yang berkuasa, Tuhan yang memegang teraju pemerintahan yang bersifat dengan sifat yang mutlak.

Memohon doa kepada Allah swt akan apa sahaja yang kita hajatkan dari perkara kebaikan samada untuk diri sendiri, anak anak, ahli keluarga, untuk negeri, negara, untuk kehidupan didunia ini hinggalah membawa kepada kehidupan diakhirat. 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Doa itu adalah satu ibadat. Riwayat At Tirmizi.

Saudara kaum muslimin
Setiap orang yang beriman berdoa kerana menyedari dirinya mempunyai sifat sifat kelemahan tak berdaya, tak mampu untuk menunaikan hajatnya. Dia sedar bahawa Allah swt yang menjadi tuan punya seluruh alam ini mempunyai sifat sifat kesempurnaan dan kekuasaan yang bersedia memberi dan mengabulkan setiap permintaan kita. 

Diatas kesedaran dan keinsafan itulah seseorang itu akan mencari jalan untuk mengatakan kebaikan dan kesejahteraan. 

Sebaliknya orang yang lemah iman, dia tidak mahu berdoa, sekaligus menggambarkan bahawa dia tidak insaf tentang kelemahan dirinya. Dia tidak ingat akan kekuasaan Allah swt .

Saudara kaum muslimin
Pada ayat tadi Allah swt mengingatkan kita tentang hakikat kekuasaan yang sebenar Allah yang maha besar adalah pemilik kerajaan dan kekuasaan yang maha agong, Dialah yang mengurniakan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakinya sebahagian dari kekuasaannya diberi sebagai suatu pinjaman yang boleh ditarik balik pada bila bila masa yang dikehendakinya.

Tiada seseorang pemimpin atau pemerintah yang mempunyai hak milik yang tulen yang boleh berbuat sekehendak hatinya. Malah pemerintahan yang dipegangnya itu hanyalah milik sementara, hak milik pinjaman yang tunduk di bawah kekuasaan Allah swt.

Dalam lipatan sejarah telah banyak berlaku dan dirakamkan perbuatan yang tamak kepada kuasa politik dan kekuasaan seseorang pemimpin boleh naik dan tak lama lagi akan dijatuhkan pula. Seseorang pemimpin yang berkuasa ketika ini tak lama lama lagi akan digulingkan.

Oleh kerana kuasa pemerintahan dipinjamkan oleh Allah swt maka para pemimpin baik peringkat manapun samada tertinggi ataupun bawahan perlu sentiasa sedar terhadap kepimpinannya jangan sampai terbuat sesuatu yang mengkianati amanah 

Firman Allah swt 
A058
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Manusia yang paling berat menanggung kesiksaan dihari kiamat adalah pemimpin yang melakukan kezaliman.

Saudara kaum muslimin
Diantara amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin ialah mewujudkan suasana aman, suasana tenteram, tidak berlaku kekacauan dan huru hara. Di antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pemimpin adalah melahirkan perasaan saling hormat menghormati antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin hendaklah berusaha sedaya upaya agar wujud perasaan saling sayang menyayangi, kasih mengasihi bukan perasaan saling benci membenci bahkan perasaan saling cinta menyintai di antara pemimpin dan orang bahawahannya. 

Perlu diwujudkan sikap saling bantu membantu bukan sikap curiga mengcurigai, saling ingat mengingati dan bukan saling salah menyalahi orang lain. 

Seperti kata pepatah melayu Kerana tak tahu menari, lalu dikatakan tanah tinggi rendah

Sudara kaum muslimin
Perhatikan kepada sabda Rasulullah saw diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud Sebaik sebaik pemimpin adalah mereka yang kamu cintai dan dia mencintai kamu, dan kamu berdoa terhadap mereka dan mereka pula mendoakan untuk kamu. Dan seburuk buruk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu bencinya dan mereka pula membenci kamu. dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. 

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Di dalam ayat tadi juga ada menyebutkan tentang kemuliaan dan kehebatan iaitu dua perkara yang berlawanan silih berganti dalam kehidupan seseorang terutama di kalangan pemimpin. Kemuliaan dan kehormatan diri memang dicari dan dikehendaki, manakala kehinaan pula memang dibenci dan sering seseorang cuba melarikan diri dari kehinaan.

