Khutbah Jumaat 18-3-2012: Masjid Mukim Pulau Belanga:
Ikhwanil muslimin
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa dengan melaksanakan segala perintah perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Semoga ketaqwaan itu membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia
Ikwanil muslimin
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia, tiada seseorangpun yang boleh lari dari ajal yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Apabila ajal seseorang itu telah sampai, malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya, tidak kira di mana seseorang itu berada.
Firman Allah swt yang bermaksud
Katakanlah ya Muhammad sebenarnya maut yang kamu larikan daripadanya itu tetaplah akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan serta membalasnya
Begilulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya maka tinggallah segala apa yang dimiliki kepada ahli keluarga anak anak dan saudara mara, pangkat, harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan akan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur ataupun alam barzah, sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat kelak.
Makna kubur adalah satu tempat di antara dunia dan akhirat, sebelum dihimpunkan di padang mahsyar, daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan. Ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki ke alam kubur atau alam barzah.
Alam kubur juga merupakan tempat permulaan seseorang manusia itu dihukum sekali segala amalannya semasa hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud
Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, pengawas mereka yang sebenar, ketahuilah bagi Allah jualah kuasa untuk menetapkan hukum dan dialah tempat menghitung.
Ketika berada di alam kubur, seseorang itu akan dapat menjangkakan samada beliau akan mendapat kenikmatan ataupun kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda
Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan yang pertama antara penginapan akhirat, sekiranya seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada siksaannya, maka yang akan mendatang adalah lebih sukar.
Bagi orang yang beriman, kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan bermacam kenikmatan dari kurnian Allah swt, sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah, sudah pasti azab kubur akan diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di akhirat nanti.
Sahabat nabi berkata Setiap mayat yang sedang dimandikan pasti liang lahat di mana mayat itu akan dikebumikan memanggilnya, akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sepi, jika di kala hidupmu kamu taat kepada Allah swt maka aku akan menjadi rahmat bagimu, jika engkau duhaka maka aku akan menjadi seksa bagimu. Sesiapa yang memasuki ku dengan taat akan keluar dengan bahagia, sesiapa yang memasukiku dengan durhaka dia akan keluar dengan penuh penyesalan.
Ikhwanil muslimin
Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakin kewujudannya kerana ianya dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Rasulullah swt memerintahkan kita agar sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt daripada azab kubur. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan aku mohon perlindungan daripada azab kubur. Riwayat Muslim.
Sekiranya ingin berlindung daripada azab kubur kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda kita akan mendapat kemudahan dan kebahagian di alam akhirat nanti. Sebaliknya apabila mendapat azab kubur, itulah petanda seseorang itu akan mendapat kesulitan di akhirat. Rasulullah saw bersabda
Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama sebelum ke akhirat, sekiranya tempat persinggahan itu adalah selamat maka perjalanan seterusnya adalah lebih mudah lagi, dan sekiranya tidak selamat maka perjalanan selepas itu adalah lebih sukar lagi.
Ikhwanil muslimin
Berdasarkan kepada pemerhatian kepada umat manusia pada hari ini, mereka belum mengerti tentang hakikat sebenar kehidupan dan gagal untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian semasa di dunia dimana kita pasti akan menjadi penghuni kubur. Ramai di antara kita leka dengan kehidupan dunia, jika ada di kalanga kita yang mengingati kematian itupun dilakukan hanya dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar tentang kedasyatan azab di alam kubur nanti.
Mengapa ini berlaku?, Hal ini berpunca di sebabkan oleh hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia, sehingga membakar hari kita sepaya sentiasa menjadi riak dan keras. Ingatlah bahawa jalan dan rezeki dari Allah swt akan dapat dipenuhi dengan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku, rawatilah hati kita dengan beberapa perkara seperti berikut.
Pertama. Gunakalah masa yang ada ini dengan amal yang soleh, sentiasa membaca Al Quran dan berzikir.
Kedua. Bersikap tawadduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah swt.
Ketiga. Menghadiri majlis majlis majlis ilmu, percayalah semakin tinggi ilmu agama seseorang, semakin takut akan Allah swt di samping itu juga elakkan diri dari menghadirkan diri dalam majlis majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa.
Keempat. Mengingati mati, seseorang yang sentiasa mengingatkan kematian akan menyebabkan hatinya akan tertumpu kepada alam akhirat sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan angannya.
Kelima. Menziarahi kubur, jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka cara ini adalah yang paling berkesan untuk mengubati hati yang keras. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
Ziarahilah kubur, kerana ia akan mengingatimu kepada kematian.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita sama sama menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti. Adakah kita dari kalangan umat yang dirahmati atau yang akan diazab oleh Allah swt. Renungilah khutbah ini, adakah kita telah bersedia untuk meninggalkah alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita adakah sudah mencukupi untuk kita menemui Allah swt di akhirat nanti.
Ingatlah, segala amalan kita akan dihitungkan samada ia berpahala atau berdosa, semuanya terserak kepada neraca keadilah yang telah ditentukan oleh Allah swt. Ingatlah wahai muslimin sekelian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqid dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa, termasuk dalam melakukan tuduhan yang tidak berasas, bersangka buruk dan bercakap bohong.
Marilah kita sama sama merenung firman Allah swt yang bermaksud
Sesiapa yang berbuat kebajikan walaupun sebesar zarah necaya akan dilihat pada surat amalannya dan barang siapa yang berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah pasti juga akan dilihat pada surat amalannya.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment