Pelupusan Filem X-Ray

 Filem x-ray diangkut keluar


 Filem di susun di atas lori, kapasiti hanya 5 tan untuk satu lori

 Peace dulu


 Filem disusun sebelum dipindahkan

Ruang filem dengan rak-rak yang telah kosong

Proses menimbang filem

Encik Ahmad Ibrahim telah dipertanggung-jawabkan untuk menyelia proses menimbang dan mengeluarkan filem x-ray ini.
Wassalam

CME: Radiation Protection - 2 Jun 2011

  1.  Penceramah jemputan kali ini adalah En Nik Kamarullah Ya Ali, pegawai sains di Jabatan Radiologi
  2.  Beliau memberikan update terkini berkenaan radiation protection.
  3. Staf Jabatan Radiologi dari berbagai jawatan telah menghadiri sesi kali ini
 Tak cukup dengan slide projektor, white board juga digunakan

 Yang ini bukan simbol 1 Malaysia



 Pn Norfataha bertudung pink merangkap pengerusi majlis




Wallahualam

Majlis Perkahwinan Sepupu Di Peringat: Makan Beradap







  1. Acara lagi meriah dengan kehadiran pasukan kompang dan pembawa bunga manggar
  2. Acara bersilat juga di adakan.
  3. Meremang juga bulu roma bila mendengar tiupan serunai dan juga paluan gendang dan gong silat.
  4. Teringat masa kecil dahulu, suka pergi belajar silat...... silat pulut je.
  5. Maaf gambar tak ada, sebab kebanyakannya saya rakam dengan menggunakan video mode

Wallahualam

Majlis Perkahwinan Sepupu di Peringat: Majlis Merinjis

  1. Pada malamnya majlis merinjis dan berinai di langsungkan.
  2. Pengalaman pertama saya merinjis pengantin. 
  3. Seronok juga bila nama saya dan isteri  dipanggil untuk merinjis pengantin
  4. Dapat juga hadiah telor semangat.
  5. Selesai majlis merinjis, majlis bergambar pula.
  6. Maaf tak ada gambar di masa tu, pasal saya pun sibuk nak bergambar juga
  7. Selesai sesi bergambar ada sesi berkaraoke pulak.... huhu huhu
  8. Ingat nak nyanyi juga tapi tak ada lagu yang sesuai dengan suara, takut pitching ke laut..... huhu .




 Abang dulu, tak Ayang dulu la...



Pengantin lelaki sedang berkaraoke

Wallahualam

Majlis Perkahwinan Sepupu di Peringat: Majlis Akad Nikah

  1. Majlis akad nikah dijalankan selepas waktu zohor di rumah pengantin perempuan
  2. Majlis berjalan dengan lancar, dengan sekali lafaz sahaja kedua-dua mempelai sah bergelar suami isteri
Pengantin perempuan bertugas di TV3, sementara pengantin lelaki adalah wartawan sukan di Astro Awani

 Pengantin lelaki




 Pengantin lelaki dan perempuan


 Sempat bercerita dulu ketika menunggu sesi bergambar
Sesi bergambar dengan pengantin

Semoga berbahagia di dunia dan akhirat

Kenduri: Majlis Perkahwinan 26 Mei hingga 2 Jun

Tiga majlis perkahwinan staf jabatan radiologi yang sempat dirai pada minggu lepas



 Majlis menyambut menantu adik kepada Suzy PAR Jabatan Radiologi




 Di Majlis perkahwinan Anak Atendan Jabatan Radiologi




Di majlis perkahwinan anak perempuan Fauzi Juruproses

Berjuta-juta maaf di pohon pada undangan yang tidak dapat saya hadiri.
Musim cuti sekolah elok ditukar kepada musim undangan majlis perkahwinan

Wallahualam

Khutbah Jumaat: Masjid AlQasimi - 3 Jun 2011



Saudara sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,
Pada kesempatan khutbah kali ini ingin saya berpesan kepada saudara dan diri saya sendiri supaya sentiasa bertakwa kepada Allah (swt) dan marilah kita renungkan sabda Rasulullah (saw) yang diriwayatkan oleh iman Tarmizi dari Ibni Abbas (ra) yang berbunyi " Dari ibni Abbas ra mudah mudahan Allah meredhai mereka berdua yang berkata pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah saw kemudian beliau bersabda hai anak muda, Jagalah batas-batas Allah dan pasti dia akan menjaga mu, jagalah batas-batas Allah pasti kamu akan mendapat pertolongannya di hadapan dan apabila kamu meminta maka minta la kepada Allah dan jika kamu minta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah.

