Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 2 -3-2012:

Ikhwanil muslimin
Firman Allah swt yang bermaksud Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan  dengan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang segala yang salah dan mereka yang sedemikian ialah orang orang yang berjaya.

Ikhwanil muslimin
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian agar kita sama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan mentaati segala perintah Allah swt, mengutamakan ajaran Al Quran dan sunnah. Mudah mudahan kita memperolehi keberkatan hidup yang berkekalan di dunia dan di akhirat.

Ikhwanil muslimin
Mutakhir ini hampir setiap hari dilapurkan oleh media massa tentang berbagai gejala sosial yang sedang melanda masyarakat negara kita. Perlakuan buruk ini bukan hanya melibatkan golongan remaja, tetapi juga di kalangan dewasa. Kes kes seperti pembuangan bayi, penderaan kanak kanak, kes bersedudukan sehingga melahirkan zuriat tanpa nikah, kes dadah, arak, rogol, mencuri, pecah rumah yang sebahagiannya sangat merungsingkan kita.

Lebih lebih lagi kebanyakan kes tersebut melibatkan masyarakat melayu yang beragama Islam. Persoalan yang timbul ialah adakah ia menggambarkan bahawa agama Islam itu sendiri gagal mendidik umatnya atau sikap masyarakat Islam yang tidak perihatin dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeling sehinggakan ada mayat disebelah rumah, anak kecil didera atau jiran dirompah pun kita mempedulikannya.

Kita tentunya yakin bahawa sikap sebegini bersalahan dengan tatacara hidup Islam yang sebenar kerana Islam itu mengajar bahawa umat Islam itu bersaudara, saling bantu membantu, faham memahami antara satu sama lain sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lain. Hadis riwayat Muslim.

Ikhwanil muslimin
Manusia yang dijadikan oleh Allah swt seolah olah satu badan. Jika sakit satu bahagian anggota, maka anggota lain turut merasa sekali. Tidak beriman seseorang mukmin sekiranya mereka tidak mengasihi, tidak beriman sesama mukmin sekiranya mereka tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Alangkah ruginya sekiranya kita berdoa kehadrat Allah swt untuk kebaikan diri kita sahaja sedangkan jiran dan masyarakat yang lain dibiarkan dalam kemungkaran. Ingatlah kita bagaimana masyarakat yang dipupuk oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu, jika kita kenang dan kembali merenung amalan oleh generasi terdahulu maka kita akan sedar betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Sesuatu kesalahan dilakukan bilamana dilihat oleh seseorang maka mereka segera menegur atau memaraha tanpa mengira siapa dan anak siapa. Lebih dari itu ibubapa akan dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahio atau dipukul oleh ibubapa.

Keadaan ini akan menyebabkan anak anak tidak berani melakukan kesalahan walaupun dibelakang ibubapa mereka, kerana mereka sedar bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka dan tidak timbul langsung perasaan takut dikalangan masyarakat untuk menegur. Berbeza sekali pemikiran sesetengah ibubapa pada zaman ini, di mana konsep tegur menegur tidak lagi wujud dalam kehidupan mereka.

Ikhwanil muslimin
Masyarakat yang perihatin saling tegur menegur dan menyuburkan hidup secara bermaufakat mampu menjamin keselamatan dan keharmonian terutama dari ancaman gejala sosial seperti melalui rukun tetangga, unik kawalan kampung atau melalui kempen  kempen kesedaran dan sebagainya. Dalam masa yang sama memainkan peranan melapurkan kepada pihak yang berwajib setiapkali menyedari berlakunya perkara perkara yang ganjil yang berlaku dalam masyarakat.

Kerana itu membina ikatan yang kuat dan kerjasama sesama kita adalah syarat yang utama bagi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat. Sedarlah bahawa kita tidak lagi hidup dalam gua seperti di zaman purba. Kita hidup bermasyarakat berkomuniti, berhubung di antara satu sama lain, saling bergantungan ibarat kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Masyarakat yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain adalah unsur penting dalam usaha pembangunan negara. Apakah erti pembangunan yang kita bangunkan pada hari ini jika pada masa yang sama akhlak manusia runtuh dan roboh. Kita yakin jika masyarakat bersikap perihatin isu isu gejala sosial tidak akan berlaku, kerana setiap masa dan tempat senantiasa diperhatikan.

Ingatlah bahawa gejala sosial merupakan isu yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman. Porak peranda kehidupan masyarakat adalah berpunca daripada wujudnya golongan yang rosak akhlak yang membelakangkan agama dengan mengutamakan hawa nafsu. Namun permasalahan ini tidak dapat diatasi selagi masyarakat mengamalkan sikap keakuan dengan memetingkan diri sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekelilingnya.

Ikhwanil muslimin
Usaha kita membina hidup bermasyarakat tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum lagi menjadi insan yang perihatin terlebuh dahulu. Kita mesti menanam perasaan kasih sayang terhadap masyarakat dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana kepala. Pepatah ini amat sesuai dan selari dengan tuntutan Islam kerana ianya dilihat menjadi satu permulaan atau kunci ke arah membentuk masyarakat yang perihatin.

Jesteru itu Islam menggalakkan umatnya sentiasa bekerjasama dan berpadu tenaga dalam semua perkara demi mencapai kebaikan sebagai usaha untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. Marilah kita merenung peringatan Allah swt dalam surah Al Maidah yang bermaksud Telah dilaknati orang orang kafir daripada bani Israel melalui lisan Daud dan Isa putra Mariam, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas. Mereka tidak saling melarang antara satu sama lain dengan tindakan mungkar yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya buruklah apa yang mereka lakukan itu.


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week