Pemandangan Yang Memberikan Pahala

Kita akan dapat pahala apabila 1. Memandang Kaabah 2. Memandang wajah ibu dengan penuh kasih sayang 3. Memandang laut dengan perasaan kagum dengan ciptaan Allah swt. Wallahua...

Kuliah maghrib: Sebab-sebab Amal Ibadat Ditolak

Awal Muharram bermakna kita melangkah ke tahun baru dan tinggalkan umur yang dah banyak untuk sampai ke Alam Kubur. Kita perlu musahabah diri. Setiap kelahiran manusia adalah untuk mati. Destinasi perjalanan kita adalah ke Alam Kubur. Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merenung dirinya, dan terus beramal untuk hari kemudian. Kehidupan dunia hanyalah mainan sama lah dengan hujan lebat yang dikagumi oleh petani. Pokok yg semakin membesar dan kemudiannya hancur ditelan zaman. Peperiksaan yg sebenar adalah di Alam Kubur dan hisab di Padang mashyar. Orang yang bodoh adalah yang ikut hawa nafsunya...

Perutusan Perdana Menteri Sempena Awal Muharam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saudara dan saudari sekalian, Hari ini, kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak...

Kedai Rakyat 1 Malaysia

KR1M memang sesuai untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Berbagai barangan keperluan harian terdapat di sini. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah. Kualiti barangan yang ditawarkan adalah bergantung atas penilaian masing masing. Pada saya kualiti barangannya adalah lebih dari produk yang di impot dari negara Thailand. Jadi terpulang kepada kemampuan kita untuk memilih yang berjenama atau produk 1 Malaysia ini. Kuasa membeli adalah ditangan ki...

Kuliah maghrib: Rukun rukun bacaan dalam solat

Ada 5 1. Takbiratul ihram 2. al fatihah 3. Tahiyyat 4. Selawat ke atas nabi 5. Memberi Salam Sekiranya bacaan bacaan ini tidak betul maka batal lah solat itu Beberapa urusan sunat sebelum takbir perlu dibuat antaranya: 1. Perkara yg di lakukan oleh imam Dan makmum selepas iqamah Dan doa 2. Imam mengambil tempat Dan sunat menyebut betulkan saf Dan luruskan saf. 3. Baca Qul aauu zubirabbin nas dan Baca doa 4. Istihdar - Datangkan unsur unsur niat ke dalam hati. Contoh, aku nak sembahyang fardhu isyak Takbiratul ihram Allahuakhbar. Selepas dibaca takbir maka Diharamkan perkara perkara yang dahulunya...

Masjid, surau dan madrasah

Satu masjid, satu surau dan satu madrasah berada dalam lingkungan kawasan satu kilometer di kawasan perumahan bandar Tun Abdul Razak. Kepadatan penduduk yang tinggi dikawasan ini menyebabkan kepada keperluan tempat beribadat ini. Masjid yang berada berdekatan dengan sekolah agama wilayah persekutuan di penuhi dengan makmum semasa solat jumaat tadi. Surau yang berdekatan ini menempatkan pelajar pelajar tahfiz alquran, manakala madrasah ini digunakan oleh penduduk di flat Sri Kota untuk menunaikan solat 5 waktu berjemaah disamping aktiviti keagamaan yang lain. Bersebelahan dengan flat ini terdapat...

Khutbah Jumaat Masjid Saiyyidina Osman 25-11-11: Tranformasi Hijrah

Sidang Jumaat yang dirahmati AllahMarilah kita bersama sama meningkatkan taqwa dan keimanan kepada Allah swt dengan melakukan segala amal yang baik yang diperintahkan dan ditetapkan olehnya serta meninggalkan segala larangannya. Semoga amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak. Mimbar hari ini akan membicarakan berkenaan dengan tranformasi hijrah. Bersesuaian dengan sambutan Tahun Hijrah  pada tahun ini. Peristiwa hijrah mempunyai pengertian yang amat besar di dalam Islam Peristiwa itu menjadi bukti di atas kehebatan dan keagungan Islam. Dengan...

Musim Bah Mula Melanda

Hujan telah mula turun dengan lebatnya sejak 2 hari lepas.  Hujan renyai renyai dan kadang kala menjadi lebat telah menyebabkan jalan depan rumah saya di penuhi dengan air.  Keadaan diburukkan lagi dengan sistem perparitan di kawasan ini yang teruk tersumbat. Longkang yang tidak diselenggarakan telah di penuhi dengan sampah sarap dan ia menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke sungai yang berdekata...

