Marah, Dendam Dan Dengki|: Sambungan
Berlumba lumba mencari kesenangan kehidupan adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah dengan syarat tidak lupa kepada tuntutan akhirat.
Semua rezeki itu dari Allah swt
Hendaklah sentiasa berlumba lumba dengan ikhlas untuk mendapat keampunan Allah swt dengan berbuat amal ibadat sebanyak yang mungkin.
Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja kita akan memasuki syurga.
Kita boleh berhasad dengki kepada dua golongan manusia ini dengan tujuan untuk mencontohi dan mengharapkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri. Juga tiada niat di dalam hatinya supaya nikmat yang diperolehi oleh orang lain itu lenyap dan berpindah kepadanya.
1. Seorang yang Allah kurniakan harta yang banyak lalu dibelanjakannya ke jalan yang benar sehinggalah hartanya habis
2. Seorang yang dikurniakan ilmu yang bermunafaat lalu mengamalkannya serta mengajarkan kepada orang lain
Sebaik baik manusia adalah yang dapat memberi manafaat kepada orang lain manakala sejahat jahat manusia adalah bila kehadirannya akan merungsingkan orang lain.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment