Seorang pemuda telah berjanji kepada nabi sebelum baginda menjadi rasul lagi, pemuda itu terlupa menunaikan janji itu pada hari pertama dan kedua, pada hari ke tiga dia teringat, dia pergi ke tempat yang dijanjikan itu dan mendapati baginda masih lagi berada di situ, menunggu pemuda itu sejak tiga hari yang lalu. Baginda telah berkata kepada pemuda itu, kamu telah menyakiti aku dengan janjimu itu.Bila berjanji, berkata lah Insya- Allah, dan selepas itu hendaklah bersungguh sungguh untuk menunaikan janji tersebut.Jika berjanji dengan bertekad untuk memungkirinya walaupun dengan berkata Insya-Allah,...