Akhirnya Media Indonesia Akui Kehebatan Harimau Muda

 Suasana sedih di kem Indonesia selepas tewas kepada Malaysia   Pemain Malaysia meraikan kemenangan setelah berjaya mempertahankan pingat emas  dengan menewaskan Indonesia Sebahagian kecil penyokong Malaysia yang setia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA diantara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Malaysia memenangi pingat emas Biarpun pahit untuk ditelan, namun kekalahan pasukan Garuda kepada Harimau Malaya harus dijadikan iktibar supaya jangan terlalu merendahkan keupayaan pasukan lawan. Mereka tidak bersedia untuk...

Kata kata Semangat

Kata kata semangat dari Ong Kee Swee yang membakar semangat pemain Harimau Muda sebelum perlawanan akhir dengan pasukan Indonesia. Alhamdulillah akhirnya pemain pemain Malaysia dapat merealisasikannya dengan kejayaan. Walaupun kita menang dengan tendangan penalties, namun ia telah dapat membenam ego pemain pemain Indonesia.  Tahniah juga kepada para pengadil pada perlawanan tersebut yang telah menjalankan tugas mengawal perlawanan tanpa prejudis. Walaupun penyokong Indonesia merendahkan keupayaan pasukan Malaysia dan negara Malaysia umumnya, namun pujian harus diberikan kerana tiada mercun,...

Persembahan Pasca Bengkel Pemantapan

Puan Nurfataha dan En Zulkifli Roslan sedang mempersembahkan hasil dari perbincangan kumpulan mereka semasa bengkel pemantapan.  Persembahan yang mantap dari mereka, namun harapan kami dari golongan staf supaya apa yang telah dipersembahkan itu dapat direalisasikan.  Kita menyokong hasrat Ketua Jabatan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi HUS...

Penyelenggaraan Jalan Simpang Empat Pasir Tumbuh

Penyelenggaraan jalan di lampu isyarat Pasir tumbuh sedang giat dijalankan. Kerja kerja ini telah menyebabkan aliran traffic yang melalui simpang ini amat perlahan. Mujurlah minggu ni saya cuti, jadi dapat lah saya menghindarkan diri dari kesesakan ini. Wassala...

Alhamdulillah syukur, Harimau Muda Menang Lagi

Syukur Alhamdulillah, pasukan bolasepak Harimau muda telah mengalahkan pasukan Garuda Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA.  Kemenangan yang menyumbangkan pingat Emas ke 59 untuk kontingen Malaysia pada temasya kali ini. Lebih manis lagi kemenangan itu telah melenyapkan keegoan pasukan dan peminat pasukan Indonesia.  Cuma yang saya mushkilkan kenapa penyokong Indonesia begitu membenci sekali pasukan Malaysia. Dimanakah semangat kesukanan mereka? Dimanakah semangat rumpun melayu dalam jiwa mereka? Apakah salah kita? Sedangkan lebih sejuta dari rakyat mereka sedang menikmati...

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 18-11-2011: Akidah Umat Islam Dan Penyelewengan


Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat.

Ikhwanul muslimin
Agama Islam datang ketika penyatuan kepada Allah swt melanda seluruh penjuru alam. Ajaran Islam membawa sinar yang menyelenyapkan segala penyelewengan bangsa arab di zaman jahiliah. Namun jika diperhatikan pada masa ini sinar Islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakain lemah. Ramai dikalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun reality kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang Islam.

Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan yang dikerumuni oleh pelahap pelahap. Lalu ada sahabat bertanya bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu. Baginda menjawab Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah swt.
Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalukan cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kemiskinan kehidupan.

Kesan kepada kemiskinan ini boleh membawa kepada kualiti hidup yang lemah mudah terjebah kepada kegiatan social dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Hampil sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran Riwayai Abu Naim.

Asas segala akidah adalah beriman kepada Allah swt iaitu kepercayaan kepada ke Esaannya dan kepercayan terhadap kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah swt secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara perkara yang boleh membawa kepada syirik samada secara iqtikad atau tingkah laku.

Islamlah Agama yang di iktiraf di sisi Allah swt iaitu agama yang menjamin umat islam supaya mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah swt yalam surah Al Imran ayat 19 yang bermaksud Sesungguhnya Agama yang benar dan di redhai di sisi Allah swt ialah Agama Islam dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera akan hitungnya dan hisabnya.

Firman nya lagi dalam surah Al Imran ayat 85 yang bermaksud Dan Barang siapa yang mencari Agama selain dari agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak akan tergolong di kalangan orang orang rugi.

Ikhwanul muslimin
Dalam era kemajuan dan globalisasi masakini telah mendedahkan umat Islam kepada perbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Berbagai fahaman ideologi moden dan anasir anasir negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti seks bebas, sukan judi dan sebagainya.

Kepincangan hidup berkeluarga juga menyelubungi umat Islam, ada dikalangan anak anak kita yang sanggup menghina ibu bapanya bahkan lebih malang lagi sanggup menderhaka kepada mereka. Berdasarkan pemerhatian juga, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara diantaranya kepincangan dan lemahnya keimanan anggota keluarga terutamanya ibubapa sebagai ketua keluarga, sedangkan ibubapa yang paling utama dalam mendidik anak anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.

Mutakhir ini juga kita sering mendengar berita penyelewengan akidah umat Islam yang melanda masyarakat. Berbagai kumpulan ajaran sesat telah wujud dengan tujuan menjauhkan umat Islam daripada mengamalkan ajaran Al Quran dan Al sunnah. Kelemahan akidah turut mendedahkan mereka kepada pelbagai amalan kurafat seperti bertenung nasib, sihir, ilmu guna guna dan sebagainya. Semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemulian dan darjat manusia. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat kelak yang menanti golongan yang engkar.

Firman Allah swt dalam surah Al Maidah ayat 82 yang bermaksud Sesungguhnya terkafirlah orang yang berkata bahawasanya  Allah itu  Al masih ibni Mariam padahal Al Masih sendiri berkata Wahai bani Israel sembahlah Allah Tuhan ku dan Tuhan kamu bahawasanya sesiapa yang bersekutukan Allah maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang orang yang berlaku zalim

Ikwanul Muslimin
Sebagai umat Islam kita perlu sedar dan bangkit mempertahankan akidah Islam kerana ianya asas kekuatan dalam mendekati musuh musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam dan seluruh penganutnya. Dalam hal ini umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Khutbah ingin mengingatkan supaya tubuh badan kita di ibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol itu sesungguhnya akan dipenuhi dengan nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kira melupai Allah swt.

Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah yang menyebabkan menusia mengalami penyakit rohani yakni akhlak serta akidah. Di samping itu umat Islam perlulah juga membina kekuatan dari sudut ilmu teknologi politik dan sebagainya. Kita juga mestilah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang di perolehi adalah benar dan tepat.

Sebagai ibubapa kita hendaklah berperanan dalam mendidik anak anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai oleh Allah swt yang berusaha menjauhi keluarga dari neraka Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahang bakarnya  adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat malaikat yang keras dan kasar dan tidak menderhaka kepada allah swt dan akan mematuhi segala apa yang diperintahkan kepada mereka.

Ikwanul muslimin

Saya ingin mengambil kesempatan menyeru sidang jumaat dan seluruh umat Islam sekelian marilah kita sama sama mendokong segala usaha demi memperkasakan kedudukan umat Islam samada dari segi perpaduan ekonomi dan akidah. Marilah kita sama sama menegakkan ketaqwaan kita kepada Allah swt meletakkan semua kehidupan dengan mengembalikan diri kepada Allah swt yang menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah swt. 


Wassalam

Bolasepak Sukan SEA: Akhirnya Pasukan Harimau Muda Mencalar Ego Indonesia

PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan 
pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. 
Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.

Puas hati aku tengok pasukan bola sepak Sukan SEA Indon kalah dengan Malaysia 0-1 sekejap tadi. Geram benar aku dengan keangkuhan dan kesombongan puak-puak Indon ini. Dahlah tak hormat Negaraku, lepas tu setiap kali atlet kita main (tak kira apa sukan) semua di booo...

Nah kau padan muka. Malam ni lebih 80,000 mat-mat Indon dan minah-minah di Stadium Gelora Bung Karno dan beratus juta rakyat yang tengok TV terkedu bila Syahrul Izwari score gol malam ni. Tak kisahlah walaupun Malaysia tak boleh tambah jaringan biarpun banyak peluang tapi 1-0 dah cukup nak mengajar Indonesia supaya lain kali jangan kurang ajar!

