Ayat 31,32, 33,34,35
Tidakkah mereka menyaksikan berapa ramai telah kami musnahkan selama berkurun kurun kerana telah mendustakan rasul rasul terdahulu
Khas dirujukan kepada kaum quraish.
Adakah Mereka melihat dwngan ilmu, yang umat tersahulu dibinasakan oleh Allah swt.
Dalam dua musim orang quraish melakukan perjalanan dalam keadaan gembira tanpa rasa rungsing untuk berniaga keluar negara kerana bangsa quraish dihormati oleh orang orang luar walaupun oleh perompak perompak dijalanan. Perjalanan mereka adalah selamat.
Mereka telah melalui dan melihat perkampungan atau negeri yang telah dihancurkan oleh Allah swt seperti kaum Aad dan samud juga firaun di negeri mesir.
Dan mereka semuanya pasti alan dihimpunkan disisi Allah swt dan tanda bagi mereka supaya kita berfikir dan insaf serta beriman dan teguh akidah.
Tanda tanda kekuasaan Allah adalah ada bumi yang telah mati tetapi kemudiannya hidup kembali seperti tumbuh tumbuhan setelah datangnya hujan. Keran Allah berkuasa mengeluarkan biji benih dan daripadanya mereka makan.
Dijadikan padanya itu dijadikan taman taman dengan buah buah seperti kurma dan anggur serta banyaknya mata air. yang digunakan untuk mengairi tanam tanaman.
Ini lah kurnian Allah untuk dijadikan mekanan dan minuman yang mana ianya tidak pernah difikirkan oleh manusia
0 comments:
Post a Comment