Harta Dan Faedahnya- sambungan
Faedah akhirat
1 - belanja untuk hal peribadatan dan menuntut ilmu
2 - belanjakan untuk orang lain seperti sedekah
- memberi hadiah kepada seseorang atau masyarakat
- mengupah kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang.
3 - belanjakan harta untuk kemudahan orang ramai seperti membina masjid, buat jambatan, buat rumah tumpangan, sekolah, hospital dan sebagainya.
- Ianya dikira sebagai harta wakaf dan dikira sebagai amal kebajikan yang kekal di mana faedahnya berjalan terus hingga selepas kita mati.
- Ia akan menimbulkan keberkatan dan pahala yang besar.
Bencana Harta kekayaan
1. Berhubung dengan urusan agama
- menarik pemiliknya ke arah kemaksiatan
- menarik untuk mengikut hawa nafsu hingga berlebih lebihan tanpa dapat dikawal lagi hingga suka bercakap bohong dan seterusnya melanggar batas susila dan kesopanan
- oleh kerana harta terlalu banyak hingga melalaikan dirinya daripada mengingati Allah swt. Keadaan ini adalah amat merugikan
2. Berhubung dengan urusan dunia
- takut akan habis hartanya
- rasa sedih bila hartanya tidak bertambah
- susah nak bayar hutang
- bekerja bertungkus lumus untuk menambah harta
- berdengki dengan rakan kongsi / rakan sekerja.
- dan lain lain lagi
Keindahan harta kekayaan itu ialah dengan mengumpulkan dari sumber yang halal dan membelanjakan ke arah kebajikan dengan mengikut lunas lunas syarak.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment