Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, berbanding lapan kematian dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata, bagi tempoh itu sebanyak 18,047 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 4,250 kes bagi tempoh sama tahun lepas dan peningkatan itu antara lain berpunca kurang kerjasama dalam memastikan kawasan bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. - Utusan Malaysia
KOTA BHARU 3 Mac - Sebanyak 764 kes denggi, dua daripadanya membabitkan kematian,...