Ayat ke 7,8,9,10

Ayat ke 7Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja. Mereka tolak ajaran nabi Muhammad kerana bertentangan dengan apa yang mereka ikuti selama ini. Iaitu tidak sama dengan apa yang diajar oleh datok nenek mereka dahulu. Walaupun ajaran nabi Muhammad ini adalah yang baik dan boleh diterima oleh akal fikiran.Apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad tadi pada tanggapan mereka akan mengancam kedudukan mereka.Perlu fikir secara mendalam untuk mendapat dan mencapai sesuatu perkara yang kita cari dalam kehidupan ini.Ayat ke 8Kami jadikan diantara...

Sebab sebab hasad

Punca hasad adalah:1. Telah ada perasaan permusuhan dan kebencian yang mempengaruhi diri dan jiwa seseorang. Sentiasa ada perasaan dendam di dalam diri terhadap seseorang yang tidak disukai. Hanya dengan taqwa yang tinggi sahaja lah dapat mengubat perasaan hasad dengki ini. 2. Tekanan dalam jiwa dengan sifat meninggi diri dan sentiasa menganggap dirinya adalah lebih dari orang lain.Perlu ada sifat merendah diri dalam jiwa kita dan sentiasa mengingati bahawa hanya Allah sahaja lah yang maha berkuasa3. Lahir dalam diri kegemaran untuk jadi ketua dan sentiasa berusaha untuk mendapat kedudukan...

Surah Yaasin: Ayat 7-8

Al Quran diturunkan kapada kita, hendaklah kita menunaikan tanggungjawap kita terhadapnya dengan bertilawahkannya secara bersungguh sungguh- baca, fahami dan amalkan Ayat ke 7Pasti Sesungguhnya telah ditunjukkan kerbenaran keatas kebanyakan mereka ( orang orang musyrikin)  namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah swt, Walaupun di dalam hati kecil mereka membenarkan.Islam adalah satu agama yang menitik beratkan akal fikiran.Perumpamaan untuk kaum musyrikin ini adalah seumpama Sejenis makhluk yang tidak dapat berbuat apa apa walaupun telah mendengar seruan. Diturunkan ayat ayat...

Menuju ke Jalan Akhirat

Sentiasa menghindari dari maksiat batin dan menambah taat batin seperti sabar, sentiasa bertaubat, pemurah dan lain lain.Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.Orang yang sentiasa bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt adalah orang yang disayangi oleh Allah swt,Bersegeralah memohon keampunan dari Allah swt, Allah sediakan syurga yang seluas langit dan bumi. Sentiasa lah bertaubat kepada Allah swt pada siang hari dan jangan menunggu malam hari. Bertaubatlah pada malam hari sebelum tiba nya siang hari.Syarat syarat sah taubat ada 3 1....

Marah, Dendam Dan Dengki|: Sambungan

Berlumba lumba mencari kesenangan kehidupan adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah dengan syarat tidak lupa kepada tuntutan akhirat.Semua rezeki itu dari Allah swtHendaklah sentiasa berlumba lumba dengan ikhlas untuk mendapat keampunan Allah swt dengan berbuat amal ibadat sebanyak yang mungkin.Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja kita akan memasuki syurga. Kita boleh berhasad dengki kepada dua golongan manusia ini dengan tujuan untuk mencontohi dan mengharapkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri. Juga tiada niat di dalam hatinya supaya nikmat yang diperolehi oleh...

Keseronokan dalam Ibadat

Bila seseorang yang istiqamah solat di masjid setiap waktu tetapi bila dia tidak hadir pada satu hari atas sebab sebab keuzuran, maka pahala  kebaikannya solat berjemaah tetap juga diberikan Allah swt kepadanya walau pun pada hari dia tidak datang ke masjid.Seseorang muslim yang sejati, Walaupun ditimpa musibah namun dia masih mengharapkan pahala daripada Allah swt tanpa merungut atas kesukaran yang dialaminya itu.Apabila dia diberi kebaikan dan kenikmatan dia bersyukur kepada Allah swt. Setiap perbuatannya dengan niat kerana Allah swt akan diberi pahala.Sesiapa yang tamak dengan harta dunia...

Marah Dendam Dan Dengki: Sambungan

Membenci pada nikmat dan kesenangan yang ada pada seseorang samalah seperti memurkai qada qadar Allah swt.Kelakuan ini adalah berdosa dan tiada alasan untuk menolaknya.Benci dan dengki kepada kesenangan serta kebaikan seseorang muslim adalah berdosa.Tiada sebarang mudharat pun pada kita atas kesenangan serta kebaikan seseorang muslim itu.Bila dapat kebaikan, kesenangan, kegembiraan ada orang merasa kurang senang. Tetapi apabila dapat kesusahan dan kesukaran, ada pula orang berhembira.Mereka tidak meletakkan sebarang perasan irihati dalam dada mereka terhadap kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi...

Menjauhi Maksiat Batin

- kita ini adalah dalam perjalanan menuju akhirat.- nikmat dan azab akan menunggu kita di akhirat.Hendaklah kita menjauhi maksiat batin yakni perkara keji, jahat dan tercela:1. Amat gemar makan - hidupnya adalah untuk makan. Sentiasa berfikir tentang apa makanan yang akan dimakan.  - Amalan yang baik adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.2. Sangat gemar bercakap- percakapan yang sia sia akan menyusahkan kita di akhirat kelak.3. Mudah marah- marah yang ada pertimbangan akal Dan mengikut hukum adalah dibenarkan.- Manakala marah yang membabi buta dan mengikut amalan syaitan...

Penyakit hati: Dengki

Hasad dengki itu akan membinasakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu api.Segala sifat mazmumah perlu dijauhkan Jangan kamu sekelian dengki mendengki, jangan putus memutuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi tetapi jadilah kamu sebagai Hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah swt.Dosa yang pertama sekali dilakukan adalah hasad dengki iaitu apabila iblis berdengki dengan kemuliaan yang Allah swt anugerahkan kepada nabi Adam.Untuk berjaya di dunia dan di akhirat memerlukan ilmu pengetahuan Tulisan ini adalah mengikut kefahaman...
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week