Bahana Harta Dunia

Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swt

Telah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mereka tidak akan bahagia, bila terlampau banyak hingga tak terkira menyebabkan kesukaran dan kedegilan untuk mengeluarkan zakat. 

Orang yang sangat mencintai wang ringgit samalah seperti mereka menyembahnya atau menjadi hamba kepadanya, sekiranya dia memutuskan kehambaan kepada Allah swt dengan tidak menunaikan kewajipannya. 

Syirik yang tersembunyi yakni tidak ketara dan juga syirik yang nyata.

Berkata anak Adam "hartaku hartaku hartaku". Tiadalah itu hartamu selain dari yang dimakan lalu dihabiskan, atau apa yang dipakai hingga lusuh, atau harta yang sebenarnya adalah dengan bersedekah secara berterusan adalah harta kamu yang kekal hingga ke akhirat kelak. 

Seorang sahabat Nabi yang tidak takut lapar, sakit dan mati. Ini adalah kerana bila lapar dia ingat kepada orang miskin, bila sakit ia adalah ujian dari Allah swt dan bila mati maka dia boleh berjumpa Allah swt.

Telah rosak binasalah orang yang mengumpul harta kekayaan kecuali orang yang membelanjakannya kepada hamba hamba Allah yang berhajat kepadanya.

Amat sedikit orang yang berharta tapi berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt.

Harta itu laksana kala jengking, kiranya kita tidak pandai menjaganya maka janganlah disimpannya. 
Cara menjaganya adalah ambil dari tempat yang halal dan membelanjakannya ke tempat hak dan benar.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 











0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week