Keseronokan dalam Ibadat
Bila seseorang yang istiqamah solat di masjid setiap waktu tetapi bila dia tidak hadir pada satu hari atas sebab sebab keuzuran, maka pahala kebaikannya solat berjemaah tetap juga diberikan Allah swt kepadanya walau pun pada hari dia tidak datang ke masjid.
Seseorang muslim yang sejati, Walaupun ditimpa musibah namun dia masih mengharapkan pahala daripada Allah swt tanpa merungut atas kesukaran yang dialaminya itu.
Apabila dia diberi kebaikan dan kenikmatan dia bersyukur kepada Allah swt. Setiap perbuatannya dengan niat kerana Allah swt akan diberi pahala.
Sesiapa yang tamak dengan harta dunia walaupun dia tahu bahawasanya mati itu sentiasa menghampirinya dan seseorang yang lalai walaupun berada dalam sedar dan seseorang yang selalu bergelak ketawa hingga terbahak bahak akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak.
Dunia ini adalah tempat untuk kita mencari pahala dan kerahmatan untuk bekalan di akhirat kelak.
Kasihani mereka mereka yang dibumi maka kamu akan dikasihani oleh mereka mereka yang di langit.
Syurga neraka itu adalah hak Allah swt. Seseorang itu akan ke syurga atas rahmat Allah swt.
Kesemua umat nabi Muhammad akan ke syurga kecuali mereka yang engkar.
Sesiapa yang mengikut ajaran Rasulullah akan ke syurga dan sesiapa yang engkar akan ke neraka.
Cita cita kita adalah untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah swt.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment