Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Kampung


 Menunggu waktu berbuka



 4 hidangan

 Masakan ala kampung, keresik rebung dengan ayam


 Pegang perut, dah tak sabar nak berbuka










Wassalam


Pembukaan Ruang Menunggu Pesakit Yang Baru

 Ruang pesakit menunggu berwajah baru

 Ruang Pendaftaran dan temujanji 





 Pn Norfataha, En Ariffin dan En Che Nazri

 En Zakaria, En Azahadi dan Tn Hj Ahmad

 En Sayuti, En Zakaria dan En Nik Kamarullah

 En Sabri, En Yahya, Pn Roslaini dan En Ariffin

 Mantan KJ membuat lawatan



Wassalam

Ceramah Ramadhan Anjuran Jabatan Radiologi - 11-8-11

 Antara hadirin dan hadirat yang hadir

 Pengerusi majlis




 Pn Norfataha bertudung biru telah berusaha dengan keras untuk menjayakan majlis ini

 En Khew juga hadir

 Ustaz Marzuk penceramah yang dijemput







Wallahhualam

Khutbah Jumaat: Masjid Mukim Pulau Belanga. 12-8-11 - Adat adat Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Masjid Mukim Pulau Belanga.

Ikwanul muslimin,
Saya berpesan kepada pada jemaah sekelian terutama kepada saya sendiri, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dalam erti taqwa yang sebenar-benarnya kerana hidup tanpa iman dan taqwa kepada Allah swt adalah hidup dalam kesesatan dan diakhiri dengan kesudahan yang buruk kerana syurga itu disediakan kepada orang orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara sahaja, umur dan ajal kita telah ditentukan tempohnya, hidup di dunia ini sangat sekejap hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja iaitu kurang lebih 70tahun, tetapi kita kena ingat ramai di antara kita yang mati muda. Hari ini kita menghantar saudara kita ke kubur besok orang lain pula akan menghantar kita ke kubur pula. Itulah undang undang dan aturan Allah kepada makhluknya yang pasti kita tempuhi tanpa pilihan. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Umur kita yang pendek itu apabila tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk mentaati Allah sudah tentu akan membawa kepada penyesalan yang berpanjangan di akhirat kelak. Oleh itu hendaklah kita menjadi orang yang bijak mengurus diri dan menjaga masa, Sebenarnya kita ada peluang untuk mengisi umur kita yang masih berbaki dengan bertaubat mengubah cara hidup dan melakukan kerja kerja besar yang berfaedah dan berganda pahalanya. Janganlah kita habiskan masa dan umur kita dengan melakukan perbuatan yang sia sia. Bersiaplah diri dengan amalan yang cukup sebelum di jemput Allah ke alam baqa. Hendaklah kita sentiasa ingat untuk siapa kita bekerja keras siang dan malam. Adakah harta yang ditinggalkan untuk waris kita yang kita yakini harta itu akan memberi manafaat kepada kita apabila kita mati.ataupun harta itu habis begitu sahaja. Orang yang bijak ialah orang yang memandang jauh kehadapan, ada matlamat hidup, ada pendirian, pandai bertindak dan berkerja berdasarkan keutamaan dan kepentingan hidup yang abadi selepas mati. Ramai orang yang kaya raya berpangkat dan memiliki kuasa pergi meninggal dunia tanpa berbuat apa apa untuk diri, anak anak dan masyarakat.


Ikwanul muslimin
Allah maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya yang beriman, lalu disediakan kepada mereka beberapa waktu yang cukup istemewa dan berharga dalam setahun untuk dianugerahkan kepada mereka pahala dan amal kebajikan yang berganda dan menghapuskan dosa dosa yang telah dilakukan apabila mereka beramal dengan sempurna dan ikhlas. Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dan rahmat. Ia merupakan bulan yang sangat berharga dan bernilai kepada kaum muslimin untuk menambah bekalan di akhirat untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah swt kerana di bulan ini Allah mengganda pahala amal ibadat para hambanya. Allah mengampun dosa dosa mereka dari tersiksa di dalam neraka.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam digandakan pahalanya 10 kali ganda dan digandakan lagi sampai 700 kali ganda. Allah berfirman yang bermaksud, Maka sesungguhnya puasa itu untukku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, ini kerana hambaku telah bertindak melawan hawa nafsu dan makanan keranaKu.

Ikwanul muslimin
Sambutlah ramadhan dengan penuh kehormatan dengan melakukan kerja kerja amal soleh dan kebajikan, berpuasalah dengan keimanan, keyakinan dan keikhlasan di hati serta mengharapkan pahala ganjaran daripada Allah swt. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud sesungguhnya Allah swt telah memfardhukan puasa ramadhan ke atas kamu dan aku mensyariatkan kepada kamu sekelian agar mendirikan ramadhan, yakni dengan mendirikan sembahyang sunat terawih dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa dengan mendirikannya kerana iman dan mengharapkan ganjaran pahala disisi Allah nescaya Allah akan mengampunkan segala dosa dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.


Ikwanul muslimin
Sesungguhnya puasa disyariatkan dalam Islam untuk mencapai matlamat yang agak tinggi dan murni iaitu mendidik diri dan jiwa manusia supaya bertaqwa dan mentaati Allah swt. Sebaliknya insan yang soleh dan sempurna akhlaknya puasa adalah jalan untuk meraih kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ingatlah orang yang berpuasa adalah orang yang sedang berada dalam ujian Allah, berada dalam proses penyucian jiwa yang mesti menjauhi perkara yang diharamkan oleh Allah dan daripada pantang larang serta mengisi dengan amal kebajikan. Oleh itu melakukan perkara perkara yang ditegah dan di haramkan oleh syarak di bulan ramadhan adalah merupakan percabulan terhadap kemuliaan ramadhan dan bercanggah dengan tujuan di syariatkan berpuasa. Oleh kerana itu diharapkan kepada kaum muslimin dan muslimat menjauhkan diri dari melakukan maksiat agar tidak melanggar perintah Allah swt. Sebaliknya mesti mengerjakan ibadat dan berakhlak mulia. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Sesiapa yang tidak mahu yang meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkanya maka tidak ada peluang bagi Allah untuk dia meninggalkan makan minumnya. Nilai puasa dilihat sejauh mana kita berjaya mendidik diri kita menjadi seseorang yang baik, taat kepada Allah dan bertaqwa adalah tujuan berpuasa untuk menjadi seorang hamba Allah yang bersih, bertaqwa padanya, berakhlak mulia dan menjadi bekal di akhirat. maka tidak ada makna bagi seseorang yang berpuasa melakukan maksiat dan perangai buruk, apalagi meninggalkan solat 5 waktu dan mengabaikan kewajipannya. Apa erti berpuasa kalau menzalimi orang lain, tidak menjaga amanah, menipu, makan harta haram, dan tidak bersedia berkhidmat membantu orang yang memerlukan bantuan.Apa ertinya berpuasa baga seseorang perempuan yang mendedahkan auratnya, dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Apa erti berpuasa bagi mereka yang berkata boleh pandang pandang kepada wanita yang halal nikah tanpa berusaha menundukkan pandangannya.

Ikhwanil muslimin
Suasana di rumah didalam bulan ramadhan hendaklah menggambarkan kehidupan secara Islam, pergaulan adalah pergaulan secara Islam, orang susah, fakir miskin dan anak anak yatim hendaklah disimpati. Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan silaturrahim, bulan menyayangi kaum muslimin, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmatnya dan jauhkanlah segala pembaziran kerana orang yang membazir itu adalah saudara syaitan . Bantulah orang berpuasa dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka sekiranya mampu. Juadah hidangan kepada mereka di pasar pasar Ramadhan adalah makanan yang halal, bersih, berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan, semoga diberkati Allah dan Ramadhan disempurnakan dengan ganjarannya.


Ikhwanil muslimin
Berpuasalah dengan sempurna, hayatilah adat adat berpuasa yang zahir dan batin, jauhkan diri dari perkara yang membatalkan puasa dan perkara perkara yang mengurangkan atau menghapuskan pahala berpuasa dan pahala ibadat yang telah dilakukannya dengan amalan yang sebanyak mungkin, Hidupkan malam Ramadhan dengan sembahyang terawih, witir, tahajjud, berzikir,beristirfar memohon ampun, berdoa, membaca al quran dan selawat ke atas junjungan Rasulullah saw dan perbanyakkan sedekah kepada fakir miskin kerana sedekah didalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran yang besar. Pastikan ibadat fardhu di lakukan didalam waktunya secara berjemaah, khususnya sembahyang Isyak dan Subuh. Pastikan segala pekerjaan dan tugas dilakukan dengan sempurna dan amanah tanpa sebarang penipuan dan didalam bulan Ramadhan ini ambillah kesempatan untuk meninggalkan tabiat merokok, membazirkan waktu di tempat yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci dan menghina orang. Akhir sekali apabila telah dikumpulkan pahala yang besar dan ibadat yang banyak ibadat puasa dan ibadat ibadat yang lain yang saudara saudara lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang pada masa yang sama di lakukan untuk menjagapahala dan amalan yang seperti itu jangan sampai terhapus. Oleh itu pastikan diri anda sentiasa berada didalam ibadat terhadap Allah swt.

Sekian
Wallahhualam

Berbuka Puasa Di Masjid Al Qasimi: 5-8-11

  1. Majlis berbuka anjuran dari salah seorang qariah masjid 
  2. Lebih kurang 30 qariah hadir
  3. Kami di hidangkan dengan sebungkus nasi beriani dan kuih muih
  4. Alhamdulillah habis juga saya makan sebungkus nasi beriani berlauk ayam.







 
Untuk menderma  tabung pembinaan Masjid Al Qasimi
Wassalam

Khutbah Jumaat: 5 Ogos 2011 - Masjid Amri Kg Telaga Bata - Amalan Bulan Ramadhan

Minggu ini saya menunaikan solat Jumaat di kampung Telaga Bata

Ikwanul muslimin
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa, Semperna bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk menghasilkan ibadat ibadat yang memberi kualiti yang telah ditentukan oleh Allah swt mudah mudahan ramadhan kali ini kita menjadi insan yang dikasihi oleh Allah swt membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ikwanul muslimin
Ramadhan adalah bulan yang teristimewa berbanding dengan bulan bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana didalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti sembahyang sunat terawih, sembahyang sunat witir, membaca Al Quran beristikharah, berzakat serta melakukan amalan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadat khusus ini mempunyai kelebihan dan pahala tersendiri, pahala tertentu yang boleh merangsangkan kita menjadi insan yang soleh. Sempena bulan yang suci ini, Allah swt menjanjikan rahmat, pengampunan dan seterusnya jaminan syurga. Berdasarkan jaminan ini maka Rasulullah saw merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan disampaikan kepada sahabat sahabat beliau sebagaimana sabdanya yang bermaksud Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan.

 Ikwanul muslimin
Allah swt memfardhukan ke atas kamu puasa.Di bulan ini juga di buka segala pintu pintu syurga dan dikunci segala pintu pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Barang siapa yang beribadat kepada Allah swt pada malam itu maka sesungguhnya dia telah di jauhkan dari api neraka. Firman Allah swt yang bermaksud. Wahai orang orang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu, mudah mudahan kamu bertaqwa. Taqwa merupakan buah atau hasil dari ibadat puasa, buah tersebut akan menjadi bekalan kepada orang orang yang beriman dan menjadi perisai atau dinding kepada manusia agar jauh dari perbuatan maksiat. Maka orang yang bertaqwa kepada Allah swt, dia akan melaksanakan Islam secara total, dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara perkara yang di haramkan atau di tegah oleh Allah swt. dia hanya melakukan sesuatu perkara yang dituntut dan dibolehkan oleh Allah swt. Dia hanya berada di tempat yang di sukai oleh Allah dan menjauhkan diri dari tempat tempat yang di benci oleh Allah swt. Rasulullah saw bersabda Barang siapa mengambil hak seseorang muslim maka Allah mewajibkannya masuk neraka dan mengharamkan masuk syurga. Sahabat bertanya walaupun benda yang diambil itu hanyalah benda yang kecil, jawab Rasulullah Ya, walaupun hanya sekecil kayu untuk mencungkil gigi. Dengan demikian mengikut hadis ini kita mesti berwaspada jangan mengambil hak orang lain atau melanggar amanah yang telah diamanahkan kepada kita.


Ikwanul muslimin
Firman Allah swt yang bermaksud Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan taatlah dan membelanjakan harta kamu ke jalan kebaikan adalah yang terbaik untuk diri kamu dan sesiapa yang menjaga dirinya dari terpengaruh dari perangai bakhil maka merekalah orang yang berjaya. Orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu. Pertembungan antara taqwa dengan kehendak gelojoh hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan pertentangan dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan manusia. tetapi untuk mencapai kecermelangan taqwa ini seseorang intu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan berjihat dalam melawan nafsu. Jika gagal kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu. Salah satu perjuangan yang wajib bagi kita adalah puasa wajib ramadhan, puasa adalah ibadat yang sukar memerlukan perjuangan yang senyap untuk melawan hawa nafsu. Perjuangan ini adalah rahsia antara seseorang hamba dengan tuhannya, kerana gerak geri atau amalan puasa tidak dapat di nilai olaeh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan semulajadi tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan seterusnya kemaluan kita hendaklah turut berpuasa. Kita perlu memperbanyakkan ibadat yang lain dengan mengisi ruang ruang yang ada seperti bersembahyang terawih, bertadarus membaca al quran, bersedakah, beriktikaf dalam masjid sekurang kurangnya seperti di hari jumaat ini kita datang awal ke masjid kita niat beriktikaf di dalam masjid walau pun ianya adalah sunat tetapi Allah swt akan membalasnya dengan pahala yang besar. Kita juga perlu menuntut ilmu yang sepatutnya untuk membezakan puasa yang mencapai tahap taqwa atau puasa yang hanya berlapar dan dahaga sahaja.


Ikwanul muslimin
Antara wajib dan sunat yang padanya memberi tumpuan kepada membersihkan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan diri, mengukuhkan akhlak yang mulia dan  mencegah penyaki. Oleh sebab itu terdapat 2 penanda aras yang dapat menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa ramadhan kita semata mata hanya untuk menahan diri dari lapar atau dahaga atau juga berpuasa dengan tujuan untuk membersihkan hati dan akhlak kita. Rasulullah saw bersabda Barang siapa berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan pahala nescaya Allah akan ampun segala dosa dosanya yang telah lalu. Riwayat Bukhari.

Ikwanul muslimin
Selari dengan perinsip keluarga yang bertaqwa dan soleh yang bermula di rumah, maka sewajarnya marilah sama sama para jemaah ibu bapa serta umat islam sekelian menghiasi, membentuk peribadi kita menjadi insan yang bertaqwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan di tambah pula dengan amalan amalan sunat samada siang atau malam serta memilih makanan dan premis yang halal di sepanjang ramadhan. Dengan itu bulan ramadhan ini menjadi bulan anugerah kepada umat manusia dan ianya hanya datang setahun sekali. Kita hendaklah meluangkan masa dengan melakukan perkara perkara kebaikan kerana mungkin ramadhan pada tahun mendatang tidak akan menemui kita lagi. firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan, sedari yang beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Sekian

Wallahualam

Minggu Pertama Puasa Ramadhan

  1. Ramadhan - Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan yang ditunggu tunggu oleh umat Islam akhirnya tiba lagi.
  2. Cuaca begitu panas terik sekali begitu mencabar mereka yang berpuasa
  3. Bila saya keluar tengahari untuk mengambil anak yang kembali dari sekolah, kepanasan, kepenatan dan mengantuk begitu terasa sekali.
  4. Kalau kat traffic light kena berhati hati jangan pejam mata nanti takut terlelap.


  1. Dalam perjalanan kembali ke tempat kerja kelihatan di tepi jalan begitu banyak kereta sedang berhenti di hadapan sebuah warung.
  2. Pada pemerhatian saya warung ini penuh sesak pada waktu tengahari terutamanya di bulan puasa ini.
  3. Sebenarnya warung ini adalah warung untuk bukan islam
  4. Yang datang makan atau bungkus di warung ini kebanyakannya orang bukan islam
  5. Tetapi mungkin juga ada orang yang tak sepatutnya masuk ke situ datang juga beli makanan




    Wallahualam

    Khutbah Jumaat Masjid AlQasimi: 29-7-11 : Puasa Ramadhan


    Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
    Firman Allah swt yang bermaksud Dan orang yang berusaha dengan bersesungguh-sungguh bagi memenuhi kehendak agama kami sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan jalan kami yang boleh menjadikan mereka bergembira serta mendapat syafaat. Dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah bersama sama dengan orang orang yang berusaha memperelok memperbaiki segala amalannya: Surah an Kabut ayat 69.

    Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
    Pada kesempatan khutbah kali ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian, marilah kita tingkatkan pegangan kita kepada Islam, kita perkasakan iman kita dan kita janakan taqwa kita kepada Allah swt. Dalam mana mengikut Islam,dengan  iman dan taqwa itulah kita akan mendapat kebahagian  yang sejati di dunia ini dan insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan di akhirat nanti,

    Sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
    Bulan Ramadhan Al mubaraq akan menemui kita insyaallah dalam beberapa hari lagi, dan menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana dengan kehadirannya itu insyaallah kita beroleh kesempatan menikmati ibadat di bulan ramadhan bagi menjana kekuatan dan menjana ketaqwaan kita sebagaimana target utama puasa di bulan ramadhan adalah menetapkan ketaqwaan kepada Allah swt sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Gambaran dan terjemahan dari rasa kegembiran kita, maka kita akan mempersiapkan diri kita memasuki ramadhan dengan menyediakan berbagai aktiviti yang dapat mempertingkatkan dan memperkasakan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Hubungan kita dengan masyarakat, kita aturkan program dan persiapan baik dalam bentuk peribadi maupun secara bersama dan secara bermasyarakat.

    Saudara kaum muslimin
    Kita akan menemui lagi ramadhan pada tahun ini, Insyaallah, semuga Allah swt panjangkan umurkan kita supaya kita dapat menemuinya. Kita memasuki ramadhan pada kali ini dalam suasana umat islam terus berhadapan dengan banyak cabaran dan dugaan. Akhlak sebilangan masyarakat kita yang memang perlu di muhasabah perlu diwaspada. Hal ini kerana begitu banyak sifat sifat murni, sifat positif, sifat baik yang sepatutnya melangkah menjadi darah daging peribadi masyarakat kita yang telah hilang seperti budaya malu sehingga seseorang atau sekumpulan tanpa malu malu sanggup melakukan sesuatu perkara maksiat, sanggup melakukan kemungkaran dan dosa dosa yang lain. Akibatnya sendi sendi kehidupan masyarakat menjadi rosak. kebenaran dan kejujuran menjadi suatu yang hilang daripada amalan masyarakat sehingga kebohongan, kepura-puraan yang dilakukan dalam pelbagai lapisan masyarakat dan lapangan kehidupan.

    Saudara kaum muslimin
    Kedatangan ramadhan yang penuh berkat perlu kita jadikan saat yang gemilang untuk membaiki dan untuk menyelamatkan kita dan masyarakat, bangsa dan umat Islam keseluruhannya yang sedang terumbang ambing di landa ombak kegelisahan. kemunduran, perpecahan dan berbagai masalah lagi yang boleh mengundang kehancuran. Sebenarnya bulan ramadhan pernah menjadi bulan yang di hormati oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam. Apabila Islam datang maka bulan ramadhan di beri penghormatan, kemuliaan dan keagungan yang lebih lagi. kerana di dalam bulan Ramadhanlah permulaan turunnya Al Quran yang mulia itu keatas Rasullullah saw. sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Bulan Ramadhan yang padanya di turunkan Al Quran menjadi petunjuk untuk sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

    Saudara kaum muslimin
    Penghormatan merupakan bulan rahmat di awalnya, bulan keampunan di pertengahannya dan bulan bebas dari api neraka pada penghujungnya. Ramadhan bulan yang dibuka pintu pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Ramadhan yang dibulannya terdapat malam lailatul qadar yang terlebih baik tawaran kepada amalan kebajikan dan terlebih baik dari seribu bulan. Untuk mencapai hasil yang sebaik baik dan setinggi tingdi dari kedatangan ramadhan ada banyak benda yang kita perlu lakukan sebagaimana persiapan yang di antaranya:
    1. Hendaklah kita menjaga tubuh badan dan kesihatan kita agar sentiasa sihat sehingga ibadat dalam bulan Ramadhan yang akan datang  ini boleh di laksanakan dengan sebaik baiknya seperti puasa, sembahyang terawikh, membaca Al Quran dan lain lain. Kerana apabila tubuh tidak sihat susah untuk kita melaksanakan bagi aktiviti ramadhan yang memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas.
    2. Kita perlu sekali lagi mengulangi pelajaran fekah dan juga pelajaran tasawuf mengenai atau yang berkaitan dengan hukum hakam dan sebagainya sehingga ibadat yang kita jalani adalah berdasarkan atas kefahaman yang tepat dan betul
    3. Kita hidupkan budaya bermaaf mafan antara keluarga, antara jiran tetangga, antara saudara seagama semoga dosa dosa kita ketika berada di bulan ramadhan sudah terhapus hanya kita pohon keampunan dosa dosa kita dengan Allah swt sahaja ketika ramadhan berakhir dan kita menyambut pula Aidil fitri, kedudukan kita pada ketika itu benar benar dalam keadaan fitrah suci tidak ada dosa
    4. Sebagai orang yang cerdik kita menyambut kedatangan Ramadhan dan mengisinya dengan zikirullah, bertasbih, bertahmid, bertakbir kerana zikrullah itu adakah penawar bagi ketenangan hati, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Orang orang yang beriman yang tenang setenang hati mereka dengan zikirullah ketahuilah dengan zikirullah itu tenang setenanglah hati manusia. Disamping zikirullah secara khususnya kita programkan, kita jadualkan pembacaan Al Quran, ,endengar dan beramal dengan pengajarannya, Allah swt mengingatkan kita tentang pembacaan Al Quran melalui firmannya yang bermaksud Sesungguhnya orang orang sentiasa membaca kitab Allah yakni Al Quran dan tetap menjadikan sembahyang serta menderma daripada apa yang kamu kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang terang mereka mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian 
    5. Menghidupkan Ramadhan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt dengan memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara sesama saudara seagama seperti mengeluarkan zakat, bersedekah, mengatur program berbuka puasa, meningkatkan kualiti dan mengikuti aktiviti dakwah seperti ceramah ceramah agama
    6. Kita sambut ramadhan dengan persiapan diri bersedia melakukan amal amal soleh, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia seperti bercakap sopan menutur perkara perkara baik , tidak mengeji, tidak mengumpat dan sebagainya 
    7. Kita sambut ramadhan dengan berjuang dengan bersungguh sungguh dalam merangka ketaatan kita kepada Allah swt dan beribadat kepadanya, perjuangan ini dikenali sebagai jihat iaitu jihat memerangi diri kita sendiri agar dapat melaksanakan ketaatan kita kepada Allah swt dan mencegah diri kita dari melakukan maksiat. Jihat yang melawan nafsu yang sentiasa mendorong kearah kejahatan. Kita perlu sentiasa berjihat melawan syaitan musuh yang sentiasa menggoda dan memukau kita, menghiasi perbuatan buruk untuk dilihat agar nampak baik. Meskipun dibulan Ramadhan syaitan dibelenggu namun talian bisikan mereka tetap boleh berhubung boleh sampai kepada kita apabila kita gagal menghidupkan jihat.
    Firman Allah swt yang bermaksud Dan orang lelaki dan perempuan yang menyebut nama Allah swt banyak banyak Allah menyediakan untuk mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar

    Sekian

    Wallahualam

    Orthopedic Conference Live Thru Video Conference

    1. Pada pagi Rabu 27 -7-2011 otopedik konferen telah di buat secara live antara Jabatan Radiologi HUSM Kubang Kerian dan IPPT USM di Bertam.
    2. Prof Ibrahim telah mengikuti konferen ini di IPPT
    3. Terima kasih kepada En Zakaria Juru teknik di HUSM dan En Ubaidillah di IPPT kerana telah bertungkul lumus menjayakan video konferen ini.
    4. Terima kasih juga kepada staf dari AVA dan juga PPKT.
    5. Kualiti video yang diterima adalah sangat bermutu
    6. Semoga acara mingguan ini dapat diadakan secara berterusan.
    7. Saya berpeluang menghadiri konferen ini di IPPT

     Antara JXR IPPT yang hadir


    Wassalam
    Listen to Quran
    Powered by Blogger.
     

    Popular Posts All time

    Popular Posts this month

    Popular Posts this week