Surah Yaasin: Ayat 7-8
Al Quran diturunkan kapada kita, hendaklah kita menunaikan tanggungjawap kita terhadapnya dengan bertilawahkannya secara bersungguh sungguh- baca, fahami dan amalkan
Ayat ke 7
Pasti Sesungguhnya telah ditunjukkan kerbenaran keatas kebanyakan mereka ( orang orang musyrikin) namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah swt, Walaupun di dalam hati kecil mereka membenarkan.
Islam adalah satu agama yang menitik beratkan akal fikiran.
Perumpamaan untuk kaum musyrikin ini adalah seumpama Sejenis makhluk yang tidak dapat berbuat apa apa walaupun telah mendengar seruan.
Diturunkan ayat ayat Al quran ini adalah untuk menyelamatkan diri manusia.
Di dalam hati mereka ini ada penyakit iaitu takabbur, hasad dengki.
Penyakit hati ini perlu di buang dari diri setiap orang Islam.
Allah lihat hati dulu, kemudian barulah dikira pada amalan kita.
Kerana sifat takabbur inilah Iblis dihalau dari syurga. Hujah iblis ini tidak berdasarkan ilmu yang diberi oleh Allah swt tapi menggunakan akal fikiran dan kesombongannya. Dia membandingkan penciptaan dari api dengan tanah.
Kebenaran telah banyak terbukti dari ayat ayat di dalam Al Quran.
"Demi langit yang sifat nya yang berulang ulang" adalah ayat Quran yang menceritakan tentang kitaran hujan.
Perkataan didalam al Quran ini dijamin kebenarannya oleh Allah swt namun demikian masih ramai yang tidak beriman.
Ayat 8
Dalam hati kecil mereka percaya namun oleh kerana penyakit hati ada dalam diri mereka, mereka tolak dengan mulut mereka. Oleh itu Allah menambahkan lagi penyakit didalam hati mereka itu
Allah membahagi bahagikan di antara mereka akan berbagai bagai tahap kehidupan di dunia ini, oleh itu hendaklah kita sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Walaupun apa jua keadaan kita di dunia ini, kita hendaklah sentiasa mengambil peluang untuk mencari kekayaan di akhirat. Samada kaya atau miskin semuanya akan menuju kepada Allah swt.
Mereka yang tolak kebenaran ini dihukum oleh Allah swt. Walaupun mereka melihat kebenaran disekeliling mereka tapi mereka menolaknya.
Untuk mencari kebenaran hendaklah kita sentiasa berusaha dengan mengamalkan segala ilmu yang telah kita pelajari walaupun ianya sangat sedikit, InsyaAllah Allah swt akan mencurahkan rahmatnya yang seterusnya kita akan berjumpa dengan kebenaran itu.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Related Posts
- Ayat ke 7,8,9,10Ayat ke 7Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja. Mereka tolak ajaran nabi Muhammad ... readmore
- Ayat 31,32, 33,34,35Tidakkah mereka menyaksikan berapa ramai telah kami musnahkan selama berkurun kurun kerana telah mendustakan rasul rasul terdahulu Khas dirujuka ... readmore
- Tafsir Surah Yaasin ayat 1 - 2Fadhilat1. Baca surah Yaasin pada satu satu malam (tak kira malam apa, sebaiknya setiap malam) maka Allah swt akan ampunkan dosanya pada hari yang be ... readmore
- Ayat 12Sesungguhnya kami menghidupkan orang telah mati dan kami menulis semua yang telah kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan d ... readmore
- Ayat 38,39,40,41Dan matahari bergerak ditempat peredaran yang tetap seperti yang telah ditetapkan oleh Alllah yang Maha Perkasa dan yang Maha Mengetahui.- perlu berf ... readmore
0 comments:
Post a Comment