Najib dan Rosmah bersama delegasi lain mengangkat tangan bersorak gembira 
selepas pasukan Malaysia menjaringkan gol pada perlawanan yang berlangsung 
di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. – Bernama

Ulasan lanjut di mesintaipburuk dan di utusan.com.my

Ulasan di Twitter:

Tahniah Rimau Malaya!Jgn dema kata kita pake bomoh udah ler yop ;) yfrog.com/nzd8dfoj
RT : tahniah baham garuda...yahoooo..kitalah juara sukan SEA
WAFIE ADHA

Kuat lagi datuk... aurmmmmmmmmmmmmm Hebat. RT : Auuuummmmmmm!!!
Khairy Jamaluddin

That "What's up?" moment when PM meets President at the ASEAN summit tomorrow morning.
Www.Kelate.Net

HARIMAU BEKENG l Jaringan tunggal pemain Kelahiran Kelantan Shahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 sudah cukup...
Hishammuddin Hussein

Auuuummmmmmm!!!
Khairy Jamaluddin

Tahniah ! Now go and win the gold!
Nik Fauriza

Rasa saya shahru azuari : Fahmi d man!”
Bila menang disokong, bila kalah dipekong

Wassalam

Doa Pembukaan: Dr Hj Ramli Saad

Alfatihah Ya Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekelian alam ini Restuilah perhimpunan kami pada pagi ini Jadikanlah penghimpunan ini penuh dengan barakah Curahi ilmu yang akan kami perolehi ini dengan nur hidayah Mu Ya Allah Berilah kesedaran jiwa kami dengan membuka mata hati kami Tinggikanlah semangat kami untuk menjalankan amanah tugas kami Kekalkanlah semangat kami Lindungilah keselamatan kami Penuhilah hati hati kami ini dengan silaturrahim kasih sayang dan kecintaan kepada Mu Ya Allah Perhatian kami adalah menyembah Mu Ya Allah Kami bertawakkal hanya kepada Mu Ya Allah Dan sesungguhnya...

Kuliah Subuh 12-11-11: Sifat Dan Akhlak Rasulullah SAW dan Para Sahabat

Syukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah izinnya kita dapat berjumpa sekali lagi selepas kita menunaikan satu kefardhuan besar iaitu solat subuh secara berjemaah. Kita berada dalam suasana bersembahyang dan kita dikira sedang sibuk bersembahyang dan malaikat mendoakan kita. Wahai Allah berilah rahmat kepadanya dan berilah keampunan kepadanya. Mudah mudahan kita semua termasuk kedalam orang orang yang beruntung. Sifat dan akhlak Rasulullah saw yakni dengan sikap yang lemah lemah lembut, pemurah, tiada hati yang pemarah, tiada perasaan yang bengis yang mana sahabat sahabat yang berada...

Pemantapan KPI & KIP Jabatan Radiologi

Penceramah adalah Prof Dr Ahmad Sukari HalimCeramah selama satu jam setengah itu bermula pada Jam 9.00 malam  En Ahmad Fakharuddin mengetuai peserta memasuki dewan  5 biji aje!! mana cukup Pengerusi bersama Dr Yusri dan Pn Rohani  Prof Dr Ahmad Sukari  En Khalid, Nik K, Wan Naz dan Dr Hadif up up and away Ketua Jabatan menyampaikan cenderahati kepada penceramah * Sebahagian dari foto adalah ehsan dari jurufoto Jabatan Rodiologi Wassa...

Kuliah Maghrib 11-11-11: Kerasulan Muhammad SAW

Hadirin hadirat yang di muliakan Allah swt sekelian Allah swt mengumpulkan orang orang yang beriman untuk duduk duduk seketika sambil menunggu peluang untuk solat Isyak kerana dengan duduk duduk menunggu selepas satu solat untuk bersolat dikira pahala seperti sedang bersolat. Di samping itu kita juga mengambil kesempatan untuk mendengar dan menghayati ayat - ayat Allah swt. Allah swt mengatur urus kehidupan manusia di dunia ini melalui baginda Rasulullah saw. Beginda Rasulullah telah menjalani hidup dengan para sahabat dengan suasana yang sungguh istemewa.Baginda menjinakkan hati sahabat sahabat...

Suasana Bukit Keluang Resort, Perjalanan dan Aktiviti Di Pantai

 Jalan yang bersih dan dijaga dengan rapi  Mana peserta peserta lain ni? kita dah nak ke pantai ni  Kaunter reception   apa lagi ada masa terluang sms la....  Pantai Bukit Keluang  Antara dua juru gambar professional yang bertugas Aktiviti membina plan lantai Jabatan Radiologi telah diadakan.Fasilitatornya adalah Dr RohsilaEmpat kumpulan telah berantap dan juaranya tak lain tak bukan.....Kumpulan Innovasi dan Penjanaan * Sebahagian foto adalah ehsan dari jurufoto Jabatan Radiologi Wassa...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week