Saudara kaum muslimin
Hadis ini mengandungi wasiat-wasiat yang penting dan sekurang -kurangnya ada tiga hal yang menjadi pedoman dalam kehidupan kita setiap hari. Yang pertama jagalah hudud yakni batas-batas Allah, nescaya Dia akan menjagamu.Yang dimaksud dengan menjaga hududullah ialah berusaha mengerjakan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt dan menjauhkan diri dari apa sahaja yang dilarangnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan dan membela agamanya dari sebarang gangguan dan tipu daya musuh-musuh Islam. Sekiranya kita telah melaksanakan yang sedemikian dan menjaga hududnya maka Allah swt akan memberi jaminannya dia akan menjaga kita dari sebarang keburukan di dunia dari segala pujukan syaitan yang yang sentiasa menjerumuskan manusia ke lembah kejahatan.

Saudara kaum muslimin,
Selain daripada itu, kita akan mendapatkan pertolongan Allah dan akan meneguhkan pendirian kita sehingga kita mampu beristiqamah dalam kehidupan ini..Hal ini selari dengan janji Allah swt yang bermaksud, wahai orang orang yang beriman kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Seseorang mukmin yang berkeyakinan teguh dan beristiqamah akan mendapat ketenangan dan ketenteraman atau sakinah dan sebaliknya seseorang mukmin yang tidak berkeyakinan teguh akan mengalami kegoncangan jiwa bila dia mendapat cubaan dalam kehidupan ini.

Saudara kaum muslimin
Yang kedua, apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah swt, di dalam al Quran surah al Baqarah ayat 186, Allah berfirman dan apabila hamba hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka beritahu kepada mereka sesungguhnya Aku yakni Allah sentiasa hampir kepada mereka, Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan memenuhi perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepada Ku sepaya mereka menjadi baik serta betul.

Demikianlah sifat Allah yang diterangkan didalam Al Quran, Allah itu sangat dekat dengan hambanya, bahkan lebih dekat dari urat leher mereka itu sendiri sebagaimana firman Allah, " dan Dia akan memakbulkan segala doa bagi orang yang berdoa kepadaNya dengan syarat mereka selalu memenuhi segala perintah Allah dan beriman padaNya. Allah yang bersifat Rahman dan Rahim sangat mencintai orang-orang yang saling meminta kurniaNya dan sebaliknya Allah swt akan sangat marah kepada orang orang yang tidak mahu meminta pertolonganNya. Rasulullah swt bersabda yang bermaksud sesiapa yang tidak pernah meminta kepada Allah, dia murka keatasnya.

Saudara kaum muslimin
Hal ini sangat logik kerana orang yang tidak mahu meminta kepada Allah pasti dalam dirinya ada sifat takarbur, sifat sombong dan secara tidak lansung dia beranggapan dia mampu menyelesaikan segala masalah yang berada dihadapannya tanpa pertolongan dari Allah swt. Segala doa dan permohonan hendaklah ditujukan lansung  kepada Allah swt dan tidak perlu memakai sebarang perantaraan yang lain. umpamanya melalui kubur atau orang orang yang dianggap suci yang telah meninggal dunia padalah perkara ini jelas bertentangan dengan tauhid yang di ajarkan oleh Rasulullah saw. sebagai seorang hamba Allah dianya didak perlu malu untuk meminta kepada Allah swt sebab dengan selalu memohon bererti dalam dirinya terdapat sifat tawadduk terhadap Allah pencipta alam ini.

Saudara kaum muslimin
Sebagaimana yang kita telah sebut di dalam sembahyang kita, Engkau sahajalah ya Allah yang kami sembah dan kepada engkaulah ya Allah kami memohon pertolongan.

Saudara kaum muslimin
Perkara ketiga dari wasiat Nabi saw yang diriwayatkan oleh ibni Abbas dari hadis tadi jika kamu memohon pertolongan mintalah dari pertolongan dari Allah swt, pertolongan dari Allah sangat diperlukan dalam kehidupan ini, dengan memohon pertolongan kepada Allah swt menyedarkan kita sebagai makhluk yang lemah yang sangat berhajat atau mengharapkan pertolongan dari Allah swt . Dengan pertolongan Allah, Insyaallah kita akan mampu melaksanakan segala perintah perintah dan menjauhi segala larangan Allah serta bersabar di atas ketentuan ketentuanNya. Tidak ada penolong sejati untuk urusan dunia dan akhirat kecuali hanya Allah swt sahaja. Oleh sebab itu Rasululllah saw telah memerintahkan kepada kita supaya pada setiap akhir solat agar berdoa dan bermunajat kepada Allah swt sebagaimana yang berbunyi Ya Allah berilah aku innayah, pertolongan untuk berzikir dan bersyukur serta memperelokkan ibadat kepada mu

Saudara kaum muslimin
Oleh kerana itu sudah layak atau sepatutnya kita sebagai hamba memohon doa dan pertolongan kepada Allah swt di setiap masa. Apabila ketiga wasiat dari Rasulullah saw ini telah kita amalkan iaitu pertama, sentiasa menjaga hududullah, menjaga batas-batas Allah. Kedua, berdoa dan beribadat kepada Allah dan ketiga, sentiasa memohon pertolongan kepada Allah swt. Insyaallah kita akan menjadi mukmin sejati yang akan mendapat keredaan serta pahala yang besar dari Allah swt.

sekian
Wallahualam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week