Lantaran itu seseorang memang berusaha habis habisan daya dan tenaga untuk memperolehi kemuliakan dan mengekalkan kehormatan dan kemuliaan diri. Pada masa yang sama berusaha mengelakkan diri dari kehinaan.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia.
Sebagai seseorang muslim mukmin, kita perlu sedar bahawa kita adalah makhluk yang terbaik yang pernah dicintai oleh Allah swt sebagai makhluk terbaik, sudah tentu kita mempunyai kehebatan dan kemuliaan diri. Lantaran itu kita perlu tahu bagaimana untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan diri. Untauak menjaga kehormatan  dan kemuliaan diri ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan sesama manusia. Tidak cukup kalau hanya tahu berhubungan dengan Allah tetapi tidak pandai menjaga hubungan sesama manusia begitu juga sebaliknya. 

Firman Allah swt yang bermaksud, Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpegang dengan tali Allah dan berbaik baik dengan sesama manusia.

Saudara kaum muslimin
Untuk melepaskan diri dari kehinaan kita dikehendaki untuk berpegang dengan ajaran Allah swt dengan hanya sebutan di mulut sahaja dan tidak sampai di hati. Ayat ayat Allah, hukum hukum Allah, ajaran ajaran agama Allah  dan seluruhnya jangan sampai dipermainkan kerana mempermainkan agama dan ajarannya kelak akan ditimpa kehinaan.

Wassalam

Era Piala Malaysia 1 Sept 2012: Kelantan Lawan ATM

Perlawanan ke empat Era Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia telah di langsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Kelantan mendahului dengan jaringan Muhammad Afiq tetapi telah disamakan oleh Marlon pada minit ke 26.

3 minit kemudian giliran Nur Shahrul menjaringkan gol kedua Kelantan dengan rembatannya dari luar petak panalti menewaskan Farizal penjaga gol ATM. Usaha ATM untuk mencari gol penyamaan berhasil apabila Marlon mengikat kedudukan dua sama pada minit ke 35 selepas menerima hantaran daripada Martilotto. Hairuddin Omar memberi kelegaan kepada ATM apabila menjaringkan gol ke 3 pelawat pada minit ke 43.

Babak kedua bersambung, rentak permainan yang rancak telah ditunjukkan oleh kedua dua pasukan dan usaha berterusan dari pasukan tuan rumah telah memberi kelebihan kepada Farhan untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 74.

Nurul Azuan Roya yang dimasukkan menggantikan Afiq telah memberi kelebihan kepada Kelantan dengan rembatannya menewaskan penjaga gol ATM buat kali ke 4 pada minit ke 86. Jaringan ini telah memastikan pasukan Kelantan memperolehi kemenangan buat kali kedua dalam 4 perlawanan Era Piala Malaysia setakat ini.


Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak
Khairul Fahmi (PG), Obinna Nwaneri, S. Subramaniam (Aslam Najmudeen), Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree (Nik Shahrul Azim), Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Indra Putra, Norfarhan Mohamad, Afiq Azmi (Nurul Azwan) dan Norshahrul Idlan.

ATM : B. Sathianathan
Farizal Harun (Pg), Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Marlon Alex, Bruno Martelotto, Azmi Muslim, Fitri Omar, Christie Jayaseelan, Hairudin Omar (Kp), Irwan Fadzli dan Rezal Zambery Yahya.


Foto perlawanan sila klik di sini

Wassalam

Rumah Terbuka Hari Raya

Sempena cuti rehat hari Sabtu kakitangan Jabatan Radiologi telah berkesempatan untuk menghadiri majlis rumah terbuka hari raya Aidil Fitri.
Antara yang sempat saya hadiri ialah rumah Haidy di Pasir Tumbuh.
Tetamu jemputan yang datang terdiri dari keluarga dan staf Jabatan Radiologi.
Kami dihidang dengan satay, soto, roti jala dan berbagai jenis biskut. Tak lupa juga tapai Wawa kegemaran saya juga turut dihidang.

Majlis Perasmian Bilik Angiografi Secara Telesidang


Majlis perasmian angiografi suite dijadualkan akan diadakan pada 4 September 2012 jam 2:00 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh Dato' Omar Osman VC USM.
Majlis ini akan dibuat serentak antara 4 lokasi yang berasingan secara telesidang, iaitu antara Bilik Angiografi, ruang perasmian, IPPT dan HUKM.
Pada 3 september 2012 sesi percubaan akan dibuat untuk menguji kelancaran sistem telesidang ini.
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week