Harta Dan Faedahnya - sambungan
Mencela, tamak dan qanaah yakni bersyukur dengan apa yang ada
Orang yang fakir termasuk diri kita haruslah bersifat qanaah dan sentiasa redha dengan pemberian Allah swt
Jangan bersifat tamak kepada harta benda orang lain atau menginginkan sesuatu yang ada didalam tangan mereka.
Jangan berhati loba untuk mencari harta dengan mencari jalan untuk mendapatkannya tanpa mengira baik buruk cara yang dibuat sehingga terjerumus ke dalam akhlak dan budi pekerti yang buruk dan seterusnya melakukan kemungkaran yang ditegah oleh agama.
Memang manusia itu sebenarnya dibentuk dengan sifat tamak dan amat kurang sifat qanaahnya.
Sebaik baik manusia adalah orang yang dapat memberi menafaat kepada orang lain
Andai kata anak Adam diberi dengan dua lembah yang dipenuhi emas nescaya dia akan meminta yang ketiga, tidak puas dengan apa yang ada
Orang yang nak berjaya
1. Cerdik
2. Cikgu kena pandai
3. Kena rajin dan usaha
4. Lama masa
Buang tamak haloba dengan 5 cara:
1. Biasakan diri dengan berjimat cermat dalam segala perkara. Sederhana dalam perbelanjaan adalah pokok untuk sifat qanaah.
Orang yang berlebihan dan banyak membazir adalah tidak mampu untuk bersifat qanaah.
Tidak akan melarat bagi orang yang berjimat cermat.
Tiga perkara yang akan menyelamatkan manusia di dunia ini.
1. Takutkan Allah secara rahsia atau terang terangan.
2. Berjimat cermat semasa kaya atau miskin.
3. Berlaku adil dalam masa kita redha ataupun semasa marah.
Pesanan Rasulullah kepada Muaz
1. Bertaqwa kepada Allah swt
2. Bertutur kata yang benar
3. Menunaikan amanah
4. Menepati janji
5. Mensedekahkan makanan
6. Merendah diri
Berjimat cermat dengan perjalanan yang baik dan petunjuk yang lurus adalah sebahagian dari 20 sifat kenabian.
2. Yakin dengan sepenuhnya bahawasanya rezeki yang telah ditentukan oleh Allah swt akan tetap diperolehi.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Related Posts
Bahana Harta DuniaKamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swtTelah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mere ... readmore
Bencana lisan - sambunganPertelingkahan- sifat keji yang dilarang oleh agama- bermula dari pertengkaran - banyak bantah membantah- berterusan dan merebakBagi Mereka yang ... readmore
Bencana Lisan (sambungan)Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul.- Sifat yang dilarang oleh agama- sifat yang tercela bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan- jauhilah da ... readmore
Bencana Lisan - Janji bohongSeorang pemuda telah berjanji kepada nabi sebelum baginda menjadi rasul lagi, pemuda itu terlupa menunaikan janji itu pada hari pertama dan kedua, pa ... readmore
Marah Dendam Dan Dengki: SambunganMembenci pada nikmat dan kesenangan yang ada pada seseorang samalah seperti memurkai qada qadar Allah swt.Kelakuan ini adalah berdosa dan tiada alasa ... readmore
0 comments:
Post a Comment