Malaysia vs Thailand d'Sedap Sengoti

Malam ini kami berpeluang menonton perlawanan bolasepak Malaysia lawan Thailand di restoran d'Sedap Sengoti Neocyber Cyberjaya. Penonton yang hadir berpeluang untuk memenangi hamper cabutan bertuah...

Prestasi 2 Raja Memalukan Harimau Malaya

Kekalahan 0 -3 Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Singapura amat memalukan. Kekalahan ini amat jelas menunjukkan kepincangan pada pengurusan dan pengendali Pasukan Malaysia. Pemilihan pemain pemain yang meragukan serta kelemahan yang amat ketara pada jurulatih adalah penyumbang utama kepada kekalahan ini. Cakap cakap kedai kopi pada pagi ini menyalahkan 2 raja yang menjadi penyebab utama, Rajagopal dan Raja Ahmad Shah. Punca kekalahan tidak diletakkan kepada pemain pemain tetapi kepada jurulatih dan Presiden FAM. Mereka berdua semacam tidak sedar dengan prestasi hambar Pasukan Harimau...

Poliklinik Eksekutif USM

Poliklinik Eksekutif USM akan mula menerima pesakit yang pertama pada hari Isnin 26 Nov 2012. Solat sunat hajat akan dibuat pada petang Ahad 25 Nov 2012. ...

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Dalam Perawatan Pesakit

Bengkel ini diadakan di Dewan Kuliah 1 PPSG pada 23-24 November 2012 anjuran Unit Sokongan Klinikal HUSM dan Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM Objektif kursus 1. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan. 2. Memantapkan pengetahuan dalam isu-isu perubatan dari aspek perundangan. 3. Memantapkan tahap intergriti dan profesionalisme pegawai perubatan supaya mampu mewujudkan jaringan kerja dan komunikasi berkesan 4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit ...

Aneka Hidangan Di Restoran D'Sedap Sengoti

Berbagai jenis juadah makanan dan minuman istimewa dihidangkan kepada pengunjung yang datang. Sekali datang pasti akan datang lagi dan lagi. Sila kunjungi Restoran D'Sedap Sengoti di Neo Cyber Cyberjaya ...

Suasana Di Restoran D'Sedap Sengoti

Restoran D'Sedap Sengoti yang telah dibuka secara rasminya pada 1 November 2012 telah menarik ramai pelanggang untuk menikmati hidangan yang disajikan. Restoran ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga ke awal pagi ini, selain dari menyediakan berbagai makanan dan minuman yang istimewa juga mempunyai wifi percuma untuk pelanggan dan juga skrin gergasi.  Kunjungan anda ke Putrajaya dan Cyberjaya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menjamu selera di Restoran D'Sedap Sengoti yang terletak di Neo cyber ...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 2-11-2012: Islam Agama Yang Mulia Di Sisi Allah swt

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian Saya berpesan kepada hadirin sekelian khususnya kepada diri saya sendiri, marilah kita tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Sesungguhnya sebaik baik bekalan untuk menghadapi fitnah di zaman ini ialah dengan memiliki ilmu yang benar, iman dan taqwa serta amal yang soleh. Iman dan taqwa hanya ada dalam agama yang diterima oleh Allah swt, tidak ada satupun agama yang benar dan diterima oleh Allah swt selain daripada agama Islam . Tidak ada satu jalan pun yang boleh menyampaikan manusia kepada kesejahteraan hidup di akhirat selain...

Majlis Perkahwinan Staf Radiologi

Pada Hari Raya ke 3, saya berkesempatan untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan Che Munirah di Pengkalan Chepa. Tahniah kepada pasangan ini. Semoga berbahagia sepanjang masa. Wassalam ...

Minggu Cemerlang Sukan Malaysia

Minggu ini adalah minggu yang paling cemerlang untuk sukan di Malaysia. Bermula dengan perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan perlawanan yang bermutu tinggi lagi mendebarkan antara Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan Kelantan. Kesudahannya Pasukan Wira Merah telah memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-3 selepas tambahan masa. Kemudian di susuli pada keesokan harinya dengan kejayaan Zulfahmi Khairuddin menaiki podium buat kali pertama bagi kategori Moto3 setalah berjaya menduduki tempat ke 2 pada perlumbaan yang berlangsung di Litar F1 Sepang. Hafizh...

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 19-10-2012: Kualiti Taqwa Dalam Islam

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekelian Pada hari yang mulia ini marilah kita sama sama memenafaatkan waktu yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita kepadanya semoga kita tergolong dikalangan hamba hambanya yang bersyukur serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saudara kaum muslimin Dalam menjalani kehidupan seharian kita semua tentu mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia, yang mempunyai nilai dan ciri ciri berkualiti yang ditetapkan oleh Islam. Maka setiap orang perlu melengkapkan dirinya menjadi seseorang...

Bahang Final Piala Malaysia

Sempena perlawan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dengan ATM, Kedai Kopi Kampung Telaga Bata telah mengadakan beberapa hadiah hamper untuk pengunjung yang datang pada malam ini. Hamper sumbangan dari tokey kedai dan pengunjung tetap kedai kopi ini akan diberikan kepada penonton yang bertuah. Setiap pembelian air atau makanan akan diberikan kopun cabutan bertuah. Wassa...

Kelantan Juara Piala Malaysia

Setelah bertarung selama lebih 120 minit, Pasukan Kelantan berjaya membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu. Jaringan gol dari Indera Putra telah memastikan kemenangan berpihak kepada Pasukan The Red Warrior ini. Dua gol pendahuluan dari Mat Yo telah berjaya disamakan oleh pemain ATM. Kejayaan ini telah melengkapkan tiga piala utama dibawa ke Kota Bharu. Piala FA, Liga Super dan kini Piala Malaysia. Tahniah buat Pasukan Kelantan Gomo Kelate Gomo Wassa...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week